Monday, April 16, 2012
Perhimpunan Mahasewel Berakhir
GEMPAKNYA dahsyat, gebangnya hebat tapi hasilnya alahai…itulah yang boleh digambarkan mengenai demonstrasi pemansuhan PTPTN oleh sekumpulan budak-budak minggu sudah.Setelah perhimpunan yang menyasarkan 5,000 orang pada Sabtu, gagal mencapai matlamat apabila 250 orang sahaja yang datang, sekumpulan 30 orang mahasewel hardcore perhimpunan tersebut cuba memanjangkan bantahan dengan berkhemah di Dataran Merdeka.Tapi penulis dimaklumkan sebentar tadi, kesemua khemah tersebut telah selamat dilipat dengan sempurna, menandakan berakhirnya demonstrasi pemansuhan PTPTN ini secara rasmi. Menariknya, pihak penguatkuasa yang terlibat bukannya Polis Diraja Malaysia seperti biasa tapi penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).Tak pasal-pasal DBKL yang hanya setaraf pihak berkuasa tempatan (PBT) ini pun dianggap zalim seperti Nazi oleh media belaan Pakatan Rakyat. Penulis serahkan kepada pembaca sama ada nak nangis atau ketawa.Tapi jangan dilupa, dalam masa yang sama, Safwan Anang (ketua bersama mahasewel) mengugut mahu mengadakan mogok lapar sehingga PTPTN ini dihapuskan. Apa cerita dengan ugutan yang itu dan siapa pula yang memantau sama ada Safwan Anang benar-benar berlapar atau cakap saja yang degar-degar?Setakat yang penulis dimaklumkan, semasa DBKL datang ‘membantu’ membersihkan khemah-khemah itu semua pagi tadi, tidak ada pula yang kelihatan tidak bermaya kerana tidak makan sejak Sabtu lepas. Semua pun bertenaga cuba menghalang pihak DBKL dari menjalankan tugas. Bercakap tentang mogok lapar ini dari sudut penceritaan berbeza, ia sekadar mendedahkan bagaimana banyaknya unsur-unsur agama hindu dibawa ke dalam demonstrasi yang disertai majoriti orang Islam ini. Unsur hindu satu lagi yang penulis maksudkan ialah tindakan segelintir budak tak cukup akal ini mengalungkan bunga ke gambar Perdana Menteri dan Menteri Pengajian Tinggi – menyamai adat istiadat penganut agama hindu bagi orang yang sudah meninggal dunia.Provokasi jenis apakah ini dan apa yang cuba disampaikan budak-budak ini dengan tindakan sedemikian? Adakah itu ugutan halus yang membawa maksud untuk membunuh Perdana Menteri? Jika itu benar, maka eloklah tindakan yang lebih keras dikenakan ke atas budak-budak yang jelas sudah tidak ada masa depan ini. Penulis serahkan kepada polis untuk menyiasat kerana ancaman serupa ini bukan kali pertama, sebelum ini pun sudah ada dari kalangan mahasewel ini juga yang mengugut untuk meletupkan helikopter yang dinaiki Perdana Menteri. Apa pun yang lebih penting, demo yang gagal itu sebenarnya sangat memalukan Pakatan Rakyat dan persatuan mahasiswa yang menjadi dalang disebaliknya. Pelik, bagaimana Pakatan Rakyat boleh meletakkan kepercayaan kepada beberapa orang budak tak cukup akal ini untuk melaksanakan agenda politik besar seperti ini? Malah disebut-sebut pula bahawa demonstrasi ini adalah warming up kepada demonstrasi Bersih 3.0 yang lebih besar pada 28 April nanti!!Yang maha sewel itu sudah tentulah sewelnya, yang kononnya bijak pandai dalam Pakatan harami ini sebenarnya lebih sewel lagi kerana menyerahkan tugas dalam skala sebegini besar kepada budak-budak, hanya untuk melihat ianya gagal dan akhirnya memalukan mereka semula. Maklum, nak demo besar tapi kos rendah, dapatlah hasilnya macam yang kita lihat pada Sabtu.Penulis mendengar, ada sesuatu yang buruk sedang menanti untuk didedahkan mengenai Adam Adli ini. Apa yang diambilnya untuk mengisi ‘masa lapang’ sehinggakan mata kuyu dan badannya kurus kering macam jerangkung. Tapi sebagai seorang yang professional dan punya intergriti, tunggulah sehingga bukti saintifik yang sahih diperolehi, sebelum pendedahan boleh dibuat ya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment