Wednesday, April 4, 2012

MB KELANTAN - NIK AZIZ TERANCAM

Desas desus persetujuan ramai pimpinan UMNO negeri mahu menobatkanTengku Razaleigh Hamzah sebagai calon Menteri Besar semakin kencang tersebar ke hampir seluruh pelusuk negeri Serambi Mekah. Perkhabaranyang amat dialu-alukan ramai itu dianggap satu lonjakan besar untukmerealisasikan hasrat menawan kembali Kelantan dari tangan PAS.Tinggal lagi sekarang hanya menanti buah butir persetujuan dari mulutKu Li sendiri untuk mengesahkan kesediaan beliau memikul tanggungjawabtersebut yang tentu saja akan disambut gembira oleh segenap lapisananak Kelantan di dalam negeri mahupun yang berada di perantauan.Rata-rata pimpinan UMNO tempatan percaya dengan ketokohan danpengalaman yang dimiliki Ku Li diyakini mampu memperbetulkan semulahala tuju negeri untuk kembali ke landasan yang betul setelah 22 tahuntersasar dari arus perdana disebabkan dasar pemerintahan PAS yanglebih banyak mengutamakan politik kepartian berbanding jasa baktiuntuk kemakmuran negeri dan rakyat.Pun begitu, khabar tersebut menjemput kerisauan pimpinan PAS negeriapabila ada sesetengahnya cuba meremehkan pengaruh Ku Li denganmenggambarkannya sebagai tidak lagi sekental dulu. Mereka menjadikankegagalan Ku Li memimpin UMNO pada tahun 1999 sebagai ubat penenangbagi menutup kerisauan yang mula berputik.Umum mengetahui dalam PRU ke 10 tahun 1999, PAS hanya bernasib baikuntuk kekal mentadbir Kelantan disebabkan keadaan tika itu ramaikalangan orang Melayu terperangkap dan terkeliru dengan peristiwapemecatan Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri telahmembolehkan PAS meraih bonus sokongan.Malah pandangan sesetengah pemerhati politik yang mendakwa UMNO hanyalayak berangan untuk menawan kembali Kelantan selagi Nik Azizmengetuai PAS memerintah negeri sebenarnya hanyalah satu teori atauhipotesis politik yang tidak berpaut pada fakta dan angka. Realitihari ini menunjukkan sokongan rakyat semakin condong bersama UMNOkhususnya dari kalangan pengundi generasi muda jelas meningkat denganketara.Pilihanraya kecil Manek Urai dan Galas sebelum ini menjadi bukti nyatayang akan kekal dalam lipatan sejarah politik Kelantan sebagaiperintis jalan ke arah memacu kebangkitan Gelombang Merah. Ditambahdengan faktor Ku Li sebagai calon MB, peluang untuk UMNO dalampilihanraya akan datang pasti menjadi kenyataan.Hakikatnya masih ramai pemimpin PAS tidak dapat menolak kenyataanbahawa Ku Li tetap satu ancaman serius yang mampu mengakibatkanmudarat terhadap penguasaan PAS di negeri yang terkenal dengan jolokanSerambi Mekah itu tambahan lagi disaat pengaruh Nik Aziz yang semakinsurut dan hanya berlegar sekitar penyokong & ahli PAS sahaja.Sejarah membuktikan kejatuhan Kelantan ke tangan PAS pada tahun 1990bertitik tolak dari kebangkitan & keyakinan teguh rakyat menyokongkepimpinan Ku Li maka tidak mustahil PRU ke 13 ini faktor Ku Lisebagai Menteri Besar pula yang akan menjadi penutup tirai kekuasaanPAS di Kelantan.

No comments:

Post a Comment