Saturday, April 21, 2012

KARNIVAL 1 MALAYSIA - DUN SEB TAKIR

Pertama Kali saya ucapkan tahniah kepada YB Ahmad Razif ADUN Seberang Takir kerana berjaya menganjurkan Karnival 1 Malaysia Yang bermula 19 April hingga 21 April 2012. Kemuncaknya adalah pada malam penutup dimana ribuan pengunjung datang Semata mata tertumpu kepada acara cabutan bertuah Yang menawarkan hampir RM30 ribu. Pengunjung sanggup menunggu hingga jam hampir pukul 1.00 pagi. Bersama sama anak kecil Yang kelihatan sudah nyenyak tidur dipangkuan ibu masing masing. Apa Yang dikesalkan cabutan bertuah tidak dilakukan secara professional, dimana Ada lompang lompang penyelewengan boleh berlaku pada anggapan pengunjung.
Pertamanya, dalam mana mana pertandingan mana mana kakitangan atau saudara Mara penganjur Yang terlibat dengan urusan pertandingan tidak boleh mengambil bahagian dalam pertandingan.
Kedua urusan cabutan bertuah hendaklah dilakukan boleh orang luar Yang tidak Ada kena mengena dengan pertandingan tersebut. Nama pemenang hendaklah diumum kan boleh pencabut tiket bertuah Dan bukan kepada pengacara program.
Pada malam tersebut didapati Ada kalangan petugas Yang  memenangi beberapa hadiah termasuk hadiah mahal. Pada pandangan umum perkara ini menimbulkan tanda Tanya. Mengapa pada karnival 1 Malaysia ini kita tidak boleh menunjukkan sikap professional kita, sifat telus Dan menjauhkan prasangka umum terhadap  kita. Cukup cukuplah kita dicop sebagai parti seleweng Yang kita sendiri pun agak sukar untuk menepisnya. Di harap Karnival akan datang lebih telus lebih cemerlang.

No comments:

Post a Comment