Saturday, March 3, 2012

PAS Ber"eksperimen" Corak Pemerintahan Negara.

Sebelum ini PAS melaung laungkan slogan Pemerintahan Negara Islam dan Hukum Hudud sebagai asas perjuangan untuk mendapat kuasa memerintah. Target Utama adalah orang melayu/Islam yang majoriti terletak di Terengganu, Kelantan dan Kedah.
Berbagai Ayat Quran dan Hadith di ambil sekerat sekerat ditujukan kepada UMNO yang disifatkan sebagai Asobiyah dan Kafir. Oleh itu sesiapa yang menyokong UMNO akan masuk neraka manakala penyokong PAS dijanjikan syurga. Sedikit sebanyak menjejaskan sokongan rakyat kepada UMNO sehingga terjadinya sembahyang dua imam, sembelihan umno haram dimakan, dan kubur orang UMNO dan PAS diasingkan. Sehingga kini masih lagi berlaku.
Lebih x stream adalah amanat Haji Hadi yang membawa kepada tragedi Memali dan rampasan senjata api Al-Ma'unah di Sauk  yang melibatkan ahli ahli PAS yang fanatik dan ganas kerana pada anggapan mereka memerangi UMNO adalah jihad.
PAS menang pilihanraya dan berjaya menawan beberapa negeri .Terengganu pernah di perintah, sekarang negeri Kedah dan masih kekal Kelantan. Negeri majoriti Melayu Islam, tetapi PAS gagal memikat kaum China dan India yang phobia dengan slogan Islam PAS.
Memandangkan PAS bernafsu besar untuk memerintah negara, sokongan kaum Cina dan India diperlukan. PAS membuat ikatan suci dengan DAP dan PKR lalu menukar Slogan Negara Islam kepada Negara Berkebajikan.
PAS telah lupa apabila PAS menuduh UMNO menjadi kapir apabila berkerjasama dengan MCA dan MIC. Kini PAS sanggup menjadi balaci kepada DAP dan PKR demi untuk mencapai cita cita menghancurkan UMNO, memecahbelahkan Melayu dan menguasai Putrajaya.
 Slogan PAS For All, PAS Ganti  UMNO muncul. Sokongan Cina dan India terhadap PAS meningkat.
Berjayakah PAS dengan agenda Negara Berkebajikan, sedangkan mereka telah GAGAL di Terengganu, Kelantan dan Kedah.
Apa kejayaan PAS yang dibanggakan setelah mereka memerintah ke tiga tiga negeri ini. Tepuk DADA tanya Imam.
ayohsu.

No comments:

Post a Comment