Tuesday, April 24, 2012
Himpunan TIBAI lebih Meriah Dari Majlis Pra Bersih 3.0
Perlancaran NGO TIBAI di Kelab Sultan Ibrahim Kampung Baru beberapa malam lepas ternyata mendapat sambutan hangat diluar dugaan dan lebih meriah dari sangkaan awal.
Kira-kira 3,000 orang hadirin tidak melepaskan peluang menyertai majlis tersebut yang perlancaran rasminya disempurnakan oleh Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas, Dato' Ibrahim Ali yang juga Presiden PERKASA.
TIBAI (Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim) yang pendiriannya tegas menolak Anwar Ibrahim, digerakkan oleh ramai bekas pemimpin PKR yang rata-ratanya berpengalaman luas semasa PKR (dulu KeAdilan) ditubuhkan selain pernah mempunyai hubungan rapat dengan Anwar Ibrahim.
Sasaran awal hanyalah sekitar 1,000 orang sahaja, berikutan kehadiran luar jangkaan menyebabkan dewan yang hanya mampu menampung 1,500 orang saja pada satu-satu masa penuh sesak.
Sebahagian besar yang lain yang tidak berpeluang masuk ke dalam dewan terpaksa bersesak-sesak di luar dewan. Satu pemandangan yang cukup jelas menggambarkan semangat mereka semua.
Di tempat yang sama seminggu lalu, NGO Bersih 3.0 melancarkan majlis pra perlancaran kempen Bersih 3.0 namun sambutan jauh tersasar dari yang dikehendaki apabila hanya menarik kehadiran sekitar 700 orang sahaja berbanding sasaran asal 10,000 pengunjung.
Sekalipun ramai pimpinan besar pembangkang seperti Nurul Izzah, Tian Chua, Elizabeth Wong, dan lain-lain tapi tetap gagal menarik perhatian orang awam untuk menyertainya.
Demikian halnya dengan suasana suram majlis Pra Bersih 3.0 di tempat lain misalnya di Dataran Shah Alam yang hanya mengamit sekitar 200 hadirin dan Perlancaran Bersih 3.0 oleh Nizar Jamaluddin di Dun Trong, Perak yang dihadiri lebihkurang 100 orang sahaja.
Kesemuanya seakan memberi gambaran awal demonstrasi Bersih 3.0 Sabtu nanti bakal berdepan dengan masalah sambutan hangat-hangat tahi ayam.
Satu perkara lagi yang cukup menarik dengan TIBAI ialah penggunaan gelaran pemimpin utamanya sebagai Mursidul Am TIBAI yang sekarang ini disandang oleh cucu Tun Ghafar Baba, Zahip Mat Arip mirip seperti gelaran Mursyidul Am Pas.
Selain itu, satu lagi kebetulan yang menyamai struktur PAS ialah 28 orang ahli Majlis Syura TIBAI menyerupai keahlian 28 orang ahli jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat.
Melihat kepada kebetulan yang serupa itu, mungkin secara tersiratnya TIBAI juga bermaksud menyindir kepimpinan PAS yang dilihat terlampau menurut segala kata Anwar Ibrahim hingga tergadai segala prinsip asas yang menjadi tonggak kekuatan PAS selama ini.
Apapun, walaupun usia masih muda belia, TIBAI telah membuktikan dirinya memiliki faktor wow yang pastinya mempunyai impaknya yang tersendiri terhadap prestasi pembangkang yang dijangkakan akan jatuh merudum dalam pilihanraya kelak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment