Wednesday, March 28, 2012
SIDANG DEWAN PKR YANG MEMALUKAN
Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang berakhir semalam (27 Mac 2012)tentunya akan terakam dalam sejarah tanahair sebagai persidangan yang paling memalukan kerajaan negeri yang diterajui PR Selangor berikutan kesilapan speaker DUN Selangor Datuk Teng Chang Kim menghantar mesej BBM.Tujuan Teng menghantar mesej BBM itu asalnya hanya untuk tatapan barisan exco negeri dari DAP, PKR & Pas dalam usahanya untuk memandu arah persidangan bagi manfaat politik PR, tapi sebaliknya yang berlaku apabila mesej itu turut diterima oleh ADUN Bebas Datuk Dr. Hasan Ali yang sebelum ini adalah exco Hal Ehwal Islam negeri.“This is possibly the last winding up sessions for exco, oppoturnity should be fully used to talk about our success in the past 4 years like what Yaacob is doing now”.“Ini mungkin sesi penggulungan yang terakhir untuk exco, peluang harus digunakan sepenuhnya untuk bercakap tentang tentang kejayaan kita sejak empat tahun lepas seperti yang Yaacon lakukan sekarang”. – Speaker DUN Selangor, Teng Cheng Kim (DAP), 27 mac 2012Peristiwa memalukan dalam persidangan DUN Selangor itu tidak pernah berlaku di mana-mana negara kecuali inilah satu-satu yang pernah wujud di atas muka bumi apabila speaker kantoi menghantar mesej arahan yang bias dan memihak semasa mempengerusikan persidangan.Peranan SpeakerUmum mengetahui tugas dan tanggungjawab seorang speaker selain mengawal perjalanan dewan, speaker juga perlu berlaku adil dan tidak memihak sekalipun dirinya adalah pemimpin parti politik tertentu.Dalam laman sesawang DUN Selangor sendiri telah menjelas peranan & tugasan speaker yang mesti berlaku adil, telus dan mengutamakan integriti sepanjang mempengerusikan persidangan Dewan Undangan Negeri.“Tuan Speaker adalah Pengawal dan Pentadbir perjalanan Dewan Undangan Negeri semasa bersidang termasuk menetapkan Aturan Urusan Mesyuarat dan masa bersidang. Mengikut tradisi Parlimen dan Peraturan Tetap bagi Dewan Undangan Negeri Selangor yang ada, Tuan Speaker juga adalah Pengerusi beberapa Jawatankuasa Tetap Dewan bagi menjaga kepentingan Dewan. Mengikut kelaziman Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri, Tuan Speaker tidak mengambil bahagian dalam perbahasan dan hendaklah bersikap adil semasa mengendalikan mesyuarat atau perbahasan”.Rujukan:-1. Original Link2. Cache Link3. Screen Capture (fokus)4. Screen Capture (page)Bila dalam persidangan dewan undangan pun speaker PR dari DAP tidak mampu berlaku adil & bersikap telus, besar kemungkinannya dalam konteks pentadbiran kerajaan negeri juga tentu saja ada berlaku ketirisan & ketidaktelusan.Misalnya dalam urusan pembahagian tender & kontrak kerajaan, perlantikan jawatan dan pengurusan kewangan negeri yang sebelum ini pun banyak menimbulkan keraguan ramai terhadap ketelusannya.Dari kejadian ini dapat disimpulkan yang DAP sememangnya sekian lama telah menguasai arah tuju pentadbiran negeri, ini sekaligus menimbulkan persoalan terhadap keupayaan Menteri Besar dalam tadbir urus negeri.Ketelusan dan keadilanAndainya pemimpin PR bersungguh-sungguh mahu memperjuangkan keadilan dan ketelusan, inilah masanya untuk mereka mengambil langkah pembetulan dengan melantik individu lain bagi menggantikan tempat Teng Chang Kim.Jika tidak sanggup mengambil tindakan tevrsebut terhadap Teng yang terbukti telah mencemar kewibawaan kerajaan negeri, maka seseorang mesti mengambil tanggungjawab memikul beban kesalahan tersebut.Mungkin Khalid Ibrahim lebih elok memikirkan semula kelayakannya selaku Menteri Besar selepas tanggungjawabnya mengawal selia exco-exco negeri telah diambil alih oleh speaker dari DAP.Itu saja jalannya untuk mengembalikan semula kepercayaan masyarakat terhadap keadilan & ketelusan yang kerap dilaungkan oleh PR selain menegakkan semula integriti & kredibiliti Dewan Undangan Negeri sebagai badan yang mulia dan dihormati.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment