Saturday, May 5, 2012

Islam Sebagai adden - Hadi Perli Anwa

Salam, Semua orang lslam tahu dan sedar bahawa lslam bukan sekadar agama semata-mata. Malah semenjak Rasulullah SAW diutuskan kepada ummah, lslam merupakan agama yang syumul, tidak sekadar menjadi penyelesaian kepada permasalahan di dalam masyarakat lslam itu sendiri, malahan menjadi panduan hidup di dalam masyarakat berbilang bangsa dan agama. Justeru, saya melihat tindakan Hadi Awang kununnya berhasrat untuk menukar lslam sebagai agama kepada lslam sebagai ad-deen di dalam Perlembagaan Negara merupakan satu retorik terdesak untuk melacurkan lslam ke tahap yang lebih maksimum. Buktinya amat jelas, selama berpuluh-puluh tahun ini ulama'-ulama' di luar kelompok mereka digelar oleh Hadi Awang dan n.ajis sebagai Ulama' Su' atau Ulama' Anjing atau Ulama' Terompah hanya kerana sependapat dengan pihak kerajaan yang memerintah bahawa lslam merupakan satu ad-deen atau caragaya hidup yang meliputi hal elwal kehidupan dan bukannya sebagaimana yang diwar-warkan oleh gerombolan parti ajaran sesat n.ajis dan Hadi Awang sendiri yang senantiasa mencari-cari jalan mengkafirkan saudara seagama kerana tidak bersetuju dengan uslub yang digunakan oleh parti beliau, kini mula menjilat kembali ludah, kahak dan lendir yang mereka hamburkan selama ini kerana mula menyedari lslam bukan hanya sekadar menganut ajaran parti mereka, malah lebih luas daripada itu. Justeru, apa kaitannya pula dengan perlembagaan negara? Mudah sahaja bagi mereka yang celik politik untuk membaca bahawa kenyataan itu tidak lain dan tidak bukan adalah untuk memberi ingatan kepada penyokong-penyokong bung nuar dan ambiga yang beragama lslam agar kembali ke landasan ad-deen yang sebenar-benarnya iaitu menolak semangat kepartian yang sempit, menolak perjuangan menghalalkan seks bebas, menolak perjuangan menghalalkan kegiatan LGBT dan menolak kegiatan memudahkan orang-orang lslam menjadi murtad. Sememangnya pendungu-pendungu politik yang masih tidak dapat membaca isyarat Hadi Awang akan bermati-matian menafikannya, dan ini akan selari dengan penafian Hadi Awang yang menggunakan uslub siasah, namun bagi muslim sejati, apa yang diutarakan oleh Hadi Awang yang telah ditutup mulutnya untuk menyatakan kebenaran secara terus terang oleh n.ajis dan kelompok pelacur agama yang ditunggang parti tunggang dungu (Parti Tindakan Demokratik - DAP) akan faham bahawa tiada sebab untuk menukar perkataan agama di dalam perlembagaan sebagai ad-deen kerana dengan meletakkan lslam sebagai agama rasmi di dalam perlembagaan, negara kita dengan secara langsung mengiktiraf lslam sebagai ad-deen yang mampu membawa negara kepada kabajikan dan kemakmuran yang berpanjangan. Malangnya, mengapa baru kini Hadi Awang terjaga dai lena yang panjang...? Setelah begitu banyak kerosakan, kekeliruan minda dan kecelaruan fahaman agama disebabkan oleh manipulasi terhadap ajaran lslam itu sendiri dilakukan oleh beliau dan kuncu-kuncunya selama ini, barulah mahu mengakui bahawa benarlah uslub dakwah lslamiah yang digunakan oleh para ulama', mufti dan pendakwah lslam yang menolak uslub sahsiah yang beliau amalkan sehingga tegar pendokong-pendokong amanat beliau mengkafirkan saudara seagama, mengamalkan solat dua imam, memisahkan ikatan suami-isteri dan keluarga, sehingga terlanjur mendakwa Allah SWT sebagai samseng dan pencarut semata-mata untuk mewajarkan tingkahlaku biadap para pendokong dan penyokong parti ajaran sesat mereka selama ini. Persoalan sebenarnya ialah mampukah Hadi Awang, n.ajis, bung nuar, ambiga, karpal singh, kit siang dan guan eng mengamalkan ad-deen menurut ajaran lslam yang sebenar-benarnya? Wallahu'alam.

Damarwulan.

No comments:

Post a Comment