Friday, April 6, 2012
Hinanya Ahli PKR Di Mata Azmin Ali
Buta & Tuli: Hinanya Ahli PKR Di Mata Azmin Ali
Marah betul Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali apabila wartawan
memintanya menjawab persoalan berkaitan pemilikan saham seperti yang
ditimbulkan oleh ahli & pemimpin PKR Cabang Ampang baru-baru ini.
Kata Azmin Ali, hanya orang yang buta dan tuli sahaja yang percayakan
dakwaan sedemikian. Kasar dan biadap sungguh tutur kata seorang
Timbalan Presiden apabila berdepan dengan isu yang menuntut penjelasan
dan tindakan lanjut dari pihaknya.
Betapa hinanya maruah dan taraf sebagai ahli PKR di mata Azmin Ali
walhal permintaannya cukup mudah, tidak sukar difahami dan tentu saja
ramai rakyat turut sama ingin mengetahui jawapan konkrit Azmin
berhubung dakwaan yang dibangkitkan oleh Dr Hasan Ali.
Mereka cuma ingin penjelasan lanjut dan langkah selanjutnya dari Azmin
bagi mematikan isu pemilikan saham RM 2 juta lebih yang dibangkitkan
oleh Hasan Ali tidak lagi dimanipulasi oleh lawan
Dalam keadaan yang baru sekadar memegang jawatan kedua tertinggi parti
tapi pembawaan sikap Azmin sudah cepat melenting, biadap dan tidak
menghormati ahli bawahan, tidak mustahil jika takdir membenarkan PKR
memerintah Malaysia mahu lebih teruk dari itu jadinya.
Azmin agaknya terlampau syok sendiri hingga lupa dari mana jawatannya
sekarang diperolehi.
Bukankah di saat pemilihan parti berlangsung, ahli bawahanlah yang
dipuja dan dirayu bagi mendapatkan sokongan majoriti untuk menduduki
kerusi Timbalan Presiden.
Malang bagi ahli & penyokong PKR kerana terpaksa mendukung kepimpinan
parti yang tidak tahu menghormati hak ahli untuk mendapat penjelasan
yang meyakinkan.
Eloklah ahli dan penyokong PKR di Cabang Ampang serta seluruh negara
fikirkan semula kedudukan mereka dalam PKR.
Tak payah buang masa berjuang dalam parti yang hanya hebat slogan
demokrasinya tapi kosong pengisian dan praktikalnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment