Saturday, March 31, 2012
HUBUNGAN RAFIZI -ANWAR RESAHKAN PGAYR?
Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli kini menjadi anak emas Ketua Umum, Anwar Ibrahim.Apa tidaknya, saban hari ada sahaja berita mengenai anak muda berusia 34 tahun ini mencuri berita sensasi muka depan media, blog-blog dan laman web-laman web pembangkang.Di kalangan pemimpin PKR dan Di kalangan pemimpin PKR dan sesetengah tokoh Pakatan Rakyat, Rafizi kini dilihat sebagai hero.Nama beliau mula mendapat perhatian setelah memainkan isu projek penternakan lembu National Feedlot Corporation sehingga di beri nama jolokan 'Mr NFC'.Malah Anwar menatang beliau bagaikan minyak yang penuh sehingga melantiknya sebagai Ketua Eksekutif di Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor dengan gaji yaag dikatakan mencecah lebih RM30,000 sebulan.Penonjolan beliau yang dikatakan agak berlebihan sehingga membayangi tokoh-tokoh parti lain yang tidak kurang hebatnya dikatakan telah menyebabkan rasa tidak puas hati di kalangan mereka.Walaupun dihadapan Anwar mereka menunjukkan sikap hipokrit dengan budaya cium tangan, namun di belakang pemimpin kedengaran suara kutuk mengutuk, sindir menyindir yang ditujukan kepada Anwar dan Rafizi. Untuk memahami kenaikan mendadak Rafizi dalam PKR, harus difahami sedikit sejarah dan latar belakang hubungan Rafizi dan Anwar terlebih dahulu.Rafizi mula mendapat perhatian Anwar ketika bekas pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar (dimana Anwar juga pernah menuntut) itu melanjutkan pelajaran ke United Kingdom pada tahun 1995 atas biasiswa Petronas.Bagaimana detik pertama pertemuan atau jalinan hubungan Anwar dengan Rafizi tidak berapa jelas namun ketika Anwar memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri, pernah dikatakan beliau meluru menaiki pesawat untuk menemui Rafizi di London setelah mendapat "panggilan cemas" dari anak muda kelahiran Terengganu itu.Apa yang menyebabkan Anwar meninggalkan tugas dan tanggungjawab rasminya kepada negara untuk berjumpa dengan budak berumur 19 tahun ketika itu tidak pula diketahui.Apa yang diketahui Anwar begitu mengambil berat terhadap Rafizi yang ketika agak "cute" dan pria yang manis mukanya.Mungkin sebab kepandaian Rafizi dalam bidang akademik yang menjadi tarikan kepada Anwar.Namun timbul tanda tanya apabila Anwar sanggup men'sponsor' majlis makan sempena perkahwinan Rafizi di kediamannya di Bukit Segambut kira-kira 4-5 bulan lalu.Perkara ini tidak pernah dilakukan oleh Anwar terhadap mana-mana pimpinan PKR yang lain sehingga timbul cakap-cakap belakang mereka yang hadir pada majlis tersebut, "Aku kahwin dah le dia (Anwar) tak datang, inikan pula nak sponsor, perggh hebat Rafizi!" begitulah lebih kurang gosip ahli-ahli PKR.Pemilihan parti dua tahun lalu, Anwar mahukan Rafizi menggantikan Shamsul Iskandar sebagai Ketua AMK, namun Rafizi terpaksa undur kerana Shamsul tidak mahu mengalah.Ini menyebabkan hubungan Anwar dan Shamsul dingin semenjak itu kerana tidak mahu memberi laluan kepada anak emasnya.Sebagai ganti, Anwar melantik Rafizi sebagai ketua stafnya di pejabat beliau dan melantiknya ke salah satu jawatan yang amat penting dalam parti iaitu Pengarah Strategik.Sejak itu Anwar seolah-olah hanya mengharapakan Rafizi seorang sahaja dalam PKR untuk mengadakan sidang media, mengeluarkan kenyataan akhbar dan sebagai jurucakap parti.Tenggelam semua pemimpin parti yang lain termasuk Azmin, Shamsul, Saifuddin, Zuraida, Nurul Izzah di bawah bayangan Rafizi. Mungkin juga Anwar sedang merancang untuk menaikkan rafizi ke posisi yang lebih tinggi di dalam parti.Dengar khabarnya, kawasan parlimen Pandan yang sekian lama menjadi idaman Zakaria atau Zek (bekas pengurus bolasepak Selangor sehingga dipecat oleh Khalid Ibrahim) telah dengan senangnya diberi kepada Rafizi.Setelah lebih 10 tahun bertungkus lumus membina kekuatan dan sokongan parti di kawasan itu, semua jasa dan sumbangan Zek dicampak oleh Anwar begitu sahaja tanpa sebarang rasa terima kasih dan pengiktirafan kepada seorang pejuang parti.Inilah cara PKR menghargai sumbangan dan penat jerih penyokong-penyokongnya - guna dan buang!
Thursday, March 29, 2012
Dato Nalla bertekad jumpa Anwar di mahkamah
Beberapa hari berlalu sejak Anwar Ibrahim secara rasmi memfailkan notis saman terhadap bekas rakannya Datuk Nallakaruppan, namun tidak ada tanda langkah tersebut mampu menyebabkan Nalla mengunci mulut untuk seketika mahupun untuk satu tempoh yang panjang.Tambahan pula Nalla tidak keseorangan untuk menghadapi saman Anwar di mahkamah kelak apabila turut mendapat sokongan rakan-rakan lain terutama sekali dari kalangan bekas pemimpin PKR seperti Ezam Mohd Nor, N. Gobalakrishnan, Zahrain Mohamed Hashim, Annuar Shaari dan beberapa yang lain.Malah ugutan kekerasan oleh dua orang penyokong Anwar sehari lepas yang mahu Nalla berhenti bercakap isu berkaitan Anwar Ibrahim juga tidak berdaya menggugat tekadnya untuk terus membongkar salahlaku Ketua Umum PKR itu.Semasa sidang akhbar semalam, sekali lagi secara terbuka Nallakaruppan menegaskan Anwar sebagai seorang biseksual dan tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri ataupun Ketua Pembangkang di parlimen - satu kenyataan yang agak memedihkan seumpama menambah garam pada luka.Manakala itu, peguam terkemuka yang mewakili Nallakaruppan, Datuk Seri Shafie Abdullah pula meminta peguam bela Anwar segera menyerahkan writ saman di pejabatnya bagi mempercepatkan proses perbicaraan yang sekiranya mendapat kerjasama semua pihak berkemungkinan dapat diselesaikan kes tersebut dalam tempoh dua bulan ke tiga bulan.Keyakinan di pihak Nallakaruppan banyak berkaitrapat dengan faktor beberapa bukti penting yang memihak kepadanya termasuklah berkaitan dengan penglibatan isteri Azmin Ali, Shamsidar yang pernah banyak kali menjadi 'santapan' Anwar Ibrahim.Dalam pada itu, tekanan yang bertali arus dari Nallakaruppan telah menyebabkan Anwar seakan naik angin apabila mengherdik wartawan setelah soalan berkaitan samannya ke atas Nallakaruppan diajukan.Menurut wartawan Agendadaily, Anwar Ibrahim seperti hilang kesabaran bila diminta mengulas isu saman. Suasana dilaporkan sedikit tegang tambah lagi bila wartawan terbabit menyarankan supaya Anwar mempercepatkan proses saman kes tersebut.Dalam kes Nalla lawan Anwar ini, faktor bila kes perbicaraan saman akan bermula dan selama mana ianya berlangsung banyak bergantung pada pihak Anwar, itulah hakikatnya.Pada masa sekarang Anwar hanya baru saja memfailkan saman, namun hingga kini writ saman tersebut belum juga diserahkan kepada Nalla sendiri mahupun peguamnya. Jika Anwar serius, sepatutnya sejak dari awal lagi selepas saja saman difailkan, writ saman segera diserahkan kepada pihak Nalla.Apapun, kita tunggu dan lihat sehingga bila Anwar boleh bertahan dengan asakan & desakan umum yang mahu beliau menyegerakan kes ini. Di pihak Nalla, tekad dan kesungguhannya untuk menghadiri perbicaraan mahkamah sudah terserlah sejak awal lagi hingga kini tetap utuh tidak berganjak.Ramai yang menantikan penghujung kes ini dengan penuh minat tinggal lagi cuma Anwar sahaja yang masih kelihatan seperti blur & tidak tentu arah, seakan mengiakan beberapa maklumat dalaman PKR yang menyebut game plan Anwar jauh tersasar daripada yang dijangkakannya.
KEMPEN ANTI LYNAS TERIMA DANA ASING ?
Pihak pembangkang khususnya PKR telah menjadikan isu kilang memproses nadir bumi di Gebeng, Pahang yang dibina oleh Lynas Malaysia Sdn Bhd sebagai isu politik.Penyokong pembangkang serta rakyat tempatan telah digembeleng sejak setahun lalu untuk menentang projek tersebut.Tujuan utamanya ialah untuk menutup kilang Lynas yang yang menelan belanja dan pelaburan asing lebih RM700 juta bagi negeri Pahang.Bermacam-macam tohmah dan dakwaan dilemparkan terhadap projek tersebut antara lain bahawa projek tersenut membahayakan rakyat Pahang serta alam sekitar kerana kononnya risiko bahan buangan beradioaktif hasil pemprosesan bahan mentah nadir bumi yang dilombong dari Australia.Bagaimana pihak kerajaan pusat dan kerajaan negeri termasuk semua agensi yang bertanggungjawab dalam pelesenan dan pemantauan kilang tersebut telah memberi jaminan bahawa kilang tersebut selamat dan tidak berisiko tinggi seperti mana yang didakwa oleh pembangkang.Malah ahli parlimen Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat yang merupakan pakar kajian nuklear telah mengesahkan tapak loji memproses nadir bumi Lynas adalah selamat dengan pemantauan yang mengikut prosedur.Sekaligus kenyataan yang datangnya dari seorang pakar dan professional seperti Dr Che Rosli menyanggah dakwaan-dakwaan berbaur politik dan tidak berasas daripada kumpulan kempen anti-Lynas yang diketuai oleh Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh.Jka dikaji sejarah kempen anti-Lynas, agak menghairankan mengapa DAP yang juga rakankongsi PKR dan PAS dalam Pakatan Rakyat membantah penubuhan jawatankuasa bagi menilai penubuhan kilang Lynas.DAP mahu menampakkan bahawa parti itu tidak anti-pembangunan dan pelaburan tetapi secara senyap dan sembunyi memberi dokongan kuat kepada kempen tersebut.Ini terbukti dengan kehadiran dalam setiap demonstrasi dan bantahan yang diadakan sama di Kuantan atau di Kuala Lumpur.Lebih daripada 90 peratus yang hadir terdiri daripada ahli dan penyokong DAP, hanya segelintir kecil penyokong PKR dan PAS menyertai mana-mana perhimpunan anti-Lynas.Ini membuktikan bahawa wujud agenda tersembunyi yang tidak mahu didedahkan oleh DAP.Menurut sumber dalaman kempen anti-Lynas sendiri, Fuziah dan kuncu-kuncunya mampu menerajui kempen mampu bertahan lebih setahun kerana sokongan dana yang besar.Dana tersebut dikatakan diberikan oleh sebuah negara Asia yang juga merupakan antara pengeluar terbesar nadir bumi dunia.Kalau tidak masakan Fuziah dan kumpulan anti-Lynas yang besar mampu mengadakan kempen yang tersusun dan teratur, malah mampu membawa aktiviti-aktiviti mereka hingga ke Australia.Semuanya ini memerlukan kewangan yang besar dan pembiayaan hanya mampu diberi oleh pihak yang mempunyai kepentingan dan berasa terancam dengan wujudnya kilang Lynas di Gebeng.Ertinya DAP dan PKR telah menjadi kuada tunggangan negara asing untuk menjejaskan ekonomi dan iklim pelaburan Malaysia.Tindakan Fuziah dan kumpulan anti-Lynas bolehlah dianggap sebagai usaha khianat terhadap negara mereka sendiri dan sudah tentunya pihak berkuasa harus menyiasat sumber dana yang diperolehi serta agenda tersembunyi pembangkang dengan menggunakan rakyat yang dipergunakan.PAS telah menghidu agenda jahat PKR dan DAP dan oleh kerana itu sejak awal algi telah menunjukkan sikap dingin terhadap usaha menentang projek tersebut.Hakikatnya kempen anti-Lynas adalah contoh yang menjadi bukti kukuh bahawa dakwaan pihak pembangkang sememangnya menerima dana asing bagi mewujudkan ketidakstabilan politik di negara ini.Pembangkang akan menggunakan apa jua cara untuk merampas kuasa politik sekalipun bersekongkol dan didokong dana besar negara asing.
Wednesday, March 28, 2012
CINTA POLITIK WAN AZIZAH
Kalau dulu kita cuma mendengar kisah cinta monyet, cinta sejati, cinta palsu atau cinta tiga segi, tetapi hari ini ada satu lagi jenis cinta iaitu cinta politik. Cinta politik ini boleh dilihat dengan jelas di kalangan pemimpin-pemimpin yang terkantoi terutamanya dalam skandal yang melibatkan seks.Contohnya, apabila seorang pemimpin itu tertangkap berkhalwat atau berzina, maka dengan segeralah dia menunjukkan cintanya terhadap isteri, seperti membawa isteri ke hulu ke hilir di hadapan media dan membuat kenyataan-kenyataan yang menunjukkan dia adalah suami penyayang dan mencintai isterinya.Di Malaysia, drama cinta politik ini telah banyak kali dimainkan. Antara pelakon hebat yang melakonkan watak ini ialah Mat Sabu dan yang paling baru ialah Ustaz Badrolamin apabila masing-masing terkantoi berkhalwat.Tetapi selain mereka, kita pasti tidak ada sesiapa pun di Malaysia ini mahupun di dunia yang dapat menandingi kehebatan cinta politik Anwar – Azizah.Kisah cinta Anwar-Azizah bermula di zaman belajar lagi di mana Anwar sering membawa Azizah ‘berdating’ dengan motorsikalnya. Namun, cinta mereka tidak direstui bapa Azizah atas sebab-sebab yang hanya orang tua itu yang tahu.Sebagai hero, Anwar tidak berputus asa dan membawa Azizah lari. Mereka akhirnya diijabkabulkan pada 28 Februari 1980, ala-ala Zack dan Azura versi 90-an, tanpa majlis yang meriah sepertimana pasangan lain.Mengikut cerita Anwar di ceramah-ceramah, selama 32 tahun berkahwin beliau sempat membuktikan cintanya terhadap Azizah dengan membawa Azizah melawat Taj Mahal iaitu simbol cinta agung antara dua insan. Tetapi, kita tidak pasti pula sama ada lawatan itu dilakukan sebelum atau selepas Azizah mula resah dengan kehadiran Sukma Dermawan di rumah mereka.Sukma Dermawan, iaitu adik angkat ‘homoseksual tersohor Asia’ telah pun wujud dalam hidup Anwar sejak awal lagi iaitu sekitar tahun 1977 di mana beliau tinggal dengan bapa dan ibu tiri Anwar di No. 27, Jalan SS1/43, Kampung Tunku Petaling Jaya. Sukma berkongsi bilik dengan Anwar yang pada ketika itu masih bujang.Setelah berkahwin, Anwar mengangkut Sukma bersamanya dan Azizah ke rumah mereka di Seksyen 17 Petaling Jaya dan kemudiannya ke Subang Jaya, dan berpindah lagi ke Seksyen 14 Petaling Jaya sehingga akhirnya menetap di Bukit Damansara di mana Sukma mendapat bilik persendirian yang khas.Selain Sukma, cinta Anwar-Azizah juga diuji dengan kehadiran Azmin dan isterinya, Shamsidar. Khabarnya perhatian Anwar lebih tertumpu kepada Sukma, Azmin dan Shamsidar dan segala keinginan mereka dipenuhi sedangkan segala keperluan Azizah diremehkan sahaja dengan berbagai-bagai alasan. Walaupun kisah ini sudah menjadi rahsia umum dan rekod mahkamah, tetapi Anwar masih terus mengungkap cinta terhadap Azizah yang katanya, terus mekar mewangi.Jelas, Anwar adalah seorang pencinta agung. Di dadanya penuh dengan cinta yang membuak-buak, melimpah ruah dan oleh itu, perlu diagih-agihkan kepada ramai orang tidak kira lelaki ataupun perempuan dari berbagai-bagai bangsa seperti Melayu, Indonesia, Pakistan, China mahupun Siam. Pendek kata, cintanya tidak mengenal jantina, usia mahupun bangsa selaras dengan pendirian partinya yang memperjuangkan kesamarataan.Mungkin inilah yang dimaksudkan Azizah mengenai ‘Anugerah Tuhan’ yang menjadi suaminya yang sejak dari dulu tidak pernah lupa menyuapkan hati berulam jantung sebagai makanan hariannya.Hakikatnya, Azizah mungkin boleh menipu diri sendiri bahawa Anwar mencintainya dan Anwar juga boleh menipu Azizah yang beliau masih mencintai isteri yang digelarnya sebagai ‘ikan sepat kering’ di hadapan Shamsidar.Tetapi Anwar dan Azizah tidak boleh menipu sekalian rakyat Malaysia hanya dengan menceritakan kisah mereka menari dan berguling-guling menyanyi di hadapan Taj Mahal dengan kostum warna-warni yang ditukar 10kali. Cinta yang sebenar tidak perlu ditunjuk-tunjuk atau diceritakan kerana ia akan terserlah dengan sendirinya melalui pandangan mata dan senyuman.Setakat ini, apa yang ada di mata Anwar apabila memandang Azizah, bukanlah cinta tetapi kuasa. Dan apa yang ada di mata Azizah apabila memandang Anwar pula adalah derita yang bercampur-baur dengan rasa jijik dan loya. Selain itu, kita juga dapat melihat secebis harapan di wajah Azizah apabila memandang Anwar. Harapan itu bukan berupa harapan agar Anwar berubah atau tetap mencintainya tetapi harapan agar dapat ke Putrajaya sebagai balasan ke atas segala pengorbanannya.Justeru, inilah kisah cinta politik paling ulung dan agung, dan wajar mendapat pengiktirafan setaraf Taj Mahal yang kononnya pernah menjadi saksi lakonan mereka.
SIDANG DEWAN PKR YANG MEMALUKAN
Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang berakhir semalam (27 Mac 2012)tentunya akan terakam dalam sejarah tanahair sebagai persidangan yang paling memalukan kerajaan negeri yang diterajui PR Selangor berikutan kesilapan speaker DUN Selangor Datuk Teng Chang Kim menghantar mesej BBM.Tujuan Teng menghantar mesej BBM itu asalnya hanya untuk tatapan barisan exco negeri dari DAP, PKR & Pas dalam usahanya untuk memandu arah persidangan bagi manfaat politik PR, tapi sebaliknya yang berlaku apabila mesej itu turut diterima oleh ADUN Bebas Datuk Dr. Hasan Ali yang sebelum ini adalah exco Hal Ehwal Islam negeri.“This is possibly the last winding up sessions for exco, oppoturnity should be fully used to talk about our success in the past 4 years like what Yaacob is doing now”.“Ini mungkin sesi penggulungan yang terakhir untuk exco, peluang harus digunakan sepenuhnya untuk bercakap tentang tentang kejayaan kita sejak empat tahun lepas seperti yang Yaacon lakukan sekarang”. – Speaker DUN Selangor, Teng Cheng Kim (DAP), 27 mac 2012Peristiwa memalukan dalam persidangan DUN Selangor itu tidak pernah berlaku di mana-mana negara kecuali inilah satu-satu yang pernah wujud di atas muka bumi apabila speaker kantoi menghantar mesej arahan yang bias dan memihak semasa mempengerusikan persidangan.Peranan SpeakerUmum mengetahui tugas dan tanggungjawab seorang speaker selain mengawal perjalanan dewan, speaker juga perlu berlaku adil dan tidak memihak sekalipun dirinya adalah pemimpin parti politik tertentu.Dalam laman sesawang DUN Selangor sendiri telah menjelas peranan & tugasan speaker yang mesti berlaku adil, telus dan mengutamakan integriti sepanjang mempengerusikan persidangan Dewan Undangan Negeri.“Tuan Speaker adalah Pengawal dan Pentadbir perjalanan Dewan Undangan Negeri semasa bersidang termasuk menetapkan Aturan Urusan Mesyuarat dan masa bersidang. Mengikut tradisi Parlimen dan Peraturan Tetap bagi Dewan Undangan Negeri Selangor yang ada, Tuan Speaker juga adalah Pengerusi beberapa Jawatankuasa Tetap Dewan bagi menjaga kepentingan Dewan. Mengikut kelaziman Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri, Tuan Speaker tidak mengambil bahagian dalam perbahasan dan hendaklah bersikap adil semasa mengendalikan mesyuarat atau perbahasan”.Rujukan:-1. Original Link2. Cache Link3. Screen Capture (fokus)4. Screen Capture (page)Bila dalam persidangan dewan undangan pun speaker PR dari DAP tidak mampu berlaku adil & bersikap telus, besar kemungkinannya dalam konteks pentadbiran kerajaan negeri juga tentu saja ada berlaku ketirisan & ketidaktelusan.Misalnya dalam urusan pembahagian tender & kontrak kerajaan, perlantikan jawatan dan pengurusan kewangan negeri yang sebelum ini pun banyak menimbulkan keraguan ramai terhadap ketelusannya.Dari kejadian ini dapat disimpulkan yang DAP sememangnya sekian lama telah menguasai arah tuju pentadbiran negeri, ini sekaligus menimbulkan persoalan terhadap keupayaan Menteri Besar dalam tadbir urus negeri.Ketelusan dan keadilanAndainya pemimpin PR bersungguh-sungguh mahu memperjuangkan keadilan dan ketelusan, inilah masanya untuk mereka mengambil langkah pembetulan dengan melantik individu lain bagi menggantikan tempat Teng Chang Kim.Jika tidak sanggup mengambil tindakan tevrsebut terhadap Teng yang terbukti telah mencemar kewibawaan kerajaan negeri, maka seseorang mesti mengambil tanggungjawab memikul beban kesalahan tersebut.Mungkin Khalid Ibrahim lebih elok memikirkan semula kelayakannya selaku Menteri Besar selepas tanggungjawabnya mengawal selia exco-exco negeri telah diambil alih oleh speaker dari DAP.Itu saja jalannya untuk mengembalikan semula kepercayaan masyarakat terhadap keadilan & ketelusan yang kerap dilaungkan oleh PR selain menegakkan semula integriti & kredibiliti Dewan Undangan Negeri sebagai badan yang mulia dan dihormati.
Tuesday, March 13, 2012
Ustaz Al-Mubtasim
Perjuangan PAS - Parti Islam Se-Malaysia (فاس) = Perjuangan Khawarij
Seandainya ada orang berkata bahawa perbalahan antara UMNO dengan PAS
di Malaysia hari ini adalah krisis politik kepartian semata-mata,
kata-kata yang berkenaan adalah amat tidak benar.
Imej PAS
sekarang telah berubah warna daripada sebuah parti politik kepada sebuah
parti lembaga agama. Senario pemimpin mereka dilambangkan sebagai ulama
dan dislogankan sebagai pewaris Nabi. Mereka ditanamkan kepercayaan
kononnya ulama mereka tidak akan melakukan kesilapan dan kenyataan
politik mereka adalah fatwa yang tidak boleh disangkal. Kemudian
disifatkan sebagai rabbani pula.
Memang benar bahawa pada
permulaan penubuhannya pada tahun 1951 dahulu adalah sebagai sebuah
parti politik. Penjajah British memberi keizinan penubuhannya pada tahun
itu adalah untuk menyemarakkan krisis di kalangan orang Melayu yang
sedang berjuang untuk mencapai kemerdekaan. Mereka mengharapkan krisis
tersebut akan mengagalkan usaha Melayu memperoleh kemerdekaan.
Penjajah British bercadang untuk memperalatkan golongan minoriti ini
bagi maksud untuk menghalang usaha-usaha murni UMNO itu. Mereka
mempermudahkan pendaftaran PAS. Mereka mengharapkan Tuan Haji Fuad yang
kalah pertandingan merebut jawatan Yang Dipertua UMNO kepada Tunku Abdul
Rahman Putra dalam Persidangan Agung UMNO di Kuala Lumpur pada 25 Ogos
1951 boleh dipergunakan bagi maksud meneruskan agenda kepenjajahan
selepas merdeka.
Tetapi usaha jahat itu tidak berhasil. Pilihan
raya umum pertama pada bulan Julai 1955 memberi kemenangan besar kepada
UMNO di bawah lambang Perikatan. PAS hanya memenangi satu kerusi sahaja
daripada semua kawasan Parlimen sebanyak 52 kerusi.
Kekalahan
PAS yang berterusan dalam semua pilihan raya umum selepas itu mendorong
mereka mengambil satu sikap berani dan nekad mengagamakan parti mereka
secara total, sama dengan tindakan yang pernah diambil oleh Khawarij dan
Syiah kira-kira 1400 tahun dahulu.
Kesannya sebilangan besar
ahli dan penyokong PAS merasakan PAS itu Islam dan Islam itu PAS.
Menyokong PAS bererti menyokong Islam dan balasannya syurga. Sesiapa
mengkritik PAS akan dihukum Allah di akhirat kelak atau diturunkan bala
di dunia ini.
Kelahiran Khawarij dan Syiah mempunyai
faktor-faktor pendorong yang sama dengan kelahiran PAS, iaitu pada
asalnya adalah bersifat politik. Tetapi perjuangan yang begitu lama yang
mereka tempuhi dengan kekalahan dan penderitaan semata-mata, akhirnya
mereka mengagamakan golongan mereka dan mencipta doktrin-doktrin dan
mazhab agama sendiri yang berasingan daripada jemaah ummah.
Latar belakang Khawarij ialah adanya pertikaian politik antara Khalifah
Ali dengan Muawiyah bin Abu Sufian. Muawiyah pada waktu itu sebagai
ketua pentadbir Islam di Syam (Syria) tidak dapat menerima pelantikan
Saidina Ali sebagai khalifah pengganti Khalifah Uthman. Masing-masing
mengerahkan tentera untuk menggempur antara satu sama lain.
Akhirnya kedua-dua pasukan sesama Islam itu bertempur di Saffin.
Muawiyah menang di atas kesilapan Ali yang menerima seruan damai,
sedangkan seruan tersebut adalah helah politik semata-mata.
Kelahiran Syiah pula mempunyai pelbagai pendapat tentang latar
belakangnya. Ada yang berkata kelahirannya setelah wafat Nabi, iaitu
ketika perebutan kuasa di antara Muhajirin dengan Ansar di balai Saqifah
Bani Saidah.
Ada pendapat yang menganggap Syiah lahir pada
masa akhir kekhalifahan Uthman bin Affan atau pada awal pemerintahan
Khalifah Ali bin Abu Talib. Pada masa itu terjadi pemberontakan terhadap
Khalifah Uthman yang berakhir dengan pembunuhannya.
Pendapat
yang popular ialah bahawa Syiah lahir setelah gagal perundingan Khalifah
Ali dengan pemberontak Muawiyah. Pengikut-pengikut Khalifah Ali
berpecah. Tetapi sebahagian besarnya tetap setia. Golongan yang setia
inilah yang dikenali kemudiannya sebagai Syiah.
Walau apapun
latar belakang kelahiran mereka, puncanya adalah politik rebut kuasa
sehingga kepada peringkat bunuh membunuh sesama sendiri. Golongan yang
kalah menukarkan tujuan asal penubuhan jemaahnya daripada maksud politik
kepada imej agama yang tersendiri dengan aliran teologi yang berbeza.
Mungkin di sinilah aspek persamaan antara PAS dengan Khawarij dan
Syiah. Lahir di atas dorongan kecewa dan marah. Bergerak dalam jemaah
sebagai lembaga politik untuk merebut kuasa, tetapi tidak berjaya dan
gagal. Akhirnya membentuk institusi agama baru dengan aliran teologi dan
mazhab fekah tersendiri.
Fatwa mengharuskan bersahabat dengan
syaitan, tuduhan Tuhan mencarut dan Tuhan samseng adalah antara doktrin
PAS bersifat agama, tetapi bertujuan politik, iaitu mempengaruhi dan
menguasai fikiran dan sikap orang ramai untuk mendapat kuasa. Bertolak
daripada fatwa seumpama inilah menyebabkan politik Melayu menunjukkan
perpecahan yang ketara di kalangan mereka.
PAS juga terpengaruh
dengan doktrin Khawarij yang tersohor, iaitu Khalifah hanya wajib
ditaati apabila ia bersikap adil dan menjalankan syariat Islam. Jika
menyeleweng maka mesti dibunuh. Pembunuhnya syahid dan mendapat syurga.
PAS menyemarakkan permusuhan terhadap UMNO secara fanatik dan asabi
seperti permusuhan Khawarij dan Syiah terhadap kerajaan Umayyah dan
kerajaan Abbasiyah. Mereka mengukuhkan permusuhan itu dengan menggunakan
agama dan memperalatkan nama Allah tanpa mengambil kira kepentingan
umum dan keselamatan negara.
Sepanjang waktu, Pas tidak pernah
memberi sokongan atau ucapan terima kasih kepada semua perkara yang
dilaksana dan disempurnakan oleh UMNO melainkan ketika mereka berada
dalam BN dahulu sahaja.
Ketika Tunku Abdul Rahman Putra
mewujudkan gagasan Malaysia pada tahun 1963, PAS menentang keras
sehingga ke peringkat membawa perkara ini ke mahkamah. Apabila berlaku
konfrantasi Indonesia terhadap Malaysia, PAS tidak pernah menyatakan
sokongan mereka kepada Malaysia dan tidak pernah mengutuk Sukarno atas
tindakannya yang tidak bermoral itu.
Sunday, March 11, 2012
Merakyatkan Pentadbiran.
Slogan "Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan " menjadi slogan kerajaan negeri Terengganu. dan menjadi agenda utama.
Masjid di Tman perumahan Taman Desa Bakti Wakaf Baru Kuala Terengganu telah dibina lebih daripada 4 tahun, hingga kini projek tersebut masih tidak siap siap dan dikategorikan sebagai projek sakit.
Di mana silapnya ? Adakah pihak JKR yang menyelia pembinaan ini telah gagal dalam memikul amanah yang telah diberikan ?? . Penduduk setempat sodah bosan, marah dan mula memberi sindiran sinis terhadap kerajaan. Lebih memalukan projek ini sekarang telah dan akan disiapkan oleh AJK Surau Bakti sendiri. Dimana tanggong jawab kerajaan dalam hal ini ??
Masjid di Tman perumahan Taman Desa Bakti Wakaf Baru Kuala Terengganu telah dibina lebih daripada 4 tahun, hingga kini projek tersebut masih tidak siap siap dan dikategorikan sebagai projek sakit.
Di mana silapnya ? Adakah pihak JKR yang menyelia pembinaan ini telah gagal dalam memikul amanah yang telah diberikan ?? . Penduduk setempat sodah bosan, marah dan mula memberi sindiran sinis terhadap kerajaan. Lebih memalukan projek ini sekarang telah dan akan disiapkan oleh AJK Surau Bakti sendiri. Dimana tanggong jawab kerajaan dalam hal ini ??
Subscribe to:
Posts (Atom)