Monday, April 30, 2012

BERSIH 3.0: Perhimpunan Aman Para Syaitan

BERSIH 3.0:  Perhimpunan Aman Para Syaitan  BERSIH 3.0 berakhir sudah, meninggalkan DBKL membersihkan sampah sarap yang ditinggalkan mereka, meninggalkan beberapa anggota polis di hospital, meninggalkan peniaga dalam kemarahan, pelancong dalam kejutan dan rakyat yang naïf di dalam kekecewaan setelah menyedari bahawa BERSIH adalah sebenarnya begitu jijik sekali.  Ia juga menyebabkan rakyat yang rasional semakin menolak pembangkang, rakyat di atas pagar kembali meyakini BN sementara penyokong pembangkang terus dibuai mimpi dalam dunia mereka sendiri. 

 Pemimpin mereka, bagaimanapun, terpaksa berlakon menafikan kegagalan bagi menyembunyikan rasa malu.  Untuk itu, mereka perlu menipu diri sendiri dan juga penyokong dan penipuan mereka juga menunjukkan yang mereka tidak sepakat.  Apabila ditanya mengenai jumlah peserta demonstrasi, Malaysiakini, Harakah, Anwar dan Ambiga masing-masing memetik angka yang berbeza antara satu sama lain dalam jumlah ratusan ribu.   Apa yang mampu mereka lakukan kini hanyalah menyalahkan BN, kerajaan, pihak polis dan segala-galanya.  Kerana itu, inilah saja yang dapat diperkatakan oleh Datuk Seri Anwar apabila disoal mengenai kerosakan yang dilakukannya:  “Kita tidak akan tergugat dengan penipuan yang berterusan yang dibuat oleh media kawalan UMNO.  Ini adalah tindakan biasa bagi sebuah rejim kukubesi. 


Kumpulan yang tidak bersalah, mangsa penindasan, kini dilihat sebagai penjenayah.  Seperti juga ketika pemerintahan Hitler, Stalin dan pemerintahan diktator di Myanmar tempoh hari, mereka yang memberontak dirujuk sebagai penjenayah, penindas adalah bersih dari apa jua tuduhan,” – the Malaysian Insider -  Mungkin Anwar sememangnya tidak tahu sejarah atau sudah lupa seperti mana beliau lupa banyak perkara akhir-akhir ini.  Ini adalah apa yang diperkatakan sejarah berkenaan Stalin:  Salah seorang diktator dan pembunuh paling berkuasa dalam sejarah, Stalin adalah pemerintah Soviet Union selama suku abad.  Rejimnya yang ganas telah menyebabkan kematian dan penderitaan terhadap berpuluh juta orang.    Dan Hitler direkodkan sebagai antara orang paling kejam dalam sejarah.  Beliau bertanggungjawab memulakan Perang Dunia ke2 dan membunuh lebih 11 juta orang dalam Holocaust.   


Membandingkan UMNO atau Dato’ Seri Najib, Perdana Menteri kita dengan Hitler dan Stalin menunjukkan yang Anwar sudah terlalu hampir hilang kewarasan.    Dato’ Seri Najib tidak pernah membunuh sesiapa, beliau bukanlah seorang pemimpin yang kasar jauh sekali seorang diktator. Beliau mendengar suara rakyat, prihatin terhadap kita semua, berkhidmat untuk kita dan menghulurkan bantuan dan sokongan melalui berbagai program transformasinya.   Apabila Anwar ingin mengadakan perhimpunan BERSIH 3.0, beliau menawarkan stadium untuk memastikan keamanan dan keselamatan semua pihak termasuk atau terutamanya, pihak peserta.  Apabila Anwar memilih untuk menentang undang-undang dan membawa peserta ke jalanan, Dato’ Seri Najib menyediakan lebih seratus tenaga pasukan perubatan, sebagai persediaan andainya keadaan menjadi buruk.    Justeru, satu-satunya penjelasan kenapa Anwar melihat Dato’ Seri Najib sebagai sama dengan Hitler atau Stalin ialah beliau pastinya sedang berhalunisasi.  Mungkin perasaan malu yang tidak terhingga kerana gagal mendapatkan angka yang wajar dalam BERSIH 3.0, serta tekanan dari siri pendedahan berterusan mengenai skandalnya, yang menjadi pencetus ketidakwarasan tersebut.    Hitler dan Stalin adalah pemimpin dari dunia ‘gelap’. Seperti juga mana-mana pemimpin dari dunia itu, contohnya mafia, samseng, gangster, yakuza atau apa saja gelaran mereka, terkenal dengan kesanggupan mengorbankan dan membunuh orang mereka sendiri dengan kejam apabila perlu.  Di dunia mereka, mereka tidak tertakluk kepada mana-mana undang-undang selain dari undang-undang ciptaan mereka.     Tetapi, pemimpin dari pihak yang baik, seperti tentera atau polis, tidak akan sekali-kali merisikokan nyawa anggota tanpa sebab yang benar-benar munasabah.  Dalam apa jua keadaan mereka tidak akan sekali-kali meninggalkan walaupun seorang anggota dalam bahaya.  Pemimpin dari pihak yang baik perlu berhadapan dengan undang-undang jika sengaja merisikokan nyawa anggotanya.   Justeru, di pihak manakah boleh kita kategorikan pemimpin-pemimpin BERSIH?  Apakah mereka di pihak jahat dari dunia gelap atau di pihak yang baik?   Pemimpin-pemimpin BERSIH – Anwar dan Ambiga telah diberikan pilihan dua stadium untuk mengadakan Protes Duduk Bantah di mana keselamatan dan keamanan terjamin.  Tetapi apakah mereka bersetuju menerima tawaran yang murni itu?  Tidak.  Apakah para peserta demonstrasi benar-benar ‘duduk’ seperti yang mereka janjikan?  Tidak.  Apakah mereka berjalan dengan aman ke arah kawasan larangan iaitu Dataran Merdeka?  Tidak.     Sebaliknya, Anwar dan Ambiga telah dengan sengajanya meletakkan penyokong-penyokong mereka dalam risiko tercedera atau mungkin kehilangan nyawa dengan menolak tawaran untuk berdemonstrasi di dalam stadium, dengan tidak ‘duduk’ seperti yang dijanjikan, dengan berarak secara ganas dan dengan menyeru supaya mereka bertindak menceroboh Dataran Merdeka.    Apakah perlunya untuk mereka menceroboh kawasan larangan jika mereka sekadar menuntut pilihanraya bersih?  Apakah mereka benar-benar percaya bahawa dengan terlibat dalam pertempuran dengan polis, cedera, membunuh atau terbunuh maka barulah mereka akan mendapat sebuah pilihanraya yang bersih bersinar-sinar?    Hakikatnya, pilihanraya di negara ini adalah cukup bersih dan itulah sebenarnya masalah Anwar.  Beliau enggan melalui proses pilihanraya dan ingin merampas kuasa melalui jalan belakang.  Malangnya beliau tidak dapat mengumpulkan secukupnya jumlah manusia yang cukup jahat, dungu dan gila yang sanggup berkorban untuknya.   Dan kerana itu, rampasan kuasa tidak berlaku.   Untuk itu, kita mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Dato’ Seri Najib atas apa yang dilakukan beliau dalam memastikan kita selamat dari keganasan peserta demo BERSIH. Dan kita tidak dapat menggambarkan betapa terhutang budinya kita kepada pihak polis yang sanggup berkorban demi keamanan kita yang diancam oleh penyokong Anwar Ibrahim.     Kesudahannya, siapa yang kelihatan lebih menepati sifat Stalin atau Hitler di sini?  Siapa yang sanggup mengorbankan orang-orangnya sendiri, iaitu peserta demonstrasi yang merupakan penyokongnya, untuk mendapatkan apa yang dihajati?    Tidak lain tidak bukan, orangnya ialah Anwar ‘Hitler’ Ibrahim.

BERSIH 3.0:

BERSIH 3.0:  Rally of the Innocent Devils  BERSIH 3.0 riot is finally over, leaving the DBKL to clean up the mess, the policemen in hospitals, the traders in anger, the tourists in shock and the naïve Malaysians in disappointment for finally realized that BERSIH is actually dirty.   It also made the rational Malaysians hating the Oppositions even more, gives the non-partisans a renewed confidence in BN while the Opposition supporters continue living in dreams.    Their leaders however, are forced to stage a denial in order to hide the shame.   For this, they had to lie to themselves and to their supporters but even their lies didn’t rhyme anymore.   Malaysiakini, Harakah, Anwar, Ambiga all quoted different figures which varies in hundred thousands, when asked about the number of demonstrators.       All that is left to do is blame the BN, the government, the police and everything else.  So, this, is what Datuk Seri Anwar has to say about the mess that he had created:  “We shall not be intimidated by continuous lies spawned by the state and Umno-controlled media. This is the classic response of authoritarian regimes. Innocent masses, victims of oppression, now deemed as criminals. Just like in the time of Hitler, Stalin and the dictatorship in Myanmar previously, the ones who protest are criminals, the oppressors are clean from any allegations,”- the Malaysian Insider -  Maybe Anwar is just unaware or has forgotten history like he has forgotten everything else.  Well, this is what history has to say about Stalin: One of the most powerful and murderous dictators in history, Stalin was the supreme ruler of the Soviet Union for a quarter of a century. His regime of terror caused the death and suffering of tens of millions  And Hitler is recorded as one of the most evil people in history. He was responsible for starting World War II and for killing more than 11 million people during the Holocaust.  Comparing UMNO or Dato’ Seri Najib, the Prime Minister with Hitler and Stalin shows how close Anwar is to insanity.   Dato’ Seri Najib has never killed a single person, he is not even a harsh leader, what more a dictator.  He listens to the people, cares for us, serves us, and hands out aids and support through his many transformation programmes.   When Anwar wanted to hold BERSIH 3.0, he offered the stadium in order to ensure peace and safety of everybody including, or especially, the demonstrators.  When Anwar chose to ignore the law and took the rally to the streets, Dato’ Seri Najib made sure that the medical team, hundreds of them, in actual, were there just in case things went wrong.          Therefore, the only way to explain why did Anwar see Dato’ Seri Najib as another Hitler or Stalin, is that he must have been hallucinating.  It must be the unbearable shame for failing to get a ‘reasonable’ number in BERSIH 3.0 plus the pressure from the ‘serial exposure’ of his scandals that had triggered the lunacy.   Hitler and Stalin are leaders of the ‘dark’ world.  Just like any leaders from the ‘dark’ world, like the mafias, mobsters, gangsters, yakuzas or whatever we call them, are known to have no problem in sacrificing or even murder their own people in cold blood when they see the necessity.   In their world, they are not subjected to any law but their own.   But leaders from the good sides of the world such as the army or the police, will never risk their mens’ lives without a good enough reason.  And in whatever situation, they will never, ever leave a man behind.  The leaders from the good sides of the world will have to answer the law should their mens’ lives are put at risk in any way.   Now where do BERSIH’s leaders fit in?  The dark side or the good side?  BERSIH’s leaders – Anwar and Ambiga were given two stadiums to choose to hold the ‘Sit Down Protest’ where there was a guarantee of no chaos and no terror.   But did these leaders accept the divine offer?  No.   Did the demonstrators sit down as they said they would?  No.  Did they walk in peace towards the forbidden Dataran Merdeka?  No.   In fact, Anwar and Ambiga had intentionally put their supporters at risk of getting hurt, injured or even die by rejecting the stadium, by not sitting down in peace and by ordering them to occupy the Dataran Merdeka.    Why in the hell must they occupy the forbidden place if all they really wanted is a clean election?  Do they seriously think that getting involved in a fight with the police or even killed or get killed, then they would finally get a truly squeaky clean election?   The truth is, they election is clean enough and that’s just where Anwar’s problem lies.   He doesn’t want to go through another election, we wanted to stage a coup but he couldn’t get enough people who are either evil, stupid or crazy enough to get themselves killed for him.  And so the coup didn’t happen.    For that, we can’t thank you more to Dato’ Seri Najib for what he had done to keep us safe from Anwar Ibrahim.  And we can never thank you enough to the police force who had sacrificed themselves for us.    In the end, who sounds more like Stalin or Hitler here?  Who is willing to kill his own people in order to get what he wants?  None other than Anwar ‘Hitler’ Ibrahim.    

Xenophon: Pemantau Bersih 3.0 Yang Anti Islam

HUBUNG kait Anwar dengan organisasi yang jelas ada kaitan dengan yahudi (anti Islam), memang sudah diketahui ramai..  Menjadi persoalan yang besar di kalangan kita, kenapa Anwar gemar berhubung secara langsung dengan puak-puak yang anti Islam dalam menonjolkan dirinya di peringkat antarabangsa.  Tidak terkecuali ialah perhimpunan Bersih 3.0 yang lepas.  Disitu pun Anwar meletakkan seorang ahli  Parlimen Bebas Australia yang diketahui mempunyai hubungan rapat denganntya sebagai salah seorang pemerhati antarabangsa perhimpunan haram tersebut.  Yang penulis maksudkan ialah Senator Nicholas Xenophon dari Australia.  Kebencian Xenophon kepada Islam bukanlah perkara baru.  Dalam satu perbahasan di Parlimen Australia pada 17 November 2009, Xenophon dipetik sebagai berkata “Islam is not a religious organization.  It is a criminal organization that hides behind it’s so called religious belief” (Islam bukan pertubuhan agama.  Ia ada pertubuhan jenayah yang berselindung di sebalik apa yang dipanggil sebagai kepercayaan agama).  Justeru, sikap anti Islam sudah terkenal di pelusuk dunia dan peliknya orang ini jugalah yang dilantik Anwar Ibrahim untuk mengawasi perjalanan demonstrasi Bersih 3.0.  Penulis tidak pasti setakat mana Xenophon ini memantau situasi perhimpunan pada 28 April 2012 kerana Anwar sendiri pun kelihatan buat beberapa ketika, sebelum hilang entah kemana setelah memberikan arahan untuk para perusuh merempuh halangan polis.  Yang kononnya memantau apatah lagi.  Sama ada Xenophon benar-benar memantau keganasan oleh perusuh Bersih 3.0 pada hari tersebut bukanlah persoalannya, sekurang-kurangnya bab yang terpenting.  Persoalannya utamanya ialah, kenapa Anwar seringkali dilihat bersekongkol dengan puak-puak yang diketahui anti Islam?  Sebelum ini pun Anwar seringkali dikaitkan individu yang diketahui memusuhi Islam antaranya arkitek peperangan palsu Amerika di Iraq, Paul Wolfowitz.  Tidak adakah di kalangan lebai-lebai PAS yang mahu bertanyakan soalan tersebut?  Buat pengetahuan semua, ini bukan kali pertama Xenophon bersusah payah datang ke Malaysia membantu Anwar.  Pada Januari 2011, ketika Anwar digantung dari parlimen Malaysia kerana gagal menunjukkan bukti APCO International adalah pertubuhan yahudi, Xenophon datang ke parlimen Malaysia memberikan sokongan moral kepada Anwar.  Sumbernya disini.  Dari pautan yang sama juga, jelas menunjukkan bahawa Xenophone bukan setakat anti Islam, dia juga adalah penyokong kuat perkahwinan sesama jenis di Australia!!  Anwar pula adalah seorang pemimpin yang diketahui mempunyai kegemaran kepada pintu belakang, melebihi pintu yang depan.  Selain niat hatinya untuk menghapuskan undang-undang anti homoseksual di Malaysia jika berjaya menawan Putrajaya.    Adakah ini suatu kebetulan atau memang kerana kedua-duanya sama padan?  Semua inilah yang perlu diperhalusi dengan dekat oleh rakyat Malaysia yang begitu ghairah menyokong Anwar, antara lain kerana begitu pasti bahawa dia juga adalah seorang pemimpin Islam sejati.  Kita tidak boleh mengambil mudah perhubungan yang seumpama ini kerana jika salah langkah, Anwar boleh membawa negara ini ke jalan kehancuran.  Beruang Biru.

Hadi Pitam, Tanda Allah Murka?

Perhimpunan BERSIH 3.0 ternyata satu perhimpunan yang paling jijik dalam sejarah Malaysia abad ini, selain dari Reformasi 1998.   Memandangkan objektif perhimpunan hanyalah untuk membuat kemusnahan, maka itulah saja hasilnya yang dapat kita lihat iaitu ‘kemusnahan’ semata-mata.    Namun kita wajar memanjatkan kesyukuran ke hadhrat Allah S.W.T kerana kemusnahan yang terjadi tidaklah sebesar mana.  Ini kerana  jumlah manusia tidak berguna di Malaysia yang sanggup menyertai perhimpunan itu tidaklah ramai, hanya sekitar 25,000 orang sahaja.    Jika ianya seramai yang dilaporkan oleh Malaysiakini, Harakah dan Anwar Ibrahim iaitu 250,000, 100,000 dan 200,000 tentulah kadar kemusnahan yang terjadi adalah lebih teruk lagi.  Malah tidak mustahil, berita jam 8.00 malam pada 28hb April itu, kita akan melihat rancangan khas Anwar berucap sebagai Perdana Menteri baru.    Oleh kerana itu tidak berlaku, maka wajarlah kita mengucapkan Alhamdulillah kerana Allah S.W.T masih sayangkan Malaysia dan membiarkan sedikit kemusnahan terjadi bagi membolehkan kita menilai dan berfikir mana yang benar mana yang salah.   Malaysia setakat ini masih dipelihara dan selamat dari dipimpin oleh boneka Yahudi, alat kafir harbi serta seorang biseksual yang korup.    Kerana kasih sayang Allah S.W.T jugalah maka Hadi Awang, Presiden PAS masih bersama kita hari ini, walaupun mengalami sesak nafas dan pitam pada hari perhimpunan tersebut.     Mungkin juga apa yang terjadi kepada beliau itu sebagai menunjukkan kemurkaan Allah akibat sanggup duduk di belakang Ambiga Sreevanesan, seorang kafir harbi pendokong hak LGBT dan murtad, dalam usahanya membuat kemusnahan untuk menggulingkan kerajaan Islam, yang menentang pendiriannya.    Bayangkan, jika Hadi Awang terus ‘padam’ pada ketika itu, maka ‘pemergiannya’ adalah dalam keadaan beliau sedang dipimpin oleh Ambiga!    Bagaimana Hadi Awang menilai kejadian tersebut, tidaklah kita ketahui.    Tetapi, Hadi yang kita tahu adalah seorang Ulama bongkak, riak, sombong, angkuh dan tidak pernah merendah diri, jauh sekali mengaku salah dan meminta maaf.   Biarpun telah disentak dengan kejadian sesak nafas dalam perjuangan haram, kita tidak yakin yang Hadi akan mengambil masa untuk berhenti sejenak bagi menilai semula kedudukan dirinya dalam perjuangan BERSIH, Pakatan Rakyat dan PAS.    Hadi Awang telah terlanjur membuat perjanjian dengan syaitan dan tidak mampu melepaskan diri dari perangkap itu.    Nampaknya, kata-kata Nik Aziz bahawa PAS sanggup bekerjasama dengan syaitan untuk memusnahkan UMNO telah menjadi kenyataan dan dipegang sebagai satu perjanjian.  Kerana itulah, Hadi Awang sanggup turun padang dan Nik Aziz pula menghulurkan wang untuk membantu perjuangan syaitan.    Lebih menggerunkan lagi ialah apabila Nik Aziz begitu riak dan megah menunjuk-nunjuk sifat ‘pemurah’ kerana sanggup menghulurkan duit poket sendiri. Beliau berkata, “mana ada pemimpin sepertinya yang sanggup keluar duit poket sendiri?”  Bukankah sifat menunjuk-nunjuk itu juga adalah sifat syaitan?  Kini, semua ini diperlihatkan kepada rakyat Malaysia secara jelas.  Dan ayat-ayat Allah S.W.T mengenai Ulama-ulama jahat juga jelas.  Tiada yang tidak jelas, melainkan yang jelas-jelas belaka sama ada dalam bentuk kata-kata mereka sendiri, perbuatan mereka, video dan rakaman telefon mereka, bukti-bukti saintifik serta pandangan rambang mengenai perjuangan PAS dalam  Pakatan Rakyat, mahupun BERSIH, bahawa mereka itu secara keseluruhannya bertindak begitu   bertentangan dengan Islam.    Maka, janganlah kita mengundang kemurkaan Allah S.W.T dengan menidakkan yang jelas. 

Saturday, April 28, 2012

Peserta BERSIH Pondan

Peserta BERSIH Pondan, Gas Pemedih Mata Pun Takut!  Malang bagi Anwar Ibrahim, Ambiga dan pemimpin-pemimpin BERSIH yang lain kerana lembu demo belaan mereka adalah pondan-pondan belaka.     Seperti yang kita tahu, matlamat utama BERSIH bukanlah menuntut pilihanraya bersih tetapi tidak mahukan pilihanraya dan ingin menjatuhkan kerajaan melalui jalanraya.  Ini terbukti melalui laungan ‘Jatuhkan BN’, ‘Mampus PM’, ‘Tumbangkan Kerajaan’ yang kedengaran sekarang ini di dalam perhimpunan.   Ucapan-ucapan pemimpin mereka juga sering menjadikan Dataran Tahrir Mesir sebagai rujukan, ilham dan contoh teladan.    Untuk itu, Anwar dan Ambiga mengharapkan sesuatu yang jauh lebih ganas dari sekadar tawaf keliling Dataran Merdeka.  Mereka membayangkan bangunan terbakar dan lebih baik lagi jika jalanraya Kuala Lumpur bermandi darah dengan mayat bergelimpangan.   Mereka juga inginkan kecurian dan rompakan berleluasa sehingga pihak berkuasa hilang kawalan.    Namun, ini tidak berlaku.  Lembu-lembu mereka semuanya sama spesis dengan Azmin Ali dan Anwar Ibrahim iaitu keliru jantina dan dayus belaka.   Jangankan merempuh kawat duri di Dataran Merdeka, berpanas pun sudah ramai yang tidak tahan terutama kaum Cina, akibatnya ramai yang balik lebih awal.    Akhirnya tinggallah beberapa kerat yang benar-benar benak sahaja yang merayau-rayau sekitar Kuala Lumpur tanpa arah tujuan.    Sekali tengok meluat, dua kali tengok kesian, tiga kali tengok sedih memikirkan anak bangsa kita.    Apalah agaknya yang difikirkan oleh para peserta BERSIH 3.0 ketika berlari-lari, terkinja-kinja mencabar polis di jalanan hari ini.  Jika pemimpin mereka hanya memikirkan Putrajaya, mereka pula fikir mereka hendak ke mana?    Untuk merasai pengalaman hidup dalam negara yang hancur?   Tahukah mereka jika kerajaan benar-benar berjaya digulingkan hari ini maka ekonomi akan merudum dalam sekelip mata.  Tiada pelabur yang akan melabur di negara yang tidak stabil, tiada pelancong yang berani melancong ke negara yang tidak aman, maka kadar pengangguran akan meningkat mendadak dan menurunkan dayabeli rakyat sehingga menjejaskan peniaga dan juga bank-bank.  Rizab negara akan terjejas sehingga memaksa subsidi ditarik balik lalu harga makanan termasuk susu bayi dan barangan lain akan meningkat secara drastik.  Rakyat menjadi resah, marah yang mana akan menyebabkan pemberontakan berterusan lalu menyukarkan lagi usaha untuk memulihkan keadaan.     Dalam sejarah penggulingan kuasa melalui demonstrasi jalanan, seperti di Mesir, Libya, Iraq, Tunisia dan lain-lain, tahukah kita bahawa tidak ada satu pun dari negara tersebut yang dapat bangun dan menjadi lebih baik dari sebelumnya.   Kesemuanya musnah, dan kehidupan rakyatnya adalah jauh lebih susah dan menderita dari yang pernah dialami mereka di bawah kerajaan terdahulu.    Inikah yang peserta BERSIH mahukan apabila melaungkan slogan untuk menggulingkan kerajaan?   Tahukah mereka betapa bodohnya mereka jika menginginkan sedemikian?    Tapi logik menyatakan bahawa jika mereka tidak bodoh, tidak mungkin mereka akan turun berdemonstrasi, membahayakan diri dan bergadai nyawa hari ini.    Arahan telah dikeluarkan bahawa Dataran Merdeka adalah Haram dijejak oleh BERSIH, tetapi mereka diberikan pilihan untuk duduk di Stadium Merdeka.   Namun, seperti biasa, mereka membantah.    Mereka tidak mahu duduk, dan tak mahu Stadium Merdeka, mereka mahu berarak dan mahukan Dataran Merdeka juga.   Kerana apa?  Kerana Anwar dan Ambiga mahu mencetuskan keganasan dan mereka adalah umpan untuk dijadikan korban.     

BERSIH Gagal Lagi

BERSIH mensasarkan jumlah 500,000 peserta - sekurang-kurangnya.  Tetapi nampaknya, sehingga artikel ini ditulis, kita hanya melihat dalam 15,000 sahaja yang terlari-lari terkinja-kinja dan terpekik terlolong cuba menaikkan darah pihak berkuasa di sekitar Kuala Lumpur sekarang.  Sedangkan jumlah pengundi berdaftar di Malaysia ialah 12.5 juta.    Justeru, apakah ertinya angka-angka ini?    ·         Ertinya BERSIH telah gagal sekali lagi.    ·         Ertinya BERSIH tidak mendapat sokongan majoriti rakyat.     ·         Oleh kerana BERSIH didalangi Pakatan Rakyat, maka ertinya juga, majoriti rakyat tidak menyokong Pakatan Rakyat.     ·         Dan ertinya lagi, jika PRU diadakan dalam masa terdekat, sekitar nisbah angka itulah sahaja undi yang bakal diperolehi oleh PR berbanding BN.     Kerana menyedari hakikat inilah maka demonstrasi jalanan, huru-hara dan keganasan amat penting bagi BERSIH atau lebih tepat Pakatan Rakyat kerana mereka tahu mereka tidak mungkin boleh memenangi pilihanraya.  Untuk berkuasa, mereka perlu melakukan rampasan kuasa melalui jalanraya dan tidak ada cara lain melainkan itu sahajalah caranya.     Tidak usahlah Ambiga berbohong atau menafikan hakikat ini, kerana sekali angin tiup bau janggut Pak Samad Said yang hapak itu, kita sudah tahu tujuan sebenar mereka.    Tujuan Pak Samad ‘menceburi’ BERSIH ialah membalas dendamnya terhadap kerajaan Melaka kerana enggan memberikan sejumlah wang tambahan daripada RM3 juta yang telah diberikan kepadanya sebelum itu, untuk tujuan menerbitkan semula karya beliau.  Kerajaan Melaka telah mengambil keputusan sedemikian kerana Pak Samad telah gagal mencapai matlamat yang dijanjikan melalui syarikat Wira Bukit Sdn Bhd yang diuruskan anaknya, Helmy Samad sedangkan wang RM3 juta yang diberikan telah habis dibelanjakan.    Lanjutan dari itu, Pak Samad juga ingin membalas budi PTS Sdn. Bhd milik Ainon Mohd, - sekutu pembangkang dan Anwar Ibrahim yang telah ‘menyelamatkan’ beliau dengan mengambil alih projek berkenaan dan mendapat hak milik semua karya Pak Samad dan buku-buku beliau untuk diterbitkan semula untuk jualan.   Tujuan Ambiga pula sudah diketahui umum iaitu untuk menggulingkan kerajaan pimpinan Islam untuk digantikan dengan kerajaan yang liberal yang menerima murtad, mengiktiraf hak LGBT dan meletakkan hak asasi melebihi agama dan adat resam.  Memandangkan satu-satunya parti yang berpegang kepada prinsip yang sama dengan beliau ialah PKR maka tidak hairanlah Ambiga dan Anwar memilih untuk bersatu melalui BERSIH.  DAP pula tidak punya masalah dengan pendirian Ambiga atau Anwar apatah lagi jika ianya bertentangan dengan Islam.    Dalam hal ini, PKR, DAP, Ambiga dan juga Pak Samad amat jelas akan prinsip dan tujuan masing-masing dan lebih daripada teruja untuk menentang musuh yang sama iaitu Barisan Nasional.    Hanya PAS sahaja yang masih dalam keadaan keliru.  Di dalam hati nurani ahli-ahli PAS, mereka masih tertanya-tanya, berdosakah jika mereka tidak ikut berdemo BERSIH yang hukumnya WAJIB mengikut fatwa Nik Aziz?     Tetapi, berdosakah jika mereka turut berdemo BERSIH yang hukumnya HARAM jika dipimpin oleh Ambiga iaitu juara LGBT dan murtad mengikut fatwa Nasharudin Mat Isa?  Maka terbahagi dualah mereka, ada yang berpegang kepada fatwa Nik Aziz dan ada yang berpegang kepada fatwa Nasharudin.    Kekeliruan ini sedikit sebanyak menjadi penyumbang kepada kegagalan BERSIH mencapai jumlah sasaran hari ini.    Apa yang pasti, majoriti rakyat Malaysia tidak keliru.  Kita semua tahu bahawa adalah HARAM membiarkan diri dipimpin kafir harbi yang menerima dana dari Zionis yang tujuannya adalah untuk menjatuhkan kerajaan Islam yang sah di sebuah negara yang aman damai. 

Ambiga Penipu

Sebelum ini, Pengerusi BERSIH, Datuk S. Ambiga telah memberi jaminan bahawa penyokong perhimpunan BERSIH 3.0 TIDAK AKAN memasuki Dataran Merdeka. Sebaliknya hanya akan duduk berhimpun ditempat yang telah dirancangkan, sepertimana syarat yang digariskan dalam Akta Perhimpunan Aman yang baru diluluskan.  Tetapi apa yang berlaku hari ini membuktikan bahawa Ambiga adalah seorang penipu besar.  Seorang manusia yang tidak boleh dipercayai, seorang kaki belit selain pengkhianat kerana usahanya yang tanpa henti untuk mengsabotaj ekonomi negara sendiri terutama dari segi pelancongan dan pelaburan.    Walaupun menjanjikan himpunan aman tetapi perhimpunan yang berlaku hari ini sememangnya menjurus kepada keadaan tidak aman.  Malah, peserta demo sejak dari semalam telah melakukan berbagai-bagai helah untuk mencabar polis.  Mereka mengepung dan mengetuk-ngetuk kereta polis, merempuh halangan polis di KLCC, mengingkari arahan dan akhirnya tetap menceroboh Dataran Merdeka.    Semuanya dengan niat untuk mengumpan polis melakukan keganasan terhadap mereka.    Di jalanan, mereka juga berkejar-kejar ke sana ke mari membuat kecoh sedangkan Ambiga menjanjikan satu demonstrasi ‘duduk’ bukannya ‘berlari’.    Justeru, apakah manusia seperti Ambiga ini boleh diambil kira pandangannya?   Iaitu seorang penipu, kalaupun tidak seorang yang lemah kerana tidak mampu menyampaikan arahan yang tepat kepada pengikutnya?   Atau apakah pengikutnya sememangnya jenis samseng semuanya yang tidak mendengar arahan polis mahupun arahan dari ketua mereka sendiri?  Atas dasar apa kerajaan atau SPR perlu mendengar segala tuntutan Ambiga?  Sedangkan hari ini sekali lagi terbukti bahawa beliau adalah tidak lebih daripada seorang manusia yang tiada kredibiliti kerana cakapnya hanyalah cakap kosong dan janjinya adalah janji palsu.    Manusia jika tidak dapat dipegang pada janji, pada apa lagi hendak dinilai dirinya?    Itulah Ambiga, kononnya dewi srikandi yang berani dan berintegriti tetapi rupa-ranya hanyalah seorang penipu tahap dewi.     

Friday, April 27, 2012

Tersembam Di Kaki KJ, Kredibiliti Umum Terhadap Ambiga & BERSIH Tergugat

Penulis percaya rata-rata kalangan kita telahpun sedia maklum apa yang terjadi semasa debat anjuran The Malay Mail yang berlangsung sehari dua lepas.  Ringkasnya, Spark the Debate yang melibatkan Ketua Pemuda UMNO vs Pengerusi BERSIH keseluruhannya memperlihatkan Datuk Ambiga tersembam malu di kaki Khairi Jamaluddin (KJ).  Baik dari segi pengisian fakta dan hujah balas, nyata KJ jauh ke depan meninggalkan Ambiga yang tercunggap-cunggap hanyut dalam lamunan spekulasinya yang mendatar dan kabur.  Malam tersebut boleh diibaratkan malam yang malang untuk Ambiga kerana bukan saja telah menggugat kredibiliti dan imejnya sebagai bekas Presiden Majlis Peguam malah turut memberi kesan negatif terhadap NGO BERSIH itu sendiri.  Dalam pada itu pendirian tegas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim terhadap perhimpunan BERSIH 3.0 tambah memudaratkan kepercayaan ramai terhadap halatuju BERSIH 3.0.  Ketidakyakinan Tunku Aziz yang perhimpunan BERSIH 3.0 akan kekal berlangsung aman membuktikan dikalangan pemimpin pembangkang sendiri turut meragui kredibiliti Ambiga dan BERSIH 3.0 dalam memperjuangkan isu ketelusan dan keadilan proses pilihanraya.  Lebih memburukkan keadaan, BERSIH sebagai NGO juga hingga kini masih bergerak secara haram tanpa sebarang pendaftaran dengan ROS (Pendaftar Pertubuhan).   Kebetulannya Pakatan Rakyat (PR) yang menjadi pendukung dan penyokong utama BERSIH juga tidak pernah didaftarkan sebagai parti gabungan yang berdaftar.  Selain itu, umum juga mengetahui daripada 81 NGO yang bernaung di bawah BERSIH, 60 daripadanya juga disahkan bergerak secara haram malah lebih mendukacitakan sebahagian besarnya hanya mempunyai keahlian di bawah 100 orang sahaja.  Di tambah pula peristiwa Pengerusi BERSIH jatuh tersembam di kaki KJ semuanya cukup rempah ratusnya untuk khalayak umum mempertikaikan kejujuran BERSIH dalam isu yang mereka gembar gemburkan selama ini.  Bagi yang tidak berkesempatan mengikuti perjalanan debat tersebut, sedikit petikan berikut yang di ceduk dari mynewshub pastinya boleh memberi gambaran yang lebih luas untuk anda memahami dengan jelas.   --+ MynewsHub +-- Menurut Khairy, beliau menghormati hak Ambiga untuk berhimpun secara aman, namun apa yang membuatkannya tidak setuju ialah pembohongan demi pembohongan fakta yang dicanang Ambiga kepada rakyat.  Beliau memberikan contoh tentang satu poster BERSIH 3.0 yang menyatakan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kerajaan telah mengeluarkan sebanyak 42,000 pengundi yang kononnya ‘pengundi hantu’ yang didalangi SPR dan kerajaan.  Ambiga memulakan hujah di pentas debat dengan mendedahkan beberapa fakta hasil kajian Ong Kian Ming mengenai sistem dan pengkalan data SPR yang dikatakan agak mencurigakan.  Antara isu yang dibangkitkan Ambiga ialah mengenai tiga juta nama yang didaftar mengundi tidak mengikut kawasan alamat di dalam kad pengenalan, tindakan SPR yang mengeluarkan nama 42,000 individu dari senarai mengundi oleh SPR dan pengundi pos di luar negara.  Mula bersahaja dengan jenaka ‘memori disembur gas pemedih mata dari pasukan polis yang sama’ pada himpunan BERSIH 2.0 pada Julai lalu, Khairy menegaskan kepada Ambiga bahawa beliau senada dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, untuk memastikan Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13) adalah yang paling adil dan BERSIH yang pernah diadakan di negara ini.  Khairy menyatakan bahawa segala tuntutan BERSIH telah dibincangkan oleh Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) dan semua cadangan dari jawatankuasa itu dijangka mengambil masa untuk dilaksanakan, tapi menjelaskan bahawa ada beberapa perkara yang akan dilaksanakan dalam masa yang terdekat.  Bagaimanapun, Ahli Parlimen Rembau itu mempersoalkan kewajaran Ambiga dengan menggunakan taktik penipuan dalam pengedaran fakta melalui risalah BERSIH 3.0 yang sangat mengelirukan, palsu dan mampu menyebabkan rakyat salah faham dengan fakta yang sebenar.  Menurut Khairy yang lebih mesra dengan panggilan KJ itu menjelaskan bahawa SPR telah menyerahkan sebanyak 12.5 juta nama pengundi kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk disemak satu persatu.  Bagaimanapun, JPN mendapati bahawa sebanyak 42,051 nama pengundi  mencurigakan di dalam rekod SPR di mana mereka tidak mengemaskini alamat terkini dan senarai nama tersebut telah dipamerkan selama tiga bulan di jabatan terbabit bagi perhatian atau tindakan pemiliknya.  Dalam tempoh tersebut, seramai 1,248 orang telah tampil mengemaskini maklumat terbaru mereka, sekaligus membuktikan bahawa mereka masih hidup dan nama mereka tidak patut dikeluarkan dari senarai daftar pengundi SPR.  Justeru, beliau mempersoalkan kewajaran BERSIH yang sebelum ini menyebarkan cerita kononnya senarai pengundi tersebut adalah pengundi palsu sedangkan ia terbukti sebagai pengundi yang sah menurut Perlembagaan.

Apa Selepas Demonstrasi BERSIH?:

Pengajaran Dari Mesir  Manusia belajar dari kesilapan.  Malangnya memperbaiki kesilapan tidak selalunya mudah dan adakalanya ia tidak dapat diperbaiki lagi.  Kesilapan pula sering dibayangi dosa dan adakalanya dosa tersebut mungkin dapat diampunkan dan mungkin juga tidak.  Di kala itu, yang tinggal hanyalah penyesalan.  Maka hiduplah kita dalam keadaan tidak keruan akibat kesilapan yang dibuat.    Mungkin ada yang melihat bahawa soal kesilapan memilih kerajaan sebagai soal remeh kerana ia boleh diperbetulkan dalam masa 5 tahun lagi.    Atau mungkin juga kita tidak sedar yang kita telah berbuat silap malah begitu yakin yang kita benar dan cukup arif membuat pilihan.  Kerana itu, banyak negara-negara di dunia mengalami kehancuran akibat kesilapan rakyat memilih kerajaan.     Untuk pengetahuan semua, soal memilih kerajaan sebenarnya bukan seratus peratus terpulang kepada rakyat negara tersebut.  Ini kerana mengikut pendedahan bekas pegawai CIA, Phil Agee, CIA telah lama terlibat dalam menggulingkan kerajaan yang sah di seluruh dunia untuk digantikan dengan pemimpin boneka pilihan Amerika.  Ini telah dilakukan sejak berdekad-dekad dahulu.   Dalam bukunya, beliau menyebut antara negara yang beliau sendiri terlibat dalam menggerakkan pemberontakan dan penggulingan kuasa ialah Chile, Brazil, Albania, Filipina, Panama dan banyak lagi.    Kita faham bahawa apa yang berlaku di Mesir, Tunisia, Iraq, Libya dan beberapa lagi negara akhir-akhir ini adalah juga kerja CIA.   Dan inilah yang kita cuba fahamkan kepada rakyat Malaysia iaitu tentang betapa membuat keputusan yang bijak dalam pilihanraya adalah penting, kerana ia bukan sahaja melibatkan soal pembangunan dan polisi dalam negara tetapi juga kedaulatan, kemerdekaan malah kehidupan seharian kita.    Penulis enggan menyentuh lebih jauh tentang Modus Operandi CIA kerana ia boleh dibaca sendiri dalam buku Phil Agee, Inside the Company: CIA Diary.  Apa yang penting untuk kita renungkan ialah apakah yang berlaku selepas sesuatu pemberontakan, huru-hara atau selepas kerajaan yang sah digulingkan bukan melalui pilihanraya?   Kita ambil contoh apa yang terjadi di Mesir selepas protes besar-besaran pada 25 Januari 2011 yang ‘berjangkit’ dari Tunisia.  Protes bertukar menjadi rusuhan dalam sekelip mata dan kemudiannya, keganasan.  Seperti yang kita sedia maklum, ketika Mesir sedang kecoh, Amerika Syarikat pantas menghulurkan sokongan dan bantuan kepada pihak pemberontak sehingga akhirnya Presiden Hosni Mubarak melepaskan jawatannya, sekali gus, membuktikan pendedahan Phil Agee.    Semua ini berlaku selama 18 hari sebelum membawa kepada kehancuran Mesir yang belum tentu pengakhirannya.     Apakah kemenangan pihak pemberontak membawa kepada Mesir yang lebih baik?  TIDAK!!!  Hari ini, Mesir terpaksa menapak membangunkan kembali negara mereka dari bawah.  Kini, rakyat yang bersungguh-sungguh ingin menggulingkan kerajaan mula tertanya-tanya apakah mereka telah berbuat kesilapan?    Pemberontakan membawa kepada lumpuhnya ekonomi dan pentadbiran di Mesir menyebabkan rakyat termasuk pemberontak terpaksa berhadapan dengan keadaan di mana kemudahan asas juga sukar untuk didapati.  Bangunan-bangunan yang menempatkan pejabat, kedai dan pusat perkhidmatan runtuh, terbakar dan musnah.  Ramai yang kehilangan kerja dan makanan juga sukar didapati.  Pemberontak dan rakyat yang lapar mula menceroboh dan mencuri bagi menyambung kehidupan.    Keadaan ini berlanjutan sehingga beberapa lama.      Pada 25 Januari 2012 yang lalu iaitu ulangtahun pemberontakan menyaksikan keresahan rakyat yang memuncak akibat pergolakan politik, pemerintahan tentera serta kebangkitan parti-parti Islam.   Walaupun telah setahun berlalu, kehidupan rakyat termasuk para pemberontak belum pulih seperti sediakala malah lebih teruk dari sebelumnya.    Dengan lumpuhnya prasarana dan struktur sosial, Mesir mengalami krisis ekonomi yang amat buruk.  Pemerintahan tentera dan kebangkitan parti-parti Islam kini meletakkan negara dalam keadaan sukar yang menjurus kepada penurunan nilai matawang dan hutang negara meningkat.  Kerajaan Mesir kini terpaksa membelanjakan sehingga USD2 billion sebulan bagi mengimbangi kejatuhan nilai tersebut sedangkan rizab matawang asing pula hanya tinggal USD10 billion daripada USD36 billion sebelum penggulingan kerajaan.   Pelaburan asing juga terhenti terus dan jumlah pelancong menurun secara drastik.    Akibatnya, subsidi terpaksa ditarik balik dan harga makanan dan kemudahan asas di Mesir menjulang tinggi sehingga dua kali ganda. Penarikan subsidi juga pastinya menjejaskan harga minyak sekali gus semua harga barangan lain.    Sikap rakyat Mesir terhadap subsidi sebelum ini adalah tidak jauh dari sikap rakyat Malaysia iaitu merasakan bahawa itu adalah kewajiban kerajaan atau menjadi hak mereka sejak lahir, tanpa mengambil kira keadaan ekonomi negara dan dunia.  Penarikan subsidi ini tentunya menambahkan kemarahan rakyat, cuma kini mereka mungkin tidak tahu lagi kepada siapa kemarahan tersebut harus ditujukan.    Perkembangan terbaru,, kerajaan telah menjual saham di beberapa bank dengan harga yang rendah dari nilai sepatutnya.  Hari ini, rakyat Mesir tidak berani menyimpan wang mereka di dalam bank kerana bimbang apa yang akan berlaku di masa depan.    Keadaan menjadi lebih teruk dengan kadar pengangguran kini berada di tahap 12 – 24 peratus berdasarkan angka rasmi dan tidak rasmi.  Sedangkan sebelum ini, kadar pengangguran berada di tahap 9 – 12 peratus yang mana menjadi faktor utama pemberontakan bermula.  Ini adalah tanda jelas bahawa keadaan adalah jauh lebih teruk dari sebelumnya.   Kemelut pemilihan Presiden juga tidak membantu Mesir sebaliknya menambahkan kemarahan, keresahan dan kesusahan rakyat.  Justeru, bagi melepaskan kemarahan, pemberontakan berterusan setiap minggu walaupun pemberontak telah berjaya menggulingkan kerajaan sebelumnya.    Pada 20 April lepas, beribu-ribu rakyat berhimpun lagi kerana mencurigai peralihan kuasa yang bakal berlaku bulan depan.    Jika dulu pemberontak memberontak terhadap pemerintah kerana merasakan hidup mereka susah, tetapi hari ini hidup mereka jauh lebih susah.  Jika dulu rakyat secara puratanya membelanjakan USD300 untuk sebuah majlis perkahwinan, tetapi kini mereka hanya mampu membelanjakan sekitar USD100.  Jika dulu, pihak pengantin lelaki menghadiahkan emas tetapi kini tidak lagi.  Kini mereka terpaksa berlapar dan berebut untuk makan.  Mereka terpaksa menerima hakikat bahawa minyak adalah satu bentuk kemewahan.    Semua ini adalah kesan langsung dari pemberontakan dan penggulingan kerajaan secara demonstrasi ganas yang dibakar oleh semangat kebencian dan sifat tidak tahu bersyukur.   Maka benarlah bahawa sesuatu perjuangan yang digerakkan oleh rasa benci dan marah adalah perjuangan yang diilhamkan oleh iblis.    Semoga rakyat Malaysia tidak terpengaruh dengan bisikan iblis dan belajar menghargai segala nikmat keamanan, keselesaan dan kesenangan yang dimiliki hari ini.  Sebelum kita memBERSIHkan segala apa yang lain, eloklah kita BERSIHkan dulu hati nurani dan fikiran sendiri. 

Siapa Taja BERSIH?

