Monday, April 30, 2012
Xenophon: Pemantau Bersih 3.0 Yang Anti Islam
HUBUNG kait Anwar dengan organisasi yang jelas ada kaitan dengan yahudi (anti Islam), memang sudah diketahui ramai.. Menjadi persoalan yang besar di kalangan kita, kenapa Anwar gemar berhubung secara langsung dengan puak-puak yang anti Islam dalam menonjolkan dirinya di peringkat antarabangsa.
Tidak terkecuali ialah perhimpunan Bersih 3.0 yang lepas. Disitu pun Anwar meletakkan seorang ahli Parlimen Bebas Australia yang diketahui mempunyai hubungan rapat denganntya sebagai salah seorang pemerhati antarabangsa perhimpunan haram tersebut.
Yang penulis maksudkan ialah Senator Nicholas Xenophon dari Australia.
Kebencian Xenophon kepada Islam bukanlah perkara baru. Dalam satu perbahasan di Parlimen Australia pada 17 November 2009, Xenophon dipetik sebagai berkata “Islam is not a religious organization. It is a criminal organization that hides behind it’s so called religious belief” (Islam bukan pertubuhan agama. Ia ada pertubuhan jenayah yang berselindung di sebalik apa yang dipanggil sebagai kepercayaan agama).
Justeru, sikap anti Islam sudah terkenal di pelusuk dunia dan peliknya orang ini jugalah yang dilantik Anwar Ibrahim untuk mengawasi perjalanan demonstrasi Bersih 3.0. Penulis tidak pasti setakat mana Xenophon ini memantau situasi perhimpunan pada 28 April 2012 kerana Anwar sendiri pun kelihatan buat beberapa ketika, sebelum hilang entah kemana setelah memberikan arahan untuk para perusuh merempuh halangan polis.
Yang kononnya memantau apatah lagi.
Sama ada Xenophon benar-benar memantau keganasan oleh perusuh Bersih 3.0 pada hari tersebut bukanlah persoalannya, sekurang-kurangnya bab yang terpenting. Persoalannya utamanya ialah, kenapa Anwar seringkali dilihat bersekongkol dengan puak-puak yang diketahui anti Islam? Sebelum ini pun Anwar seringkali dikaitkan individu yang diketahui memusuhi Islam antaranya arkitek peperangan palsu Amerika di Iraq, Paul Wolfowitz.
Tidak adakah di kalangan lebai-lebai PAS yang mahu bertanyakan soalan tersebut?
Buat pengetahuan semua, ini bukan kali pertama Xenophon bersusah payah datang ke Malaysia membantu Anwar. Pada Januari 2011, ketika Anwar digantung dari parlimen Malaysia kerana gagal menunjukkan bukti APCO International adalah pertubuhan yahudi, Xenophon datang ke parlimen Malaysia memberikan sokongan moral kepada Anwar.
Sumbernya disini.
Dari pautan yang sama juga, jelas menunjukkan bahawa Xenophone bukan setakat anti Islam, dia juga adalah penyokong kuat perkahwinan sesama jenis di Australia!!
Anwar pula adalah seorang pemimpin yang diketahui mempunyai kegemaran kepada pintu belakang, melebihi pintu yang depan. Selain niat hatinya untuk menghapuskan undang-undang anti homoseksual di Malaysia jika berjaya menawan Putrajaya.
Adakah ini suatu kebetulan atau memang kerana kedua-duanya sama padan?
Semua inilah yang perlu diperhalusi dengan dekat oleh rakyat Malaysia yang begitu ghairah menyokong Anwar, antara lain kerana begitu pasti bahawa dia juga adalah seorang pemimpin Islam sejati. Kita tidak boleh mengambil mudah perhubungan yang seumpama ini kerana jika salah langkah, Anwar boleh membawa negara ini ke jalan kehancuran.
Beruang Biru.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment