Monday, April 16, 2012
LimKitSiang Berpindah Lagi
Tiada Bezanya Jika Lim Kit Siang Bertanding Di Johor
Ura-ura DAP mahu meletakkan Lim Kit Siang bertanding di salah sebuah kerusi Parlimen di Johor samaada di kawasan Labis, Kulai atau Gelang Patah yang sekiranya menjadi kenyataan sebenarnya hanya mengundang padah umpama menggali kubur sendiri.
Mengikut maklumat Wikipedia, Lim direkodkan pernah bertanding di tiga buah negeri, Melaka, Penang dan termasuk sekarang ini Perak, jika kali ini beliau benar-benar meneruskan tabiatnya yang gemar berpindah randah kawasan bertanding itu pada PRU ke 13 nanti, bermakna Johor adalah denstinasi negeri yang keempat.
Kebetulan atau mungkin takdir agaknya, angka 4 mengikut kepercayaan masyarakat Cina sering dianggap suew dan sial ataupun dalam bahasa Cina disebut sebagai sì yang memberi maksud sial atau mati. Barangkali sudah takdir agaknya hayat politik Lim Kit Siang penamatnya adalah di negeri Johor.
Sebetulnya, faktor Johor itu sendiri adalah kubu kuat UMNO dan BN ditambah lagi dengan trend sokongan terkini yang makin memihak kepada BN lebih dari mencukupi untuk meletakkan pembangkang tercari-cari formula untuk menembusi benteng BN di Johor.
Perkiraan DAP dan PR yang mahu melebarkan pengaruh mereka ke Selatan dengan andaian watak Lim kit Siang akan menarik sokongan besar pengundi Cina di sana mungkin betul di atas kertas sementelah lagi jika faktor keputusan pilihanraya umum 2008 dijadikan sandaran.
Pun begitu, faktor PRU 2008 bukanlah sandaran terbaik dan tepat untuk pembangkang berangan apatah lagi mahu menafikan suasana hari ini yang sudah amat jauh berbeza mood dan trendnya.
Jika tatkala BN termengah-mengah mengharungi PRU 2008 gara-gara masalah kepimpinan ditambah lagi dengan rantaian pelbagai isu pun pakatan pembangkang masih gagal menumbangkan BN, jadi di mana logiknya untuk PR mendabik dada kehadiran Lim Kit Siang di Johor kelak akan menyebabkan BN sesak nafas?
Kajian trend sokongan yang dilakukan oleh Merdeka Center Mac lalu pula juga menunjukkan majoriti rakyat semakin selesa dengan pendekatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dilihat lebih cakna dan memenuhi aspirasi khalayak, satu lagi isyarat yang jelas untuk meletakkan pembangkang berada dalam kedudukan tertekan dan bakal mengulangi sejarah PRU 2004.
Malah dalam pilihanraya kecil DUN Tenang sebelum inipun telah terbukti rakyat lebih gembira bersama BN apabila majoriti besar pengundi Melayu dan India sepakat menyatakan sokongan terbuka mereka kepada kerajaan pusat dan negeri dan di masa yang sama tahap sokongan masyarakat Cina juga turut menunjukkan sedikit peningkatan, satu perkembangan yang ternyata menyebabkan ramai pemimpin pembangkang jadi gila meroyan.
Apapun game plan yang cuba di rintis oleh pakatan pembangkang yang pastinya ia tidak sedikitpun mengundang gentar kerana rakyat rata-ratanya makin memahami halatuju DAP, PKR mahupun Pas jauh dari memenuhi tuntutan rakyat yang berkehendakan pemimpin dan parti yang berjuang demi kebaikan masyarakat dan bukannya membina kekuatan atas modal isu semata-mata.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment