Tuesday, March 6, 2012

Kalut Bila Dikatakan Ajaran Sesat

Ekoran kenyataan  "Menteri Besar Terengganu  Dato' Seri Ahmad Said  melebelkan PAS sebagai sebuah parti ajaran sesat, serta merta Abu Bakar Chik memberi tempoh 3 hari supaya Ahmad Said menarik balik kenyataanya itu. Kalau tidak tindakan saman akan diambil.
Kini telah lebih daripada 3 hari, namun saman yang ditunggu tunggu tidak jua tiba.
Gagal menyaman Ahmad Said, PAS Terengganu membuat laporan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) mengenai dakwaan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said menuduh PAS sebuah ‘parti ajaran sesat’.Laporan tersebut diserah oleh Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik kepada Pesuruhjaya JHEAT, Mohd Rozali Saleh di pejabatnya di Kompleks Seri Iman.  Laporan tersebut meminta supaya Ahmad  disiasat di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 pada Seksyen 38(1) dan Seksyen 51.

Tidak cukup setakat Abu Bakar Chik membuat kalut, kini Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) pula membuat kalut dan memberi tempoh satu minggu kepada Ahmad Said supaya menarik balik kenyataanya itu. Jika tidak tindakan saman akan juga diambil. Kita ingin lihat seberani mana puak puak PAS ini berani bertindak apabila mereka di tuduh Pasti Ajaran Sesat. Sensitif benar PAS ini bila dikatakan sebagai Parti Ajaran Sesat. PAS  Ada Berani ???

No comments:

Post a Comment