Esok akan berlaku satu lagi perhimpunan di Kuala Lumpur yang dipanggil BERSIH 3.0.  Sebenarnya, sejak Anwar Ibrahim dipecat, rakyat Malaysia sudah lali dengan perhimpunan demi perhimpunan yang menuntut entah apa-apa.     Himpunan ini selalunya didalangi oleh pihak Anwar sendiri dan kadangkalanya oleh pihak minoriti yang sengaja menangguk di air keruh.   Bagi mengabui mata ramai konon mereka mewakili sebahagian besar rakyat, mereka menggelarkan diri mereka dengan berbagai-bagai nama yang hampir semuanya merupakan NGO haram, iaitu tidak berdaftar.     Tidak perlu rasanya untuk kita cuba merasionalkan tuntutan BERSIH kerana penulis yakin hampir semua rakyat Malaysia sedia maklum bahawa BERSIH bukannya memperjuangkan pilihanraya bersih.  Yang mungkin tidak tahu apa-apa, hanyalah segelintir penyokong mereka yang sempit dan cetek pengetahuannya dalam soal politik negara dan juga politik dunia.   Bagi golongan ini, walau apapun jawapan dan penjelasan yang diberikan, tidak akan sampai ke otak mereka kerana mereka tidak pernah ingin mencarinya.    Hakikatnya, matlamat BERSIH hanyalah satu iaitu membuat huru-hara dan memburukkan nama Malaysia di mata dunia.   Ini semua orang tahu.  Tetapi mungkin tak semua tahu tentang dari mana datangnya dana untuk menggerakkan satu demonstrasi besar seperti BERSIH.  Bersih 2.0 menyaksikan sebanyak 120,000 TShirt di edar dan khabarnya Bersih 3.0 juga sama akan mencetak dalam jumlah yang sama.  Dari mana datangnya modal untuk mencetak T.Shirt sebegitu banyak?  Dan dari mana datangnya modal untuk menampung kos logistik, telekomunikasi dan kebajikan para pemimpin atasan, bawahan dan peserta?  Semua ini memakan jumlah jutaan ringgit.  Itu belum termasuk program-program pra-BERSIH seperti mesyuarat, perjumpaan, kos penginapan, pengangkutan, perhubungan, alatulis, banner, poster, bayaran kepada penulis, pemikir, kumpulan propaganda dan lain-lain.    Justeru, dari mana datangnya dana ini?  Pada 27 Jun 2011, Ambiga Sreevanasan, iaitu pengerusi BERSIH 2.0 telah membuat kenyataan berikut kepada media, “BERSIH ada menerima sejumlah kecil sumbangan daripada dua organisasi Amerika Syarikat iaitu National Democratic Institute (NDI) dan Open Society Institute (OSI) bagi projek-projek lain, yang tiada kaitan dengan Himpunan Bersih 2.0 bulan depan.”  Pokoknya di sini, bukanlah kecil atau besar sumbangan tersebut tetapi dari siapa dan kenapa?  Tentang untuk apa ia digunakan, Ambiga boleh kelentong apa saja kerana beliau pastinya baru tersedar yang perkara yang didedahkannya itu akan menjerat dirinya.  Justeru, eloklah kita kaji sendiri apakah ‘projek-projek’ lain yang disebut Ambiga?    Untuk tujuan ini, kita harus terlebih dahulu mendalami siapa NDI yang memberi sumbangan ‘kecil’ kepada BERSIH?    NDI adalah salah satu dari empat komponen NED atau National Endowmen for Democracy.  Di dalam laman web NDI sendiri, iaitu www.ndi.org juga ada melaporkan bahawa program NDI di Malaysia adalah ditaja oleh NED.   Siapa atau apakah NED?    NED (National Endowment for Democracy), adalah salah sebuah yayasan dana demokrasi, topeng CIA yang didalangi neocon di Amerika Syarikat (AS). NED diasas oleh Ronald Reagan pada tahun 1983.  Pengerusinya, Carl Gershman adalah seorang ahli neo-konservatif.  Untuk pengetahuan, Rahimi Othman, bekas setiausaha Anwar pernah mendedahkan surat Anwar kepada Gershman yang bertujuan meminta dana juga.    Seorang wartawan barat, William Blum dalam tulisan bertajuk “NED and Project Democracy” mendedahkan NED telah campur tangan di dalam hubungan di negara- negara luar dengan memberikan dana, kemahiran teknikal, latihan, bahan-bahan pelajaran, komputer, mesin faks, mesin fotokopi, dan kereta kepada kumpulan politik yang terpilih, organisasi masyarakat, kesatuan, puak penentang, kumpulan pelajar, penerbit dan akhbar, dan sebagainya atas tujuan menggulingkan kerajaan yang sah bagi membolehkan pemimpin yang pro-Amerika/neocon berkuasa.    Sebelum ini NED telah melakukan perubahan kerajaan di Panama, Nicaragua, Haiti dan kini diteruskan lagi di Timur Tengah dan Thailand.  NDI mengaku telah mengadakan beberapa program di Malaysia bagi menghadapi pilihanraya 2008.  Program tersebut melibatkan Research for Social Advancement (REFSA), BERSIH Amnesty International Malaysia (AIM), All Women’s Action Society (AWAM), Centre for Independent Journalism (CIJ), Komuniti Masyarakat (KOMAS), Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER), Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Women’s Aid Organisation (WAO), Writer’s Alliance for Media Independence (WAMI), Bar Council dan beberapa yang lain.  Jika dibuat sedikit kajian anda akan mendapati bahawa hampir semuanya yang disebut diatas menerima dana dari NED dan juga OSI (Open Society Insitute) yang dimiliki oleh George Soros.    Maka, kita berbalik kepada soalan tentang kenapa mereka ini memberi dana kepada BERSIH?    Tidak lain tidak bukan ialah untuk  menumbangkan kerajaan Islam yang sah di Malaysia untuk digantikan dengan kerajaan yang lebih liberal, plural dan patuh kepada kumpulan neo-konservatif.    Inilah sedikit sebanyak tentang siapa penaja BERSIH.    Jika masih lagi ada yang bersikap skeptical dan bertanya kenapa NED atau NDI perlu ‘mengganggu’ Malaysia, jawapan penulis ialah rujuklah kepada Al-Quran tentang bagaimana orang-orang Yahudi itu tidak akan duduk diam selagi mereka tidak dapat mengalahkan Islam.

50,000 Mahasiswa Akan Menyertai Demonstrasi BERSIH 3.0 Atau... Hanya 500 Sahaja?

Hebat bunyinya apabila mahasiswa pro pembangkang mengwar-warkan keyakinan mereka untuk membawa turun seramai 50,000 mahasiswa untuk bersama-sama menjayakan demonstrasi BERSIH 3.0.  Bab propaganda dan memperbesarkan angka dan nombor sukar untuk kita tandingi 'kehebatannya' kerana itu yang dipelajari dari pemimpin pembangkang yang mereka puja.  Walau sekalipun propaganda tersebut nampak sangat mengarutnya, tapi kita perlu menerima hakikat tetap ada yang mempercayainya.  Demikian halnya bila pembangkang menghebahkan khabar kononnya 500,000 orang akan membanjiri Dataran Merdeka bagi meraikan perhimpunan BERSIH 3.0 pun, tetap ada yang teruja.  Walhal dari aspek keluasan persegi Dataran Merdeka hanya mengizinkan maksima sekitar 25,000 sahaja boleh berhimpit-himpit pada satu-satu masa, tapi tetap jua angka 500 ribu juga yang di propagandakan, logik atau mengarut suku kira.  Masih ingat demonstrasi anti PTPTN dua minggu sudah? Seluruh jagat alam digegarkan dengan berita 5,000 mahasiswa akan membanjiri Dataran Merdeka sebagai bantahan terhadap jasa khidmat PTPTN.  Realitinya apa yang berlaku? Hanya sekitar 200 hingga 300 orang mahasiswa saja yang turun berdemo itupun termasuklah 'pelajar-pelajar' tua yang datang entah dari mana tapi turut menempel dalam demonstrasi tersebut.  Mahasiswa yang terlibat dalam demo tersebut pula hanyalah segelintir yakni 0.0001% daripada jumlah ratusan ribu pelajar IPTA & IPTS. Dengan kata lain segelintir itu sebetulnya tidak layak dipanggil mahasiswa sebaliknya lebih tepat digelar sebagai mahasewel.  Apapun, melihat pada trend dan mood masyarakat umum tika ini, rata-ratanya sudah letih dengan pelbagai rantaian propaganda tak berkesudahan yang di hebohkan pembangkang sejak pasca PRU 12 lepas hingga kini.  Baik mahasewel pembangkang mahupun pemimpin politiknya, masing-masing sedang hanyut dalam imaginasi dan persepsi ciptaan mereka sendiri.   Dek kerana itu, tidaklah menghairankan bilamana mereka hanya pandai memperbesarkan angka dan nombor hingga lupa hakikat sebenar yang mereka hanyalah vocal minoriti sahaja. 

Thursday, April 26, 2012

BERSIH Hasut Media Asing Burukkan Malaysia

 Persiapan hebat sedang dilakukan oleh pihak pembangkang untuk mengganas dan menghuru-harakan negara dalam ‘Demonstrasi Duduk Bantah’ BERSIH 3.0 atau lebih tepat dipanggil ‘Demonstrasi Berarak Ganas’ kerana mereka dikhabarkan akan berarak, berlari, mengganas dan mencabar pihak berkuasa dari beberapa penjuru KL sebelum duduk.    Antara persiapan penting puak-puak pengkhianat dan balaci CIA ini ialah memberi taklimat awal kepada wartawan-wartawan asing agar bersedia mengambil gambar mereka dalam keadaan paling teruk untuk menggambarkan penganiayaan polis terhadap mereka.   Ini penting bagi mereka kerana dalam setiap demonstrasi yang dilakukan oleh pihak mereka sama ada atas nama BERSIH, PTPTN, 901, Reformasi, Himpunan Hijau atau apa saja sukar sekali mendapat gambar sehebat demonstrasi-demonstrasi di negara lain di mana polis betul-betul membantai dan membelasah para peserta.  Ini kerana di Malaysia, polis tidak akan berkeras selagi tidak dalam keadaan terpaksa atau terdesak.    Bersih 2.0 telah membuktikan bagaimana pendemonstrasi dilayan dengan lembut di mana mereka yang ditangkap diberi makan dan ‘tempat berehat’ yang selesa siap dengan kemudahan untuk bersolat.    Malah, kerana tiada keganasan polislah maka salah seorang peserta demonstrasi BERSIH 2.0 terpaksa berlakon mati dengan kamera sedia merakam lalu disebarkan di internet sebagai usaha memburukkan kerajaan.   Khabarnya, kali ini, pemimpin-pemimpin BERSIH 3.0 akan memastikan keadaan menjadi benar-benar genting.  Malah mereka bersedia mengorbankan peserta iaitu penyokong mereka sendiri dalam demonstrasi ini demi mencapai matlamat untuk menghuru-harakan negara kerana pilihanraya semakin hampir.   Mereka mengharapkan momentum kemarahan rakyat akan terus meningkat selepas itu sehingga pilihanraya menjadi benar-benar panas.    Antara perancangan mereka ialah menyamar sebagai polis untuk membelasah peserta yang sudah tentunya tidak diberitahu tentang perancangan sebenarnya.   Siapa yang bakal dikorbankan atau terkorban tidaklah diketahui.    Yang pastinya, mereka akan memastikan sudut terbaik bagi para wartawan asing untuk merakamkan setiap adegan ganas tersebut lalu menyebarkannya kepada dunia.  Apabila ini berlaku, dunia akan mengutuk Malaysia dan membuka ruang bagi barat untuk masuk campur dalam urusan negara atas nama hak asasi manusia.    Ini adalah taktik biasa CIA di bawah pertubuhan NED yang menjadi dalang menjatuhkan kerajaan yang sah di seluruh dunia.   Buku ‘Inside the Company: CIA Diary’ yang ditulis oleh bekas pegawai CIA Phil Agee menghuraikan modus operandi CIA dalam usaha meletakkan pemimpin boneka di negara-negara di mana Amerika ingin menguasai.   Cara mereka tidak pernah berubah iaitu mewujudkan organisasi-organisasi untuk kononnya memantau pilihanraya negara-negara tersebut di mana di masa yang sama membangkitkan kecurigaan rakyat terhadap sistem pilihanraya dan kerajaan.    Seterusnya, mereka juga meletakkan ‘warna-warna’ tertentu seperti  merah di Thailand, dan kuning di Mlayasia sebagai melambangkan sokongan atau tentangan terhadap kerajaan bagi mewujudkan ‘volume’. Ke semua usaha ini kemudiannya diarahkan kepada satu tujuan semata-mata iaitu demonstrasi jalanan yang membawa kepada huru-hara dan keganasan sehingga akhirnya kerajaan digulingkan.    Phil Agee mengakui mereka melakukan yang sama di Filipina melalui satu badan yang dipanggil National Association for Free Election (NAMFREL) (menyerupai BERSIH) dengan menggunapakai slogan kuasa rakyat (menyerupai Pakatan Rakyat).  Mereka juga membuat banyak percubaan untuk mengambil alih Panama melalui Civic Crusade tetapi tidak begitu berjaya.  Namun mereka berjaya di semua negara lain antaranya, Bulgaria yang mana juga menggunakan para pelajar universiti agar turun ke jalanan berdemonstrasi, dan Albania, Chile, Brazil serta banyak lagi.   Kita juga tahu bahawa mereka juga berada di belakang kejatuhan Mesir, Libya, Iraq, Tunisia dan lain-lain.    Kesemua ini tidak mungkin dapat dilakukan tanpa bantuan media.  Dan tidak hairanlah BERSIH di Malaysia ini juga berusaha memastikan media asing memainkan peranan yang sama untuk membantu  memusnahkan negara ini.    Kini terpulanglah kepada rakyat untuk menilai maklumat yang terbentang di hadapan mata.   Rakyat boleh membantu kerajaan untuk mempertahankan kedaulatan negara dengan menjauhkan diri dari BERSIH.  Kuasa rakyat itu benar, kerana itu gunakanlah kuasa minda kita untuk memilih yang terbaik untuk diri, bangsa, agama dan negara.  Jangan sekali-kali terpengaruh dengan mainan politik musuh-musuh Islam. 

Anwar & 9 Nyawa Kucing Menghantui Bersih 3.0

Anwar & 9 Nyawa Kucing Menghantui Bersih 3.0   Menjelang perhimpunan Bersih 3.0 sabtu nanti, tidak salah rasanya untuk kita semua mengimbas semula beberapa peristiwa lama mungkin ada antaranya sesuai untuk dijadikan teladan dan sempadan.   Bak kata orang tua dulu-dulu, sejarah itu guru yang baik sebagai panduan, tidaklah nanti orang kata kita buta sejarah sebagaimana Mat Sabu yang gagal pemahaman sejarah hingga komunis yang anti ketuhanan pun diagung-agungkan.  Rencana sembilan nyawa kucing yang dipetik dari blog xpressminda ini ringkasnya berkisar pada kebolehan semulajadi seorang pemimpin politik pembangkang bernama Anwar Ibrahim yang memiliki pelbagai karekter yang berubah-ubah mengikut masa dan kepentingan - bermatlamat menarik perhatian & simpati khalayak.   Mungkinkah dalam demonstrasi Bersih 3.0 kelak, Anwar selaku pembawa watak politikus hipokrasi & haprak terulung abad ini akan memanfaatkan stok nyawanya kucingnya yang terakhir demi mencari klimaks & kepuasan politik kendiri atau nyawa kucing itu hanya benar-benar tamat dalam PRU 13 kelak, sama-sama kita lihat nanti.   Nyawa Ke-8 Anwar Terancam…  Tahukah anda Anwar Ibrahim memiliki 9 nyawa sama seperti kucing? Betul ke? Realiti atau hikayat moden? Korang semua tentu tahu mitos yg mengatakan kucing memiliki 9 nyawa entah betul atau tidak tak tahulah, yg pastinya kisah 9 nyawa kucing tu agak popular.  Barangkali kerana ingin meniru mitos kucing tersebut atau mungkin jugak terangsang dgn kehebatan 9 nyawa yg dimiliki oleh spesis kucing kurap maka Anwar memanfaatkan sepenuhnya mitos itu utk meraih simpati khalayak.  Tahukah anda keadaan terkini menunjukkan Anwar sedang bertarung utk menyelamatkan nyawanya yg ke-8 selepas kehilangan nyawanya dalam 7 kejadian lampau sebelum ini.  Ikuti urutan hikayat berikut utk mengenali kehebatan Anwar yg di percayai memiliki 9 nyawa sama seperti mitos seekor kucing kurap.   1. Propaganda Tumbukan Ketua polis   - Anwar telah di tumbuk hingga mencederakan sebelah matanya oleh Ketua Polis ketika itu (Rahim Noor). Berikutan itu disebarkan cerita wujudnya konspirasi nyawa Anwar terancam dan akan di bunuh oleh pihak polis.   - Kerana mulut badan binasa, kerana pulut santan binasa. Nyata tindakan provokatif Anwar yg memanggil pihak polis dan Rahim sendiri sebagai barua dan juga anjing kerajaan telah dilupakan begitu saja gara-gara simpati mencurah-curah kalangan khalayak kepada Anwar. Dengan hanya sekali tumbukan padu ini boleh di anggap ianya kehilangan nyawa yg pertama bagi Anwar Ibrahim.   - Hasil mata lebam tersebut akhirnya sebagai pengabadian kehilangan nyawa yg pertama maka simbol perjuangan Anwar diterjemahkan melalui  Parti Keadilan Nasional (sekarang PKR) yg berlogokan sebijik mata sama seperti mata dajjal. Innalillah.   2. Drama Keracunan Arsenik   - Tidak semena-mena selang kejadian tumbukan padu oleh bekas KPN ketika itu, timbul pula dakwaan oleh Wan Azizah bahawa suami tersayangnya itu telah di racun dgn racun arsenik melalui pemakanan oleh polis dan orang2 Dr. Mahathir.   - Wan Azizah, para pemimpin ADIL (skang PKR) ketika itu termasuklah peguam kanan Anwar yakni Zulkifli Noordin (skang ahli parlimen bebas) telah menyebarkan berita nyawa Anwar dalam bahaya. Kuku jari dan kaki menjadi hitam, Anwar sudah kronik dan nazak.   - Walaupun siasatan oleh HKL menunjukkan tiada keracunan arsenik dalam air kencing dan darah Anwar, namun keputusan lengkap HKL itu tidak mampu menghalang pemergian ke rahmatullah nyawa ke-2 nya itu.   - Jangka hayat Anwar diramalkan oleh para pimpinan PKR dan Pas hanya mampu bertahan 1 tahun kerana keracunan arsenik yang teruk,.. Dek kerana singkatnya masa, maka nyawa ke-2 Anwar tidak mampu menanggung lagi lalu pergi menghadap Illahi.   - Anwar yg masih hidup selepas setahun di racun dgn arsenik adalah Anwar yg memanfaatkan stok nyawa ke-3. Hebat gitu.   3. Sandiwara Suntikan Darah HIV   - Selang selepas drama paling hot berkaitan keracunan arsenik, kemudiannya timbul pulak dakwaan Wan azizah suaminya telah disuntik dgn darah HIV positif. Nyawa ke-3 Anwar benar-benar dalam bahaya. Kebiasaannya orang yg menghidap HIV+ selang 2, 3 tahun kemudiannya akan menghidap AIDS kemudian meninggal dunia selepas 2 atau 3 tahun selepas itu dgn badan yg kurus kering dan berkudis-kudis.   - Tiada ubat atau penawar hingga kini utk pesakit HIV+ mahupun AIDS, kerana itu hanya ucapan Innalillah sahaja yg mampu diungkapkan utk nyawa ke-3 tersebut. takziah utk keluarganya. huk..huk..   - Tanpa sebarang penawar atau ubat utk HIV+ dan juga AIDS tidak menghalang Anwar utk menggunakan talian hayatnya yg ke-4.   - Hasil keupayaan memiliki 9 nyawa telah membantu Anwar meneruskan kehidupan hingga kini (2011) tanpa sebarang masalah kudis mahupun mati kekeringan melainkan perutnya terus maju ke depan.   4. Lelucon Patah Tengkuk   - Sepanjang perbicaraan dan hingga mendiami istana Sungai Buloh yg dilengkapi dgn pengawal keselamatan di setiap penjuru, ketika ini Anwar dan para pemimpin tertinggi PKR dan Pas telah mengwar-warkan kehidupan Anwar masih terancam kerana lehernya di dapati patah dan ada urat yg terkehel.   - Sepanjang perbicaraan meliwat dan juga tuduhan salah guna kuasa, Anwar sentiasa memakai penyokong leher utk memperbetulkan kembali lehernya yg patah dan uratnya yg terkehel.   - Secara umumnya dgn keadaan leher yg patah itu sebenarnya nyawa ke-4 Anwar sudahpun pergi meninggal jasad, Innalillah… Akhirnya Anwar Ibrahim terpaksa menggunakan nyawa baru yakni nyawa kucing yg ke-5 utk meneruskan kehidupan duniawi.   - Hasil penggunaan nyawa ke-5, Anwar bebas menanggalkan penyokong lehernya itu bila-bila masa di dalam penjara terutama sekali selepas pulang daripada perbicaraan mahkamah.   5. Filem Box Office Lumpuh  Sakit Belakang   - Sewaktu hayat nyawa ke-5, Anwar mendakwa tulang belakangnya telah bengkok dan terkehel hingga mengakibatkan lumpuh tidak mampu berjalan.   - Dalam waktu-waktu membawa rayuan ke mahkamah dan juga sewaktu menghadiri perbicaraan merayu kesnya itu, Anwar kerap datang ke Mahkamah sambil melambai  tangan pada penyokongnya dgn menaiki kerusi roda yg di sorong oleh pembantu ataupun isterinya.   - Bertebaran berita yg mendakwa kerajaan sengaja mendera Anwar dan keengganan kerajaan membenarkan Anwar mendapat rawatan di luar negara telah menyemarakkan emarahan khalayak yg menyokong bung Anwar.   - Kisah Anwar yg terpaksa hidup dalam kelumpuhan ketika hayat nyawa ke-5 di palu di gendang tiap masa walaupun di masa yg sama kerajaan telah menawarkan rawatan pakar tempatan di HKL utk menentukan sejauh mana patah terkehelnya tulang belakang Anwar itu.   - Nyawa anwar yg ke-5 pergi meninggalkan jasadnya itu selepas kerajaan muktamad tidak mahu mengikut kehendak Anwar, maka keperitan hidup dalam kelumpuhan tidak dapat membendung nyawa ke-5 utk kekal di jasad Anwar. Innalillah.   - Berkat keajaiban memiliki nyawa kucing, sewaktu berada di KLIA Anwar telahpun menggunakan nyawa ke-6 kerana itu sebelum berlepas ke Jerman utk pembedahan tiada lagi kerusi roda sebaliknya Anwar bebas bangun duduk dan berjalan utk bersalaman dgn penyokongnya yg menunggu di lapangan terbang.   - Anwar kembali ke arena politik dgn nyawa ke-6 yg bertenaga luarbiasa selepas pembedahan tulang belakang yg paling berjaya dalam sejarah dunia tercipta di Jerman. Hanya dalam tempoh 2 jam sahaja Anwar sudah tidak lumpuh malah sudah mampu berjalan berlari tanpa sebarang kesan sakit.   - Keajaiban proses pembedahan di Jerman ini pastinya di cemburui banyak negara lain kerana tidak pernah ada pesakit kronik tulang belakang mampu berjalan berlari hanya selepas 2 jam pembedahan. Rata-rata pesakit yg berjaya di bedah di serata dunia memerlukan 3 – 6 bulan utk pulih dan berjalan berlari seperti biasa. Inilah kehebatan Anwar, anugerah tuhan yg complicated dan tidak mungkin dimiliki oleh insan lain.   6. Hikayat Ancaman Bunuh   - Tidak semena-mena hujan tidak ributpun tidak, nyawa ke-6 Anwar pula dikesan dalam bahaya. Wujud ancaman bunuh yg mengncam nyawa ke-6 Anwar ibrahim yg secara halusinasi yg tak terlihat oleh mata kasar mahupun mata hati manusia biasa seperti kita.   - Tika itu Anwar  sedang asyik meeting bersama pimpinan PKR serta Wan Azizah, tiba-tiba bagaikan beruk terkejut, mesyuarat tiba-tiba dihentikan oleh Anwar hanya selepas menerima satu panggilan telefon yg rupanya membawa berita Saiful Bukhari telah pergi membuat laporan polis berkaitan satu kes liwat.   - Demi menyelamatkan nyawanya yg ke-6 maka Anwar sanggup mengharung kegelapan malam daripada quality Hotel di Shah Alam utk mencari perlindungan di Kedutaan Turki yg terletak di KL.   - Namun takdir menentukan Kedutaan Turki tidak mampu membantu Anwar selama-lamanya, natijahnya upacara sembahayang ghaib utk nywa ke-6 dilakukan sambil itu Anwar terpaksa meneruskan kehidupan menggunakan stok nyawa ke-7 tapi masih lagi guna jasad yg sama.   7. Failure Movie Sabotaj Kereta Azizah   - Kegawatan kes liwat Anwar dan Saiful kemudiannya makin menjadi-jadi dgn pelbagai penangguhan proses mahkamah daripada kes sakit demam peguam hinggalah cubaan memecat pendakwa dan hakim memperlihatkan keazaman tinggi nyawa ke-7 Anwar utk terus menghayati keindahan alam ini.   - Kehebatan inspirasi yg dimiliki oleh nyawa ke-7 Anwar ini nyata memberi semangat kuat utk para penjenayah utk cuba menggunakan method yg sama yakni menangguhkan sebanyak yg boleh kes perbicaraan di mahkamah termasuklah cuba memecat hakim dan pendakwa mengikut kemahuan sendiri demi keadilan diri sendiri.   - Namun disebalik pelbagai cubaan tangguh menangguh itu, tiba-tiba tampil Datuk Trio yg menghebahkan satu kegiatan projek Anwar dgn Chinadoll berumur 26 tahun di sebuah apartmen sederhana mewah.   - Walaupun muka lelaki dalam video itu adalah milik Anwar namun dikatakan ramai penyokong Anwar perut dan punggung Anwar tidaklah boroi dan berisi seperti itu. Hebat. Nyata kekentalan nyawa ke-7 lebih hebat daripada sebelumnya. Lebih bijak dan inovatif. Hinggakan kepakaran 2 proffesor di US, kepakaran syarikat TV di Korea pun tidak mampu menyakinkan penyokong Anwar bahawa lelaki tersebut adalah Anwar.   - Pun demikian tidak tahan dgn asakan demi asakan apatah lagi bila video seks tersebut bertebaran di alam internet hinggalah di cetak dalam benduk CD & DVD, akhirnya nyawa ke-7 terancam jua.   - Bertiuplah angin-angin spoi yg mendakwa nyawa ke-7 Anwar terancam selepas dikatakan wujud sabotaj terhadap kereta Wan Azizah. Selang sebulan selepas kejadian yg dikatakan berlaku ‘eksiden mengejut’ yg cuba membunuh Anwar itu, barulah pemandu Wan Aziah tampil membuat laporan polis.   - Walaupun logiknya patut wan Azizah yg terancam kerana kereta itu dinaiki olehnya dan pemandu itu pulak adalah pemandu kereta Azizah, namun logik tersebut tidak dapat menghalang utk Anwar kehilangan nyawanya buat kali ke-7. Innalillah sekali lagi utk kali ke-7 dalam masa 13 tahun.   8. Demo Jalanan Bershit 2.0, 09/07/2011   - Ya, kini selepas kehilangan 7 nyawa dalam masa 13 tahun dgn pelbagai plot luar tabie melangkau batasan pemikiran manusia, kini adalah masanya Anwar menggunakan nyawanya yg ke-8.   - Rupanya hayat nyawa ke-8 tidak panjang, malah kekentalannya adalah yg paling lemah berbanding 7 nyawa yg lain sebelum ini.   - Berita terbaru yg di terima sewaktu kekecohan demo Bershit 2.0 petang tadi (09/07/2001), nyawa ke-8 Anwar benar-benar di peringkat sakkaratulmaut.   - Demo haram Bershit 2.0 yg sepatutnya di adakah di Stadium Shah Alam seperti tawaran MB Selangor, namun kemudiannya dikekalkan utk diadakan di sekitar KL nyata telah secara langsung mengancam nyawa ke-8 Anwar.   - Di khabarkan Anwar terkena tembakan FRU yg bersenjatakan senapang gajah, darah membasahi bajunya hingga tidak nampak lagi warna kuningnya itu, penafasan oksigen diperlukan, ini sudah kes berat. Ini peringkat kehilangan nywa yg ke-8, memang bahaya.   - Dilaporkan pula oleh banyak blog, nyawa ke-8 Anwar ini hanya di hujung misai kucing, dikhabarkan bacaan Yassin berkumandang dan wasiat mungkin sedang dibacakan kepada kaum keluarga sementara menanti kehadiran stok baru nyawa ke-9.   - Berkemungkinan besar, tarikh 16 Julai 2011 utk perbicaraan Anwar nanti bakal tertangguh lagi sebagai meraikan bakal kehilangan nyawa ke-8 Anwar ini. Sebagai standby setelah melihat floating nyawa ke-8 Anwar ini tak tentu hala, maka blog ini mengucapkan pending order dgn ucapan Innalillah. Huh.. ucapan pun ada pending & floating macam forex. :)   9. Hikayat 9 Nyawa Kucing Milik Anwar Ibrahim   - Sampai bila Anwar akan terus bergantung pada nyawa kucing demi melanjutkan kehidupan jasadnya dalam dunia politik? Sama-sama kita nantikan episod seterusnya dalam hikayat ini kelak.   Hakikatnya, dunia realiti kita tiada 9 nyawa demikian juga dgn kucing. Semua kita makhluk Allah s.w.t hanya ada satu nyawa dan satu jasad.  Namun fahamkah anda apa yg ingin aku sampaikan di sini berkaitan hikayat seorang politikus yg bernama Anwar Ibrahim yg memilik 9 nyawa?  Yup, tentu ramai yg faham betapa kehebatan Anwar bukan sahaja terletak pada pidatonya namun juga dgn gerak geri lakonannya yg pasti mampu mengabui mata rama penyokong taksub dan bebal.  Bagi kita yg faham susur galur dan gerak geri politik Anwar, kita faham Anwar gemar bermain sandiwara utk menarik perhatian khalayak.  Anwar Ibrahim seumpama seorang pemidato yg mampu meyakinkan khalayak umum bahawa tahik kambing itu adalah ubat makjun tonik. Dan khalayak yg menyokongnya itu tanpa segan dan silu tetap akan dgn selambernya menjamah tahik kambing itu dan di suap masuk ke dalam mulut utk menguatkan tenaga dan semangat.  Pun begitu, sampai bila Anwar mahu terus berpura-pura menghebahkan yg dirinya terancam dan nyawanya dalam bahaya? Betul akan ada yg terpesona dan bersimpati dengan lakonannya itu, namun sampai bila? Allah s.w.t melihat apa yg kita buat dan apa yg kita ucapkan walaupun dgn niat yg pelbagai.  Semoga para pembaca sekalian terutama mereka yg pernah melalui zaman gawat reformasi akhir 1990-an dulu itu, boleh sejenak seketika menghayati hikayat di atas sebagai pengajaran utk mengenal seorang manusia yg bernama Anwar ibrahim.

Wednesday, April 25, 2012

Nik Aziz Hanya 'Ulamak' Politik

Menteri Besar Kelantan paling lama dalam sejarah negeri tersebut, Datuk Nik Aziz Nik Mat sekali lagi menjemput kontroversi apabila secara terbuka mewajibkan ahli dan penyokong PAS menyertai perhimpunan Bersih 3.0 sekalipun diketahui umum demonstrasi tersebut turut membabitkan NGO pro LGBT & penyokong murtad.  Satu pendirian yang tampak jelas Nik Aziz lebih mengutamakan kepentingan politik kepartian berbanding soal akidah ummah bilamana kita bandingkan dengan pendirian PAS sebelum ini yang tidak mesra dengan gerakan anti murtad.  Akhir tahun lepas PAS pernah secara terbuka menolak misi menyelamatkan akidah ummah apabila tidak berani menyatakan pendirian terbuka menyokong NGO HIMPUN (gerakan anti murtad), sedangkan isu tersebut yang menjadi asas kewujudan HIMPUN berkaitrapat dengan persoalan akidah dan denyut nadi umat.  Memburukkan lagi keadaan, pemecatan pemimpin PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali juga berkisar pada perasaan tidak senang pemimpin PAS yang melihat kesungguhan Hasan Ali menyokong HIMPUN sebagai ancaman terhadap kesepakatan PAS dengan pakatan pembangkang seperti DAP dan PKR.  Dalam mana-mana sejarah parti politik di Malaysia, hanya PAS dan PKR sahaja yang tergamak memecat pemimpin dan ahli sendiri disebabkan kesungguhan pemimpin tersebut memperjuangkan akidah umat & kesucian agama Islam.  Hasan Ali dipecat kerana begitu bersungguh memperjuangkan akidah umat daripada ancaman kemurtadan & kristianiti , manakala Zulkifli Nordin, Ahli Parlimen Kulim dari PKR pula dipecat disebabkan pendiriannya yang utuh mempertahankan kesucian kalimah Allah s.w.t.  Bila sahaja datang perhimpunan demonstrasi bermotifkan politik pembangkang, BERSIH 3.0, tanpa fikir panjang tanpa ragu terus sahaja Nik Aziz mengeluarkan fatwa wajib menyertai perhimpunan tersebut.   Unik dan pelik. Tidak begitu?  Hakikatnya sejak sekian lama gelaran 'Tok Guru' dan pendewaan dirinya sebagai ulamak Islam yang sering diagungkan oleh penyokong PAS sebenarnya hanyalah satu propaganda politik semata-mata demi untuk memancing undi.   Sedangkan tingkah laku dan perwatakannya jauh dari menepati sikap seorang ulamak sejati sebagai pewaris nabi.  Rasulullah s.a.w sendiripun amat menekankan kepentingan supaya umatnya berhati-hati dengan kewujudan golongan yang mempergunakan agama untuk kepentingan puak dan diri sendiri malah istilah ulamak su' juga turut perkatakan dalam Hadith yang menandakan pentingnya dibezakan dengan ulamak yang benar.  Sabda Rasulullah SAW, maksudnya; "Akan muncul di akhir zaman orang-orang yang mencari dunia dengan agama. Di hadapan manusia mereka memakai baju dari bulu domba untuk memberi kesan kerendahan hati mereka, lisan mereka lebih manis dari gula namun hati mereka adalah hati serigala (sangat menyukai harta dan kedudukan). Allah SWT berfirman : 'Apakah dengan-Ku (kasih dan kesempatan yang kuberikan) kalian tertipu ataukah kalian berani kepada-Ku. Demi diriku, Aku bersumpah, Aku akan mengirim bencana dari antara mereka sendiri yang menjadikan orang-orang santun menjadi kebingungan (apalagi selain mereka) sehingga mereka tidak mampu melepaskan diri darinya." (Hadith Riwayat Tirmidzi).  Justeru itu, melihat kepada kecelaruan pendirian Nik Aziz yang gagal melihat keutamaan akidah umat dan kesucian Islam jauh lebih penting berbanding kepentingan politik PAS yang didukungnya itu, layaklah beliau dipanggil ulamak politik dan bukannya ulamak yang sebenar-benarnya ulamak.

BERSIH LAMBANG KEKECEWAAN PEMBANGKANG

  Setelah gagal mempengaruhi rakyat menyokong mereka, pihak pembangkang kini mahu mengadakan perhimpunan haram Bersih bagi kali ketiga.  Di belakang segala perancangan ini sudah tentunya, Anwar Ibrahim yang memperkudakan rakyat untuk mencapai cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri.  Strategi beliau untuk melancarkan demonstrasi jalanan disokong pula oleh PKR, PAS dan DAP dengan menggunakan landasan Majlis Peguam.  Peguam Ambiga Sreenavesan pula di letakkan sebagai jurucakap Bersih kononnya golongan pendesak pilihan raya bersih berpaksikan kepada undang-undang negara.  Realitinya perhimpunan haram Bersih samada ia diadakan dalam bentuk perarakan, demonstrasi, bantah duduk atau dalam apa-apa posisi sekali pun adaalh satu mencabar kedaulatan dan keluhuran perlembagaan negara ini.  Sejak merdeka, negara ini yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dalam kerangka konsep raja berperlembagaan tidak pernah gagal mengadakan pilihan raya umum setiap lima tahun sekali sebagaimana yang diperuntukkan undang-undang.  Malaysia antara satu-satunya negara membangun dan negara Islam contoh yang diiktiraf dunia menghayati sistem demokrasi dalam ertikata sebenar.  Malah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang diberikan tanggungjawab sepenuhnya melaksanakan semua proses perjalanan 12 PRU sebelum ini telah berjaya mengekalkan integritinya sebagai sebuah badan yang bebas dan berwibawa.  Kerajaan melalui parlimen telah pun bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya dengan dianggotai secara adil oleh semua pihak - wakil rakyat kerajaan, pembangkang dan juga bebas.  PSC akhirnya menggemukakan 22 syor-syor penambahbaikan proses pilihan raya untuk dipertimbangkan oleh SPR.  Malangnya pihak pembangkang tidak berpuas hati dan mahukan kerajaan dan SPR tunduk kepada semua tuntutan mereka dan apabila gagal, ia seperti biasa memangsakan rakyat untuk dijadikan kambing hitam dalam politik kotor mereka.  Taktik pembangkang adalah mudah untuk dibaca - segelintir rakyat yang terpengaruh dengan dendangan dakyah dan cerita dongeng pembangkang akan terheret dalam perhimpunan haram pada 28 April nanti, dan apabila tindakan undang-undang diambil, pembangkang akan menuduh kerajaan zalim dan sebagainya.  Tujuannya ialah untuk menunjukkan kepada dunia luar bahawa proses pilihan raya di Malaysia adalah tidak demokratik dan tidak adil.  Jika dilihat realiti pilihan raya pada 2008, hakikatnya adalah 360 darjah berlainan daripada yang didakwa pembangkang.  Lupalah pembangkang telah berjaya menawan empat buah negeri iaitu Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor serta mengekalkan Kelantan?  Mengapa pembangkang tidak mempertikaikan proses pilihan raya di negeri-negeri yang mereka menangi sebagai pincang?  Adakah apabila pembangkang memenangi kesemua kerusi parlimen dan negeri, barulah pilihan raya itu dianggap bersih, adil dan tidak tercemar.  Sebenarnya pembangkang tergolong dalam kumpulan yang kecewa kerana rakyat terus menerus sejak 55 tahun dahulu menolak gaya politik yang inginkan diserapkan ke dalam sistem politik negara.  DAP dengan sikap rasis dan cauvinis ekstrim Cinanya, PKR yang dikuasai golongan Kristian dan liberal dan PAS dengan cara pemiliran Islam yang kolot dan kuno cuba menggabungkan kesemua elemen politik mereka dalam apa yang mereka panggil Pakatan Rakyat.  Kononnya rakyat menjadi teras perjuangan mereka tetapi apabila dilihat kepada agenda di negeri-negeri di bawah pentadbiran pembangkang, jelas agenda rakyat hanyalah untuk dipergunakan bagi mereka terus kekal berkuasa.  Bersih kali ketiga bukanlah cerminan aspirasi rakyat yang mahukan pilihan raya yang adil dan bersih, tetapi lebih merupakan sifat tamak haloba dan kerakusan pembangkang yang mahu mewujudkan tanggapan negatif terhadap pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najih Tun Razak.  Pembangkang sedar semua dasar dan program pembangunan dan kebajikan yang digerakkan oleh Perdana Menteri telah berjaya dan memberi manfaat dan kesan positif secara langsung kepada rakyat.  Perhimpunan haram Bersih hanyalah satu taktik murahan pembangkang untuk mengalih pandangan dan tumpuan rakyat kepada usaha yang pastinya menemui kegagalan.  Yang pasti, rakyat sudah lama bijak memilih antara kaca dan intan.  Lantas, usaha pembangkang mahu menganjurkan perhimpunan bantah duduk dilihat rakyat sebagai sesuautu yang sia-sia, lucu, membuang masa dan tidak mendapat sambutan.  Source: beruang biru

Benarkah Melayu Makin Kaya?

Benarkah Melayu Makin Kaya?   Dr. Lim Teck Ghee, Pengarah Centre for Policy Initiatives (CPI) membuat kenyataan di Nanyang Siang Pau bahawa ekuiti korporat Bumiputera mungkin berada di tahap 45% dan bukannya 23.9% seperti yang diwar-warkan kerajaan.  Dalam ertikata lain, Dr. Lim mencurigai atau menuduh kerajaan sebagai ‘tersalah kira’ atau ‘berbohong’ kepada rakyat.   Atas dasar apa Dr. Lim berkata demikian tidak pula dinyatakan dengan jelas. Maka, kita tidak dapat mengelak dari merasa curiga tentang kenapa Dr. Lim mencurigai kerajaan.    Mungkinkah ini satu lagi dari strategi tersusun pihak-pihak tertentu yang ingin menggugat kestabilan Malaysia semata-mata ingin menukar kerajaan?  Jika benar, taktik membangkitkan rasa curiga, syak wasangka ini bolehlah dikatakan taktik paling kotor dan paling jahat.    Nampaknya, Dr. Lim seolah-olah berhujah dengan hanya merujuk kepada pandangan kasar dan rambang ketika memandu di sekitar bandaraya Kuala Lumpur.  Benar, di sekitar KL kini kita boleh melihat banyak kereta-kereta mewah dipandu oleh orang Melayu.  Begitu juga dengan rumah-rumah besar banyak juga yang dimiliki oleh orang Melayu.  Perniagaan juga begitu, saban tahun semakin banyak syarikat bumiputera tersenarai di BSKL.    Sebagai hujah balas, kita juga boleh memperdebatkan isu ini dari segi pandangan kasar atau rambang seperti juga hujah Dr. Lim.  Dan jika kita berhujah tanpa prejudis atau niat jahat maka kita akan terpaksa mengakui bahawa di jalanraya di KL hari ini, pemandangan yang sering dilihat ialah dalam setiap 100 biji kereta mewah di jalan raya, 70% - 80% dimiliki oleh orang Cina.  Begitu juga dengan rumah-rumah besar dan syarikat-syarikat besar.      Berapa kedai milik Melayu boleh dilihat di KLCC?  Tidak ada.  Berapa kedai milik Melayu di Alamanda?  Mungkin satu sahaja iaitu restoran beriani.  Berapa pula di Subang Parade, Empire, The Curve, One Utama?  IOI Mall?  Kita minta Dr. Lim buat kajiselidik dan jawab sendiri.    Bagaimana pula dengan rumah-rumah kedai atau pusat perdagangan?  Khasnya di Petaling Jaya, Subang Jaya, Damansara, Mont Kiara, Seri Hartamas, Seri Kembangan?   Jika disenaraikan semuanya, kita akan dapati bahawa perniagaan atau hartanah kedai/kilang yang menjadi milik Melayu tidak mustahil hanya terdapat dalam 10% atau kurang.    Pemandangan yang sama juga dilihat di seluruh bandar-bandar utama negeri-negeri di Malaysia.    Selebihnya, Melayu lain berada di kampung, bertani, menjadi nelayan atau paling hebat pun bekerja kilang yang mana pendapatan bulanan mereka mungkin hanya 1% dari pendapatan purata bulanan kaum Cina dengan taraf hidup sederhana di bandar.  Walaupun semakin ramai orang Melayu berniaga hari ini, namun saiz perniagaan mereka hanyalah setakat gerai-gerai, pasar malam, pasar tani dan perniagaan kecil atau sederhana.    Justeru, dari mana Dr. Lim mendapat angka bahawa Melayu sudah cukup kaya dengan pemilikan ekuiti korporat sehingga 45%?    Hakikatnya, walaupun taraf hidup segelintir Melayu semakin meningkat tetapi rata-ratanya mereka masih jauh ketinggalan, malah sasaran 30% pemilikan ekuiti Bumiputera menjelang 2020 juga masih samar.  Lebih memburukkan keadaan apabila kaum Cina yang telah sedia selesa menggenggam ekonomi Malaysia pula berada dalam kedudukan berkuasa untuk menekan atau memanipulasi peluang bumiputera yang menjadi pesaing dalam perniagaaan mereka.    Ini menyukarkan lagi orang Melayu untuk mencapai sasaran yang ditetapkan.    Sepatutnya, jika Dr. Lim atau mana-mana kaum Cina tidak senang dengan peningkatan Melayu dan ingin menghapuskan segala apa yang dilihat sebagai bantuan atau tongkat kepada Melayu maka mereka wajar membantu kerajaan meningkatkan kekuatan ekonomi bumiputera dan bukannya menghalang atau mengsabotaj usaha kerajaan ke arah itu.    Ini kerana jika kaum Cina turut memainkan peranan mereka bagi mendokong aspirasi kerajaan tentulah sasaran 30% tersebut akan dapat dicapai dengan lebih cepat.  Dan jika sasaran tersebut tercapai, maka impian untuk membuang tongkat orang-orang Melayu bolehlah direalisasikan dengan seberapa segera.     Hari ini, pemilikan ekuiti Bumiputera telah meningkat daripada 21.9 peratus bernilai RM127.4 bilion pada 2008 kepada 23.09 peratus dengan nilai RM167.7 bilion. Antara pemilikan ekuiti Bumiputera mengikut sektor ialah dalam bidang kewangan, insurans dan takaful yang meningkat kepada 37.56 peratus bagi 2009 dan 38.97 peratus pada 2010. Sektor perdagangan borong dan runcit pula adalah industri yang mempunyai bilangan syarikat Bumiputera tertinggi berbanding industri lain.  Ekonomi Melayu yanag semakin meningkat dan ekonomi Cina yang telah sedia dan semakin kuat, dengan sendirinya membuktikan bahawa kerajaan yang ada hari ini tidak pernah meminggirkan sesiapa.  Justeru, entah kenapa kaum Cina terus bersikap dengki khianat dan tamak haloba dalam memperkatakan soal ekonomi sedangkan mereka telah pun berada jauh di atas dari kaum bumiputera.

Pengagung bung nuar - insaf sajalah


Salam, 

Jika ada kalangan pendukung kebejatan dan kemunafikan bung nuar masih tegar mempertahan juara lendir pujaan hati mereka itu, kembalilah sejenak kepada sejarah. Bung nuar inilah juara lendir terhebat yang masih berjaya menyekat kelancaran berfikir para pengagum beliau dan juga tangkal pelindungnya, n.ajis 65K. 

Ambil iktibar sedikit dan bukalah minda anda yang telah tersumbat dengan lendir dan kahak pekat idola anda itu dengan membaca fakta-fakta di bawah:- 

1. Semasa PRU yang lepas, gambar-gambar pejuang pluralisme dan keselamatan negara zionis yang bermata lebam dimanipulasi sepenuhnya oleh para pecacai murahan mereka kununnya itu kerja Tun Tun Dr. Mahathir dan UMNO. Tapi bacalah kenyataan TS Rahim Noor mengapa dia TIBAI si munafiq tersebut di sel beliau tanpa arahan sesiapa pun. Dengan teknik super-imposed, gambar-gambar mata lebam juara lendir diubahsuai supaya ternampak kununnya dia dizalimi kerajaan. Mana hadi yang berkata bukti gambar dan mesin besi tidak boleh digunakan, pada waktu itu? 

2. Juara lendir ini, di atas ketakutan dirinya yang mengetahui perlakuan sumbangnya, awak-awal membuat tuduhan pre-emptive menyatakan beliau disuntik kuman HIV dan telah dijangkiti. Tetapi pecacai-pecacai murahan beliau tahukah bahawa kuman HIV hanya boleh dikesan selepas 2 tahun seseorang itu dijangkiti hasil hubungan seks rambangnya? Bukannya sekali suntik saja sudah kena penyakit AIDS. Pelajarilah bagaimana sistem imuniti tubuh berfungsi menentang patogen. Bini si juara lendir ni nama saja doktor, tapi sama-sama terlibat menipu dan memperdaya rakyat. Kalu emak dan bapak penipu, apatah lagi anak-anak yang mereka lahirkan? 

3. Saya masih ingat dakwaan juara lendir ini disuntik racun arsenik,kununnyasudah nazak dan nyawa-nyawa ikan. Kelakarnya, pecacai-pecacai murahan juara lendir ini terus melompat dan mengamuk sakan tanpa mengetahui bagaimana biotransformasi arsenikdi dalam organ-organ vital mereka yang terkena racunnya. Iqraq, masih ada masa, bacalah yang benar. 

4. Banyak lagi benda yang juara lendir ini menipu, sampai sekarang jam tangan dia yang dia kata ada dalam simpanan bininya tidak dapat dibuktikan kebenarannya sampai sekarang. Malangnya, pecacai-pecacai murahan ini masih tegar mempercayai dan tak berani langsung meminta bukti untuk mendapatkan kebenaran. 

Cukup-cukuplah bermain dengan nikmat dunia, akhirat itu benar, dan janji syaitannak menyesatkan umat manusia itu juga benar. Bacalah sejarah, ulamak sebenar yang berjuta-juta kali lebih alim dan hebat daripada n.ajis 65K dan tidak pernah memfitnah Allah SWT itu pencarut dan pemaki hamun pun tersungkur dengan godaan iblis dan syaitan, apatah lagi politikus murahan seperti n.ajis 65K dan juak-juak penganut parti ajaran sesatnya itu? 

Tepuk dada, tanya iman. 

Wallahu'alam.

oleh:

damarwulan