Monday, May 28, 2012

Komisyen Scorpene : Pembangkang Bermaharajalela Menipu Rakyat

Isu scorpene ditimbulkan oleh pembangkang ‘di saat-saat akhir’ sebelum pengunduran Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai senjata terakhir untuk memastikan Dato’ Seri Najib tidak akan ditabalkan sebagai pengganti beliau.  Setelah gagal mengubah takdir di mana Dato’ Seri Najib telah dilantik sebagai Perdana Menteri, isu ini diteruskan oleh pembangkang dengan harapan dapat memendekkan tempoh pemerintahan beliau.    Seperti yang diketahui, pembangkang menggunakan berbagai-bagai jenis penyamaran untuk menyerang BN, antaranya Majlis Peguam, Suhakam, Himpunan Hijau, Suaram dan macam-macam lagi yang semuanya bersikap memusuhi kerajaan.   Dalam kes scorpene ini, pembangkang telah menggunakan Suaram untuk melancarkan serangan awal bagi pihak mereka.  Sebagai permulaan, Suaram telah memfailkan aduan terhadap DCNS, syarikat yang membina dan menjual kapal selam kepada negara ketiga termasuk Malaysia di mahkamah Perancis kerana ‘mengesyaki’ kegiatan rasuah dalam urusan pembelian kapal selam tersebut.  Isu ini dikatakan berkait rapat dengan pembunuhan Altantuya Sharibuu, seorang model Mongolia yang kemudiannya cuba digambarkan sebagai mempunyai hubungan sulit dengan Perdana Menteri.    Penyelaras Suaram, Cynthia Gabriel dilaporkan berkata, “kes ini spesifik kepada pemberian komisen 114 juta Euro yang diberikan kepada syarikat Perimekar.”  Seperti yang disebut tadi, kita cukup maklum bahawa Suaram sebenarnya bertindak bagi pihak pembangkang yang ingin menjatuhkan Dato’ Seri Najib dengan apa jua cara.    Tetapi, apa yang dilakukan oleh mereka kali ini adalah tersangat keterlaluan iaitu memfitnah Perdana Menteri terlibat dalam pembunuhan dan membawa perbincangan berkenaan kos pertahanan negara kepada dunia.    Kos pertahanan negara adalah sesuatu yang sulit di mana segala butirannya tidak boleh dibentangkan secara terperinci.  Setiap kerajaan di dunia perlu menyembunyikan beberapa fakta sebagai strategi keselamatan dan pertahanan negara masing-masing.  Jika soal pertahanan dibentangkan secara terbuka, ia mampu mendedahkan negara kepada bahaya.    Apa yang tidak pernah disembunyikan oleh kerajaan ialah, kontrak perolehan kapal selam scorpene secara keseluruhannya adalah bernilai EURO 1.084 billion.    Dari jumlah itu, EURO 969.15 juta dibayar kepada DCNS (Perancis) dan NAVANTIA (Sepanyol) sebagai kos perolehan dua kapal selam Scorpene, pakej Integrated Logistics Suppport (ILS) dan latihan untuk warga kapal selam.  Bakinya, iaitu EURO 114.96 juta dibayar secara berperingkat dalam tempoh enam tahun kepada Perimekar Sdn Bhd sebagai kos perkhidmatan koordinasi dan sokongan kepada Pasukan projek Kapal Selam TLDM di Cherbourg, Perancis dan Cartagena, Sepanyol serta pelatih-pelatih kapal selam di Brest, Perancis.  Semua ini tertulis secara terperinci dalam kontrak yang ditandatangani pada 5 Jun 2002.    Merujuk kembali kepada aduan yang dibuat oleh Suaram seperti yang dipetik di atas, iaitu “kes ini spesifik kepada pemberian komisyen EURO 114 juta yang diberikan kepada syarikat Perimekar”; justeru, berdasarkan fakta ini, persoalan yang timbul ialah, jika EURO 114 juta itu adalah komisyen, maka apakah ini bermakna Perimekar telah memberi perkhidmatan koordinasi dan sokongan secara percuma?  Ini kerana, dokumentasi transaksi jelas menunjukkan bayaran yang terlibat kepada Perimekar hanyalah EURO 114.96 juta sahaja dan tiada lebihan.    Secara dasarnya, Perimekar bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan berikut:  
 -       menyediakan kediaman lengkap bagi 27 keluarga pegawai di Perancis dan Sepanyol untuk tempoh 6 tahun. 
  -       Menyediakan pejabat urusan dan kediaman lengkap bagi krew kapaal TLDM seramai 156 orang dan 30 staf penyelenggara pengkalan di Perancis dan Sepanyol untuk tempoh 6 tahun.
   -       Membayar elaun harian dan elaun krew kapal selam sebanyak EURO50 sehari setiap seorang untuk tiga tahun pertama dan EURO60 sehari seorang untuk tiga tahun kedua.
   -       Membiayai kos penerbangan pergi-balik setiap krew kapal selam untuk balik bercuti ke Malaysia setiap empat bulan sekali.  
-       Syarikat ini juga bertanggungjawab memastikan penyertaan syarikat Malaysia dalam pembinaan dan membantu syarikat yang berpotensi untuk menyertai program offset.  
 -       Membantu kontraktor utama berhubung prosedur kerajaan dalam perlaksaan kontrak.  
 -       Menyelaras latihan antara krew, kontraktor dan kerajaan.
  -       Menyediakan laporan koordinasi dan lain-lain lagi.   
Maka, sekali lagi kita ingin bertanya, jika benar EURO 114 juta tersebut adalah komisyen semata-mata, bagaimana Perimekar menanggung semua kos perkhidmatan di atas?    Hakikatnya, bayaran EURO 114 juta itu bukanlah komisyen tetapi bayaran untuk perkhidmatan yang disediakan oleh Perimekar. Ia adalah bayaran yang telus, nyata dan wajar dan tiada apa yang pelik dalam urusniaga ini.    Yang pelik hanyalah tuduhan Suaram dan pembangkang yang tidak berasas sama sekali.    Kesungguhan pihak ini untuk menjatuhkan Dato’ Seri Najib sehingga sanggup mengupah penulis yang punya sejarah sakit mental, iaitu Raja Petra Kamaruddin (RPK) untuk mereka-reka cerita mengenai penglibatan Perdana Menteri dalam pembunuhan Altantuya yang konon berkait rapat dengan pembelian kapal selam untuk negara, mula menimbulkan persoalan.  Dari cakap-cakap kedai kopi kini terbau syak wasangka mengenai apakah pembangkang ada kena-mengena dengan pembunuhan tersebut?    Dengan RPK sudah pun mengakui yang dia hanya mereka-reka cerita sepatutnya sudah cukup untuk membuktikan bahawa bahagian lain dalam ceritanya, seperti isu scorpene ini juga adalah rekaan juga.    Oleh itu, kita mengalu-alukan siasatan pihak Perancis atau mana-mana pihak juga untuk terus membongkar isu scorpene ini.  Tidak mustahil kita akan menemui sesuatu yang lebih lagi dari sekadar cerita rekaan pembangkang… 

Thursday, May 24, 2012

AMBIGA PENYANGAK

China Press:  Ambiga Setaraf Pencuri Besi Buruk  Lucu sekali melihat bagaimana Ambiga Sreevanesan menggelupur kerimasan apabila terpaksa berhadapan dengan siri-siri perhimpunan aman di hadapan rumahnya.   Beliau dan kuncu-kuncunya pastinya tidak pernah menjangkakan tindak-balas sebegitu rupa oleh rakyat.    Secara dasarnya, Ambiga enggan mengakui bahawa yang berhimpun di depan rumahnya itu adalah rakyat biasa serta cuba menuduh kerajaan atau UMNO sebagai dalang.  Ini tidak benar.  Namun begitu, siapa jua mereka bukan soalnya.    Soalnya ialah, kalau pun benar mereka adalah ahli UMNO, mereka juga adalah rakyat yang punya hak untuk menyatakan ketidakpuasan hati terhadap manusia yang telah menyebabkan perniagaan mereka rugi pada 28hb April yang lalu.    Kini terbuktilah sudah bahawa perjuangan Ambiga dan BERSIH keseluruhannya adalah hipokrit semata-mata di mana hak untuk menuntut hak, hanya ada pada Ambiga dan Pakatan Rakyat.  Mana-mana rakyat yang tidak menyokong mereka tidak ada hak untuk berbuat yang sama.    Lebih menarik lagi apabila beberapa rakan dan pensimpati Ambiga cuba membantu dengan memberi berbagai-bagai hujah untuk menidakkan hak rakyat untuk berhimpun di hadapan rumah Ambiga.    Antaranya, A.Samad Said yang merayu rakyat agar jangan mengganggu Ambiga.   Rakan-rakan dan penyokong Ambiga di alam maya juga berusaha untuk memperlekeh dan meremehkan tindakan berhimpun dan berniaga di depan rumah Ambiga, konon untuk merendahkan moral mereka dan mengharapkan mereka bersurai.      Begitu juga dengan akhbar berbahasa Cina, China Press, yang menyatakan bahawa tindakan peniaga tersebut membalas dendam sedemikian adalah kebudak-budakan dan bodoh.     Ya, mungkin juga tindakan membalas dendam sebegitu adalah nakal dan kebudak-budakan manakala tindakan BERSIH 3.0 melanggar undang-undang  dan mengganas pula tidak nakal dan tidak kebudak-budakan.  Tetapi ia adalah tindakan manusia dewasa yang jahat, penuh dengan khianat dan sememangnya tersangat bodoh!   Kerana BERSIH nama negara tercemar, imej negara tercalar, peniaga-peniaga mengalami kerugian serta pihak kerajaan juga menanggung kerosakan harta awam.  Semuanya kerana Ambiga.    China Press cuba berhujah bahawa Ambiga tidak harus dipertanggungjawabkan untuk membayar balik kerugian yang dialami peniaga.  Alasan mereka, kemusnahan yang berlaku dalam BERSIH 3.0 adalah disebabkan oleh kelalaian dan ketidakcekapan kerajaan, maka gantirugi peniaga-peniaga itu sewajarnya dibayar oleh kerajaan, bukan Ambiga.    Hujah mereka lagi, tempat untuk peniaga itu berniaga dan mendapat keuntungan adalah disediakan oleh kerajaan dengan menggunakan cukai yang diperolehi dari rakyat.  Entah kenapa kita dapat mengesan sikap perkauman di dalam kenyataan ini.   Apakah China Press secara halus ingin memberitahu bahawa  majoriti peniaga yang terlibat adalah Melayu dan pembayar cukai tertinggi adalah peniaga Cina?  Lebih lucu lagi apabila China Press menyatakan bahawa peniaga-peniaga tersebut seharusnya  boleh membuat untung dan bukannya rugi ketika perhimpunan BERSIH 3.0 sekiranya mereka bijak mengambil peluang.     Justeru, kenapa agaknya BERSIH 3.0 memilih untuk berarak di kawasan peniaga Melayu dan India dan mengelak untuk ke kawasan perniagaan kaum Cina?   Bukankah kerana kaum Cina awal-awal lagi tahu yang perhimpunan sebegitu pasti membawa kerosakan, bukan keuntungan dan  mengambil langkah awal memastikan kawasan kaum mereka berniaga terselamat dari sebarang risiko?   Contoh yang diberikan pula ialah jika seseorang itu terjatuh ke dalam longkang di bandaraya kerana penutup besinya telah dicuri, maka yang perlu membayar kos perubatan mangsa yang cedera tersebut adalah kerajaan, bukan pencuri tersebut.    Mungkin China Press terlepas pandang bahawa cukai yang dibayar oleh rakyat digunakan untuk pembangunan negara, bukannya untuk membayar gantirugi ke atas tindakan pihak yang dengan sengaja melanggar undang-undang dan membuat kemusnahan.  Cukai juga digunakan untuk melahirkan rakyat yang berguna kepada negara bukan pencuri, pengganas, pengkhianat atau pemberontak seperti Ambiga.    Kerana itu, untuk pengetahuan China Press, sekiranya pencuri penutup longkang tadi berjaya ditangkap, pastinya dia juga akan diarahkan membayar gantirugi kepada mangsa oleh mahkamah.    Lagipun, apakah China Press cuba menyamakan Ambiga dengan pencuri besi buruk?    Dalam kes BERSIH 3.0, kita tahu siapa penjenayahnya dan lebih dahsyat lagi, penjenayah itu adalah dari pihak pengamal undang-undang, iaitu bekas Presiden Majlis Peguam.  Dia telah diberi peluang untuk berhimpun di stadium di mana keselamatan dan keamanan terjamin.  Dia juga telah diberi amaran awal akan tempat-tempat yang dilarang.     Tetapi, Ambiga memilih untuk menolak kawasan selamat, dan mengambil risiko berarak di jalanan.  Akibatnya, peserta BERSIH telah melanggar undang-undang  dengan menceroboh ke kawasan larangan.  Kerana kedegilan Ambiga, keganasan yang boleh dielakkan telah tercetus, harta awam musnah dan ramai yang cedera.      Tidak boleh tidak, Ambiga wajib bertanggungjawab dan memikul kesalahan penyokong-penyokongnya, sebagai seorang ketua yang berprinsip, prihatin dan berintegriti.  Adalah memalukan bagi seorang yang telah menerima beberapa anugerah kemanusiaan dari barat untuk bersikap lepas tangan, malah enggan terlibat langsung dalam menangani kesan sampingan perbuatannya!     Tahukah Ambiga bahawa seorang Ketua yang baik, akan mempertahankan orang bawahannya dan akan memikul kesalahan mereka sebagai kesalahan sendiri apabila berhadapan dengan masalah?  Jika ini pun Ambiga tidak tahu, maka sesuai sangatlah China Press menyamatarafkan beliau dengan pencuri besi penutup longkang! 

Tuesday, May 22, 2012

Lost Of Sodomy Trial, Did Yusof Conspire With Anwar?

Almost everyone was shocked during the trial of Anwar regarding the Bersih issue this morning. All because of the presence of the lawyer who represented Anwar, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin, Malaysia's former 2nd Solicitor, who also led the line of prosecutors in the case of Anwar's sodomy trial against Saiful Bukhari. The situation is metaphorically like seeing Mahathir holding hands with Anwar, a day after he was sacked from his position as Deputy Prime Minister back in 1998. Yusof officially resigned as the 2nd Solicitor a few days before Anwar was released from the charge of sodomizing Saiful Bukhari by Kuala Lumpur High Court in January 9, 2012. Many thought that the reason why Anwar won the trial was because the Judge made a blunder in his judgement, and Yusof's actions in this matter had caused the same doubt that perhaps the prosecution leader may have played a vital role in Anwar's release. How and how big is Yusof's role, writer do not know. But writer is convinced that everyone want Yusuf to explain what is really happening. Besides, we are now talking about Yusuf being a prosecutor, not a solicitor, and somehow lawyers nowadays are surrounded with credibility and integrity issues. Now we can understand why Anwar's case was delayed for such a long time without any objections from the prosecutor's team. We can now understand why were there various silly mistakes made in pushing Anwar to come up with witnesses' alibis from the names that they had brought to the court by Karpal Singh as soon as Anwar was forced to defend himself. The same thing went with the action of naming Deputy Public Prosecutor, Farah Azlina Latif  as a part of the prosecutor's team even though they knew that she had 'issue' with Saiful Bukhari. The matter of truth behind the 'issue' is not important, the important thing in this matter is the failure in understanding the problem which had caused the case to almost be disposed by the court. And who should be responsible in this matter? Writer is certain that Yusof is, because as the prosecution leader, he is responsible in choosing the right deputy public prosecutor who could really help him to handle the case. Writer is sure that all these failure somehow has played vital role in making the Judge to come out with the decision to release Anwar from the case against Saiful. Yusof did not have to explain anything to the media (especially pro-opposition) like what he did just now. Yusof needs to answer to the rakyat because the whole time he was working in the Attorney General Chambers (AGC), he was paid by rakyat's money. This is not a small matter, this is a serious matter that involves AGC's integrity as the only organization that has full power in deciding whether certain cases is qualified to be tried or not. The same thing goes to whether appeals can be brought to higher court or not. We are worried of corruption or misuse of power that might have been involved in the matter. If it is true that Yusof was 'bought' when he was handling Anwar's case, a re-trial should be held with a new line of prosecutors. Perhaps one day, even the Attorney General might have to resign

Monday, May 21, 2012

Terima Kasih the Star Kerana Mendedahkan Nama-nama Pelik Pengundi

Jika the Star tidak mendedahkan beberapa nama pelik yang terkandung dalam senarai pengundi berdaftar, pasti pembangkang dan BERSIH akan meroyan lagi kerana tidak percaya bahawa nama-nama tersebut adalah sah.    Sekali pandang, nama-nama pelik tersebut memang kelihatan seperti ‘main-main’ atau rekaan.  Antaranya, ‘S’, ‘Atas Jalan’, ‘Tepi Jalan’, ‘Machine Gun’, ‘Boeing’, ‘Elvis Presley’ dan macam-macam lagi.   Namun, menurut SPR, nama-nama tersebut benar-benar wujud kerana terdapat rekod kad pengenalan yang sah.  Selain itu, SPR mengakui bahawa terdapat lebih kurang 15,000 nama di mana rekod pendaftaran undi dengan rekod kad pengenalan mereka adalah tidak sama.  Bagi kes seperti ini, SPR tidak ada hak untuk membuang mereka dari senarai pengundi selagi mereka berdaftar sebagai warganegera yang sah.        Begitu juga dengan masalah di mana terdapat lebih kurang 1,000 pengundi yang berumur lebih 100 tahun yang menimbulkan berbagai keraguan dan tandatanya. Bagaimanapun, SPR tidak berhak untuk membuang nama mereka dari senarai pengundian selagi tiada rekod kematian yang dikemaskini oleh waris mereka.    Menurut SPR juga, kini terdapat lebih kurang 3.7 juta warga yang layak mengundi tetapi belum berdaftar dengan mereka.    Apa yang pasti SPR telah melakukan segala-galanya bagi memastikan senarai undi benar-benar bersih namun beberapa perkara seperti yang disebut di atas telah menyukarkan kerja-kerja pembersihan ini.    Walau apapun, ini adalah perkara biasa bagi semua negara demokrasi di dunia menghadapi kesukaran memastikan senarai undi benar-benar bersih.    Memandangkan pengundi berdaftar masa kini adalah berjumlah 12.5 juta, maka jumlah senarai yang meragukan iaitu 15,000 – 16,000 adalah amat rendah sekali.  Lebih-lebih lagi, bukan semua pengundi tersebut berada di daerah yang sama.  Selain itu, dengan meletakkan status sebagai ‘senarai meragukan’ tidak bermakna kesemua 15,000 – 16,000 itu adalah benar-benar tidak sah.    Kerana itulah kita menyatakan bahawa tindakan membawa perjuangan BERSIH ke jalanraya adalah satu tindakan yang tidak masuk akal atau lakonan yang berlebihan.  Lebih pelik lagi bila kedengaran laungan untuk menjatuhkan kerajaan dalam perhimpunan BERSIH 3.0.   Apakah logik untuk menggulingkan kerajaan hanya kerana terdapat 15,000 – 16,000 nama yang meragukan dalam senarai undi?    Apakah pembangkang yakin yang mereka boleh menang dan menjadi pemerintah sekiranya dapat mengesahkan bahawa kesemua 16,000 orang itu tidak wujud?     Hakikat yang perlu pembangkang terima ialah SPR telah melakukan yang terbaik dan sekiranya pembangkang kalah lagi dalam pilihanraya kali ini, ia adalah kerana rakyat semakin muak dengan lakonan keterlaluan pemimpin-pemimpin pembangkang dan menyampah dengan BERSIH.    Jika pembangkang ingin menang pilihanraya, sebenarnya mereka tidak perlu berdemonstrasi atau menuduh polis, SPR dan kerajaan itu dan ini.    Apa yang mereka perlu lakukan ialah tunjukkan kematangan, bekerja dengan sopan dan cakaplah serupa bikin.  Sebaliknya, sikap pembangkang terhadap SPR dan kerajaan telah menjauhkan lagi rakyat dari mereka.  Justeru, walaupun senarai undi dapat dibersihkan seratus-peratus kita tidak yakin yang mereka akan mampu menang pilihanraya. 

Public Bank Tolong Jelaskan Status Johari Sulaiman

KEBELAKANGAN ini seakan sudah menjadi trend dikalangan kakitangan syarikat dan agensi tertentu yang menjadi ‘barua’ dengan menyalurkan maklumat sulit berhubung maklumat sulit akaun pelanggan mereka kepada parti pembangkang, khususnya PKR untuk kepentingan politik parti tersebut.  Sulit tidak bermaksud ada yang penyelewengan atau seumpamanya tapi lebih kepada memelihara imej dan kepentingan perniagaan pelanggan tersebut yang mungkin terjejas jika maklumat tertentu sampai ke pengetahuan pihak yang tidak sepatutnya.   Lebih tepat lagi memelihara etika dan profesional kerja ke atas maklumat sulit pelanggan, dan soal ini bukan setakat dilaksanakan di Malaysia malah di serata bank di dunia.  Sebelum ini sudah ada kes, kakitangan sebuah hotel di Putrajaya yang mendedahkan  dokumen dalaman hotel yang menunjukkan anggaran perbelanjaan majlis pertunangan anak Perdana Menteri, sehingga dijadikan isu oleh PKR kononnya Perdana Menteri menggunakan wang rakyat, sedangkan sebenarnya tuduhan itu tidak benar sama sekali dan telah dijawab oleh Pejabat Perdana Menteri sendiri.  Terbaru, sebuah bank terkenal, Public Bank pula terjerat dalam modus operandi yang sama apabila seorang keraninya (kini bekas kerani), Johari Sulaiman diperalatkan PKR untuk mendedahkan butiran akaun syarikat National Feedlot Corporation (NFC), sedangkan hakikatnya perbuatan itu adalah menyalahi etika perbankkan disamping Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (BAFIA).  Siapa Johari Sulaiman, latar belakang dan peranannya dalam mendedahkan maklumat sulit akaun pelanggan (dalam hal ini NFC), masih menjadi tanda tanya banyak pihak.  Kalau tidak kena dengan gaya, akan ada lebih ramai pelanggan yang menutup akaun di Public Bank, jika Public Bank tidak tampil menjelaskan keadaan sebenar.  Benarlah kita ada sedikit maklumat mengenai Johari Sulaiman yang didedahkan Rafizi dalam sidang medianya Jumaat lepas, tapi kita tahu semua itu hanya untuk tujuan gimik politik dan tidak boleh dipakai.  Yang penting ialah untuk Public Bank sendiri tampil membuat kenyataan rasmi mengenai Johari Sulaiman, lebih-lebih lagi setelah Johari menuduh dia ditekan pihak bank dan Bank Negara sehingga membawa kepada perletakkan jawatannya berhubung dengan isu ini.  Disamping itu Public Bank perlu mendedahkan penemuan dalam siasatan dalaman (Domestic Inquiry) yang dikatakan telah dijalankan ke atas Johari Sulaiman sebelum perletakkan jawatannya.  Penulis tidak yakin Johari Sulaiman berseorangan dalam hal ini.  Pihak bank sudah tentu menghadkan akses kepada maklumat pelanggan untuk setiap kakitangannya.  Seorang kerani biasa seperti Johari Sulaiman tidak mungkin mempunyai akses kepada segala-galanya, penulis yakin dia dibantu dan semua inilah yang perlu dijelaskan oleh Public Bank.  Para pendeposit Public Bank, terutamanya dari sektor korporat perlu tahu hal ini kerana sudah tentu mereka tidak mahu maklumat perbankan syarikat mereka, menjadi bahan untuk ‘dijual’ oleh kakitangan bank tersebut kepada siapa yang berminat.  Hari ini kepada PKR, besok-besok mungkin kepada saingan perniagaan yang lain pula, asal kena dengan harganya.  Dalam masa yang sama, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah juga perlu masuk campur dan meneliti kelainan (anamoli) dalam urusan kewangan Johari Sulaiman.  Dari air mukanya, penulis tidak nampak dimana letaknya ‘kejujuran’ Johari Sulaiman – jika benar dia melanggar etika kerjanya sendiri untuk kepentingan umum (kononnya).  Yang penulis lihat, ada agenda tersembunyi dan habuan tertentu yang menyebabkan Johari Sulaiman sanggup mempertaruhkan segala-galanya untuk menjadi barua kepada PKR dengan menyampaikan semua maklumat sulit tersebut.  Habuan inilah yang perlu disiasat oleh SPRM, Bank Negara dan sesiapa juga yang terbabit.  Malah penulis suka melihat Public Bank menyaman Johari Sulaiman dan PKR kerana mendedahkan dan menggunakan maklumat sulit pelanggan bank tersebut untuk kepentingan politik sempit mereka.  Biar ini menjadi pengajaran kepada mana-mana kakitangan bank di luar sana yang bercita-cita untuk mengikuti jejak langkah Johari Sulaiman.  

Wednesday, May 16, 2012

Kitab jingay

Buku Jingga Lebih Utama dari Al-Quran?  Terbukti sudah isu hudud hanyalah gimik politik PAS sekadar untuk mengabui mata masyarakat Islam demi kepentingan politik kepartian. Bab sembang secara teori boleh kata semua pemimpin PAS dari bawah hingga atas cukup gah bercakap seolah-olah hari ini juga hudud akan dilaksanakan.  Itu teori, tapi bila masuk bab praktikal semuanya hancur manakan tidak, jawatankuasa teknikalnya hingga kini pun tak pernah selesai di susun dan satu mesyuaratpun tak pernah dibuat.  Terbaru, Presiden PAS, Hadi Awang sekali lagi nak tunjuk jaguh dalam isu hudud tapi sayangnya kejaguhannya hanya bertahan sehari dua saja. Sekali kena herdik dengan Karpal Singh terus tunduk malu nak angkat muka.  Melihatkan si Presiden dah layu kena herdik, mulalah dua tiga kerat pemimpin muda PAS nak tunjuk hebat konon nak pertahankan maruah parti sambil menegaskan hudud akan dilaksanakan juga nanti jika PR memerintah.  Cara pemimpin-pemimpin muda PAS bercakap dah macam ayam berkokok tahi sendiri lekat di ekor. Macamlah kerusi Parlimen yang akan PAS tandingi nanti melebihi 150 kerusi dan menang minima 120 kerusi parlimen bagi membolehkan PAS menguasai pembentukan dasar PR jika mengambil alih pemerintahan.  Realitinya, PAS hanya mampu angkat muka seketika untuk tunjuk juara, tak sempat penyokong PAS nak kembang dada rasa bangga, datang Anwar Ibrahim panggil semua kepala-kepala pembangkang akhirnya habis mesyuarat, keputusannya Buku Jinggay juga yang jadi rujukan utama PR.  Kata Anwar semua parti pembangkang dalam PR akan kekal berpegang pada konsesus persetujuan pada 28 September 2011 yang menetapkan Buku Jinggay sebagai dasar bersama.  Ringkas kata, apa sahaja situasi dan apa saja strategik PAS untuk menarik semula undi Melayu Islam yang makin jauh dari PAS kot manapun mesti tertakluk pada Buku Jinggay yang menetapkan tiada tempat untuk perlaksanaan hudud.  Akhirnya jadilah PAS macam ayam jantan kokok berderai-derai tapi tahi lekat di ekor sendiri, dulu sekali sekala bolehlah PAS gebang isu hudud untuk menarik perhatian khalayak Melayu Islam tapi sekarang nak sembang saja pun dah tak boleh sebab risau pengundi Cina DAP pula yang lari dari PR.  Dulu PAS tuduh UMNO lebih mendaulatkan perlembagaan negara berbanding Al-Quran sekarang tuduhan tersebut dah jadi boomerang kena atas muka PAS pula apabila Buku Jinggay kini dah macam kitab suci lebih diutamakan dan bernilai tinggi berbanding Al-Quran.

Tuesday, May 15, 2012

Apabila Nik Aziz, Graduan Agama Dari India dan Bekas Guru Kemas, Tempelak Mufti

Semalam, Nik Aziz menempelak pandangan Tan Sri Harussani Zakaria, Mufti Perak terhadap PAS dengan menganggap kenyataan beliau bahawa PAS sudah menyeleweng dan menyalahgunakan agama Islam, sebagai pandangan lapuk dari seorang mufti.   Sebelum ini Nik Aziz telah mempertikai fatwa bahawa ‘merusuh untuk menentang kerajaan adalah haram’, yang terhasil dari kajian 24 ahli Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan.   Kritikan keras Nik Aziz terhadap para Mufti ini adalah semata-mata untuk menjustifikasikan rusuhan BERSIH 3.0 sebagai sesuatu yang dibenarkan dalam agama Islam.    Masyarakat secara amnya menerima Nik Aziz sebagai Ulama.   PAS pula menganggap Nik Aziz sebagai jauh mengatasi Ulama-ulama lain iaitu seorang Mursyid.   Nik Aziz dianggap keramat, wali hatta mampu ‘menerima wahyu’ mengampunkan dosa orang lain.   Kononnya, apa yang keluar dari mulut Nik Aziz pasti menjadi kenyataan.  Maka, apabila Nik Aziz mendoakan agar Tun Dr. Mahathir pecah perut dan pengundi hanya nampak bulan di kertas undi, seluruh penganut PAS percaya dan tertunggu-tunggu ‘mukjizat’ itu diperlihatkan kepada seluruh manusia.    Namun, Tun Dr. Mahathir kekal segak bergaya, tajam fikiran, dihormati dan disanjungi di seluruh dunia dan disambut meriah di mana saja.   BN juga kekal memerintah sehingga kini.  Hanya Nik Aziz yang semakin hari semakin uzur sehinggakan terpaksa disediakan katil di pejabatnya dan tidak lagi dapat naik tangga.     Nik Aziz juga sudah berkali-kali bersama dengan penganut PAS mengadakan sembahyang hajat agar Anwar Ibrahim terpelihara.  Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya.  Satu demi satu skandalnya terbongkar, seorang demi seorang rakannya meninggalkannya dan kini khabarnya beliau bergelut mengawal HIV di dalam darahnya.  Entah benar entah tidak, bukan masalah kita tetapi masalah Anwar jua.    Maka, pernahkah kita bertanya, siapa yang melantik Nik Aziz sebagai Ulama?  Apakah kelayakannya untuk mempertikai fatwa para mufti dan menghukum pandangan mereka sebagai lapuk?  Tidakkah kita tertanya-tanya kenapa semua doa Nik Aziz tidak diterima tetapi yang terjadi adalah sebaliknya?   Tetapi, kenapa Nik Aziz di’sembah’ sebegitu rupa?      Sudah sampai masanya rakyat Malaysia menerima hakikat bahawa Nik Aziz bukan Ulama.    Suatu ketika dahulu, beliau hanyalah seorang pemuda yang belajar agama di Deobond, India dan kembali ke Malaysia menjadi guru tadika Kemas sambil mengajar Al-Quran dan memberi tazkirah dan kuliah agama sebelum menjadi pemimpin PAS.   Tetapi ini tidak menjadikan beliau seorang alim-ulama yakni seorang yang berpengetahuan dan berilmu serta bijaksana.  Ini kerana, selama pulangnya dari India sehingga kini Nik Aziz tidak pernah mengkaji apa-apa, jauh sekali menghasilkan buku-buku ilmiah yang boleh dijadikan rujukan seluruh dunia.    Justeru, kenapa kita meletakkan taraf Ulama dengan sebegitu rendah sekali?  Tahukah kita bahawa Ulama di zaman kegemilangan Islam adalah para saintis, doktor, jurubina, yang menyumbang kepada dunia dan manusia sejagat?   Mereka mencipta, mencari penyelesaian dan jawapan kepada permasalahan cakerawala – langit, tanah, lautan dan udara selain manusia.  Kenapakah hari ini, Ulama hanya dihadkan kepada seorang yang belajar agama, tanpa mengira sumbangannya?  Dan kenapakah sumbangan mereka hanya dinilai dari segi ceramah, dan bukannya hasil penyelidikan yang boleh dimanfaatkan oleh manusia keseluruhan?   Kenapakah agama hanya dihadkan kepada persediaan untuk mati dan bukannya tentang keajaiban kehidupan?      Dalam kita mentafsirkan kembali kedudukan Nik Aziz dalam masyarakat, kita juga perlu mentafsirkan kembali siapa Ulama agar tidak mudah disesatkan oleh Ulama-ulama jahat yang berkeliaran di seluruh pelusuk dunia, memecahbelahkan dan menyesatkan manusia agar percaya yang batil itu haq dan yang haq itu batil.    Hari ini diri Nik Aziz semakin terhina.  Beliau digelar dengan berbagai panggilan buruk.   Tiada lagi cakap berlapik jika ingin mengkritik Nik Aziz.   Tiada lagi rasa hormat walaupun sekadar sebagai seorang yang lebih tua.  Jika Tun Dr. Mahathir dirujuk sebagai Ayahanda, Nik Aziz pula dirujuk sebagai wali selipar atau barua Cina.      Walaupun begitu, Nik Aziz masih berada di alam khayalan kononnya beliau adalah Ulama besar yang dihormati.   Ternyata ketaksuban pengikut-pengikutnya telah menyebabkan beliau tidak lagi berpijak di bumi nyata.  Sikap takbur dan riak telah menghindarkannya dari melihat kebenaran.    Artikel ini bukan berniat untuk memperlekeh Nik Aziz, tetapi untuk menarik Nik Aziz agar kembali ke bumi nyata melihat siapa dirinya.   Nik Aziz dan Tan Sri Harussani umpama langit dengan bumi dari segi pengetahuan, pemikiran dan segala-galanya.  Adalah tidak wajar jika ada di antara kita yang meletakkan pendapat Nik Aziz mengatasi pendapat Tan Sri Harussani dan mufti-mufti lain.     Sesungguhnya, Nik Aziz adalah lebih mulia ketika beliau hanya menjadi guru tadika, berbakti kepada anak-anak kecil dan masyarakat, berbanding sekarang apabila beliau menjadi Menteri Besar dan Mursyidul Am PAS tetapi tidak mampu berbuat apa-apa melainkan kerosakan semata-mata

Beruk di London menjerit lagi.

Ganggu Najib Di London Hanya Untungkan BN  BERLAWANAN dengan tanggapan Anwar Ibrahim bahawa tindakan beberapa orang penyokong Bersih (sebut Pakatan Rakyat) di London semalam akan memalukan serta menjatuhkan imej Datuk Seri Najib Tun Razak, ia sebaliknya bertukar menjadi medan untuk membuktikan kepada dunia bahawa Najib adalah seorang pemimpin yang tidak mudah melatah, sebaliknya tenang dalam menghadapi situasi yang agak ‘mencemaskan’.  Mungkin Anwar memikirkan 2 orang penyokong Bersih itu akan digari, ditekan kepalanya kebawah oleh polis UK ataupun pengawal peribadi Najib setelah cuba mengganggu ucapan beliau.  Imej-imej seumpama itu penting untuk menyokong pembohongannya bahawa Najib adalah seorang pemimpin yang zalim.  Tapi itu tidak berlaku, yang berlaku ialah, kedua orang terlibat diam dengan sendirinya setelah di’bahasa’kan oleh Najib secara terbuka.    Sekali lagi, tindakan yang sepatutnya menjadi senjata menekan Najib, berubah arah kepada menekan Anwar dan Bersih pula.  Tindakan tidak beradab di London semalam, hanya mengulangi tindakan tidak beradab perusuh Bersih 3.0 di jalan-jalan raya sekitar Dataran Merdeka pada 28hb April yang lepas.  Rakyat yang naik meluat dengan kejadian rusuhan di Kuala Lumpur itu, semakin meluat dengan pendekatan hampir sama yang dilakukan oleh 2 ke 3 penyokong Bersih di London semalam.  Kita tidak tahulah dari mana budaya seumpama itu dikutip, yang nyata ia bukan budaya dan pendekatan orang Malaysia.  Dalam tradisi masyarakat yang bertamadun pun, pendekatan ‘hostile’ seperti itu bukan satu kebiasaan, tak kira apa jua alasan.  Ada banayk pendekatan lain yang lebih baik boleh digunakan untuk menyatakan pendapat dan meluahkan perasaan.  Penulis sangat yakin, perbuatan itu semata-mata dibuat untuk mendapat perhatian media asing yang hadir untuk dijadikan cerita bahawa Najib ditentang oleh rakyatnya sendiri walaupun berada di luar negara.  Hakikat yang sebenarnya, hanya 2 ke 3 orang yang terlibat dan kelakuan biadap itu berlangsung tidak sampai beberapa minit pun.  Tidak cukup untuk mengatakan Najib ditentang rakyatnya sendiri (Malaysia ada 27 juta rakyat).  Kalau itupun dijadikan asas untuk mengatakan Najib ditentang rakyatnya sendiri, nampak sangatlah media asing tersebut tidak berminat dengan kebenaran tapi dengan sensasi dari pemberitaan seumpama itu.  Dari sudut demokrasinya, majoriti rakyat Malaysia sudah memilih Najib sebagai Perdana Menteri dan para minoriti yang lain sepatutnya akur dengan kehendak tersebut, walaupun tidak berpuas hati dengan pilihan majoriti yang lebih besar tapi inilah demokrasi.  Perkara ini jugalah yang disentuh Datuk Seri Najib dalam ucapannya selepas kekecohan yang cuba dicetuskan penyokong Bersih itu dipatahkan oleh beliau sendiri.  Perlu diingat, ada lebih beratus-ratus orang rakyat Malaysia yang hadir dalam sesi di London semalam, dan 2 ke 3 orang ini hanya mengambil kesempatan dari itu untuk menunjuk hero dan provok yang lain supaya turut serta, malang sekali bagi mereka (keuntungan bagi Perdana Menteri), itu tidak berlaku.  Malah kehadiran beliau disitu turut disambut  dengan hangat sehingga berebut-rebut orang yang nak bersalam dengan beliau – pemandangan yang boleh membuatkan bulu mata Anwar, Nik Aziz dan Ambiga terbakar.  Yang nyata, perbuatan biadap itu dan ketenangan Perdana Menteri hanya menguntungkan lagi BN ddalam menghadapi pilihanraya akan datang.  Nak mengatakan Najib dimalukan, penulis tidak nampak dimana yang beliau dimalukan sebab disamping perbuatan biadap itu berlaku dalam masa yang sangat singkat, Najib sendiri yang mengendalikannya dengan mengarahkan penyokong Bersih yang menjerit-jerit itu supaya diam.  Dan mereka benar-benar diam!!!   Semua ini pada penulis hanya akan memudahkan lagi kempen BN dalam pilihanraya akan datang.  Untuk Bersih ini sahaja, ada begitu banyak material untuk menunjukkan kebiadapan puak-puak ini dalam memuaskan nafsu politik masing-masing.  Kalau boleh penulis nak menggesa supaya diadakan lebih banyak lagi perbuatan biadap sedemikian diaturkan Anwar.  Baru senang kerja kami.

Monday, May 14, 2012

EGM Majlis Peguam Tidak Sah: Rusuhan di Rumah Lim Chee Wee Pula?

Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) Majlis Peguam yang diadakan Jumaat lepas untuk membincangkan Perhimpunan BERSIH 3.0 menyaksikan pertelagahan pendapat di antara ahli-ahli yang hadir.    Beberapa orang ahli majlis tersebut mengkritik sifat berat sebelah dan tidak professional Majlis Peguam dalam membincangkan resolusi kerana jelas pihak jawatankuasa telah  menyembunyikan sebahagian fakta dari dibentangkan dalam perbincangan.  Dalam mesyuarat tersebut, hanya video yang menunjukkan polis memukul perusuh yang ditayangkan sementara video yang menunjukkan keganasan sengaja dicetuskan oleh perusuh langsung tidak ditunjukkan walaupun pihak mereka memilikinya.  Berdasarkan pembentangan fakta yang tidak lengkap itu, Majlis Peguam kemudian telah memutuskan resolusi yang seratus-peratus menyalahkan pihak polis.  Kesalahan pihak penganjur dan perusuh yang mengingkari undang-undang pula langsung tidak diambilkira.    Tidak cukup dengan itu, terdapat juga rungutan mengenai kehadiran pelajar ‘chambering’ di EGM tersebut yang turut mengundi usul yang dibentangkan sedangkan mereka tidak layak untuk mengundi.   Ini menyebabkan ramai ahli yang tidak puas hati dan mendesak agar Mesyuarat tersebut diumumkan sebagai tidak sah.    Menurut Presidennya, Lim Chee Wee, resolusi tersebut tidak boleh dipertikai tetapi pihak yang mempertikai boleh membawa perkara tersebut ke mahkamah.  Alasan beliau, ahli-ahli punya hak untuk bertentangan pendapat.  Dalam ertikata lain, Majlis Peguam berhak membuat keputusan apa saja walaupun terdapat fakta yang disembunyikan serta dikira di atas undi yang tidak sah.   Jika Majlis Peguam sendiri tidak menitikberatkan undang-undang, atas dasar apa lagi harus kita hormati mereka sebagai pengamal undang-undang?     Walaupun Majlis Peguam cuba menafikan tetapi umum sedia maklum bahawa Majlis Peguam adalah proksi kepada Pakatan Rakyat.    Justeru, tidak mustahil tindakan Majlis Peguam ini adalah berdasarkan undang-undang baru yang bakal diperkenalkan oleh Pakatan Rakyat (PR) jika mereka memerintah.    Dalam undang-undang PR ini, mana-mana rakyat yang tidak puas hati terhadap sesuatu perkara boleh berarak di mana saja, mengganggu sesiapa saja dan menceroboh mana-mana kawasan larangan bagi  menyatakan ketidakpuasan hati mereka.  Jika dihalang oleh pihak berkuasa, maka mereka berhak mengganas dan pihak berkuasa tidak boleh sama sekali mengambil tindakan terhadap mereka.    Selain itu, undang-undang baru ini juga membenarkan pihak pengamal undang-undang untuk menyembunyikan mana-mana bukti atau fakta yang tidak memberi keuntungan atau tidak menepati kepentingan mereka.  Hukuman juga boleh dijalankan dengan hanya mendengar dari sebelah pihak sahaja.    Kita telah pun menyaksikan undang-undang ini dipraktikkan oleh Majlis Peguam sendiri hari ini, serta dalam pemilihan parti PKR suatu ketika dahulu di mana membawa kepada pergaduhan besar dan memaksa beberapa pemimpin dan ahli keluar parti.    Mungkin Majlis Peguam perlu ‘merasa ubat mereka sendiri’ (a taste of their own medicine) sepertimana yang dilalui oleh Ambiga, bekas Presiden mereka serta Penganjur BERSIH 3.0 baru-baru ini.     Apabila Ambiga ‘disuapkan’ dengan Perhimpunan Aman oleh para peniaga di hadapan rumahnya, beliau tiba-tiba melenting dan meroyan marahkan para peserta.    Justeru, kita agak, mungkin Lim Chee Wee juga ingin sangat merasa ubat yang sama iaitu mengundang Perhimpunan Aman di hadapan rumahnya pula.  Lebih elok jika perhimpunan tersebut bertukar ganas dengan para peserta memprovok, mencabar, menghamun, mencacinya, dan kemudiannya melompat dan memusnahkan keretanya serta mencederakannya.    Dalam pada itu, pihak polis adalah dilarang sama sekali untuk masuk campur atau akan didakwa oleh Majlis Peguam sebagai ‘keganasan polis’.  Apa kata Lim Chee Wee? 

Sunday, May 13, 2012

Thorium Lynas tidak berbahaya

SAYA terpanggil untuk mengulas mengenai perkembangan yang berlaku berpunca daripada cadangan untuk membangunkan loji memproses nadir bumi, Lynas di Gebeng, Kuantan, Pahang.   Titik tolak kegelisahan ini adalah kewujudan thorium yang terdapat dalam bahan mentah yang akan diproses. Untuk pengetahuan pembaca, thorium juga terdapat dalam amang (tahi bijih timah). Di sini saya ingin menyatakan beberapa fakta yang dipersetujui oleh masyarakat sains sejagat.   Thorium secara semula jadi mempunyai satu isotop (Thorium 232) dan ia mempunyai separuh hayat 14 bilion tahun. Ia mereput dan menghasilkan zarah alfa dan zarah itu mempunyai tenaga empat MeV. Tiada keraguan tentang fakta-fakta tersebut. Di sini saya ingin menjelaskan apa yang dimaksudkan dalam pernyataan tersebut.   Separuh hayat selama 14 bilion tahun bererti separuh daripada thorium yang ada akan mereput dalam masa 14 bilion tahun. Separuh lagi masih utuh. Kalau Lynas dikatakan akan memproses 22,000 tan galian dan kandungan thorium adalah 10 peratus, mengikut anggaran Save Malaysia Stop Lynas (SMSL). Bermakna akan wujud 2,200 tan thorium. Separuh daripadanya (1,100 tan) akan mereput. Sekiranya reputan berlaku dalam 1 bilion tahun, purata reputan harian adalah tiga miligram (mg). Sekiranya reputan berlaku dalam 10 bilion tahun, purata reputan harian adalah 0.3 mg.   Kesimpulannya daripada 22,000 tan yang diproses, purata yang mereput adalah kurang daripada 0.3 mg sehari. Angka 0.3 mg adalah tiga gram dibahagi dengan 10,000. Adakah amaun ini boleh membunuh atau memusnahkan alam sekitar?   Fakta seterusnya, zarah alfa yang dipancarkan mempunyai tenaga sebanyak empat MeV. Zarah ini boleh merentasi udara sejauh 2.5 sentimeter atau satu inci. Ini bererti udara setebal satu inci sudah cukup menjadi perisai untuk melindungi kita dari thorium yang mereput. Thorium yang tidak mereput adalah tidak berbahaya.   Dalam air, sinaran alfa merentasi kurang daripada satu mikron. Angka ini merujuk kepada satu milimeter dibahagi dengan 1,000 dan ia terlalu nipis. Zarah alfa dari reputan thorium tidak akan dapat menembusi kulit kita (andaian bahawa kandungan badan manusia adalah 90 peratus air). Kalau sinaran itu tak sampai kepada kita dan jikalau sampai pun, ia tidak dapat menembusi kulit kita, jadi apa masalahnya?   Saya memohon kepada sesiapa yang menulis tentang keburukan thorium, tolonglah tulis berlatarbelakangkan fakta. Cerita mesti konsisten dengan fakta sains. Saya mengakui bahawa setiap pembaharuan mempunyai risiko. Saya bersedia untuk berganding bahu dengan SMSL memantau loji Lynas di Gebeng dan saya akan menjadi orang pertama untuk menyatakan kepada khalayak ramai sekiranya ada pelanggaran peraturan yang ditetapkan oleh piawaian antarabangsa. Akan tetapi saya tidak akan berdiam diri sekiranya rakyat Malaysia diperbodoh-bodohkan.   Satu fakta lagi yang perlu di nyatakan adalah thorium wujud dalam bentuk sebatian kimia thorium dioksida, thorium sulfat dan beberapa bentuk lain. Sebatian ini didapati tidak larut dalam air dan ketumpatannya adalah sekitar 10 kali ganda ketumpatan air. Mencampurkan sebatian ini dengan air adalah seperti mencampurkan besi dengan air. Besi terus mendap ke bawah. Air yang digunakan Lynas di Gebeng akan disimpan beberapa hari sebelum dilepaskan. Ini bermakna sebatian thorium akan mendap.   Saya ingin penjelasan daripada SMSL. Sains dan teknologi apa yang boleh menyebabkan perairan di Laut Cina Selatan menjadi seperti apa yang berlaku di Fukushima, Jepun? Bagaimanapun, saya mengakui 'habuk' daripada bijih atau galian dari Australia itu boleh membawa risiko. Garis panduan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) menekankan keselamatan semasa pengangkutan dan pemprosesan berlaku. Saya pasti Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) mengenakan syarat yang ketat dalam hal ini.   Dalam wacana ilmiah di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada 28 Mac 2011, Pengerusi AELB, Profesor Datuk Dr. Sukiman Sarmani menyatakan sekiranya Lynas melanggar mana-mana peraturan yang ditetapkan, AELB akan mengeluarkan perintah 'Hentikan Operasi'.   Harus diingatkan ketumpatan udara adalah lebih sedikit daripada ketumpatan gas nitrogen yang berat molekulnya 28 gram (gm) per mol. Berat molekul thorium dioksida adalah (232 + 32 >264) gm per mol. Berdasarkan angka 264 gm per mol berbanding 28 gram per mol sudah pasti habuk thorium dioksida tidak akan wujud lama sebagai habuk dalam udara. Lebih cepat penurunan kewujudan habuk thorium sekiranya hujan. Kajian mengenai kanser paru-paru harus dijalankan untuk mengetahui kesan thorium kepada kesihatan. Kajian darah yang dicemari oleh thorium juga harus dilakukan sebelum membuat sebarang tuduhan melulu.   Saya tertarik dengan langkah Himpunan Hijau yang berkunjung menemui Pesuruhjaya Tinggi Singapura pada Mac lalu. Di dalam memorandum yang diberi, mereka meminta kerajaan Singapura menyatakan kebimbangan terhadap Lynas. Himpunan Hijau juga menyatakan kebimbangan makanan laut dari Kuantan yang dihantar ke Singapura akan mengandungi unsur radioaktif. Ironinya, Perdana Menteri Singapura pernah berhasrat membina janakuasa nuklear berasaskan bahan api thorium iaitu 'Liquid Fluoride Thorium Reactor (LFTR)' dengan alasan ia tidak berbahaya dan efisien. Cadangan itu dimasukkan dalam pelan induk pembangunan tenaga republik itu. Cuba layari artikel "Thorium for Singapore" di www.thoriumsingapore.com.   SMSL mahukan zon penampan Lynas adalah 30 kilometer (km) daripada penempatan penduduk. Oleh kerana susah hendak mencari mana-mana kedudukan di republik itu yang jauhnya melebihi 30 km dari Malaysia, saya cabar mereka membuat demonstrasi di sepanjang Selat Tebrau, Johor bagi menyatakan pendirian membantah janakuasa nuklear tersebut.   Jadi, apakah pendirian Himpunan Hijau sekarang. Masihkah hendak menyembah pemimpin Singapura untuk menyelesaikan masalah thorium di Gebeng?   Loji Lynas adalah kilang kimia dan ia sangat kecil jika dibandingkan dengan janakuasa nuklear yang akan dibina oleh Singapura. Thorium dari Australia adalah 1,900 bahagian per sejuta (ppm) atau 0.19 peratus tulen. Nanti di Singapura, thorium yang diguna adalah 100 peratus tulen. Adakah Himpunan Hijau akan diam seribu bahasa?   Perbuatan mengadu kepada Pesuruhjaya Tinggi Singapura adalah paling melucukan. Saya ingin juga menarik perhatian kepada mereka yang menggunakan lampu minyak gas. Mentol yang digunakan menggunakan thorium. Saya ingin tahu apakah pendirian pertubuhan bukan kerajaan yang menyokong SMSL setelah mengetahui fakta ini. Lampu minyak gas inilah yang menerangi kota, desa dan pelbagai jenis kediaman lebih daripada satu abad. Thorium yang digunakan dalam mentol ini 99 peratus dan thorium di Gebeng nanti tak sampai satu peratus.   Di laman sesawang pihak Singapura itu kita akan mendapati kata-kata aluan "Welcome to the Future".   Adakah kita akan menolak hakikat ini hanya berdasarkan hujah harga hartanah di Kuantan akan merudum hingga tiada nilainya. Harga hartanah di Singapura adalah beratus atau beribu ganda lebih tinggi berbanding nilai hartanah di Kuantan.   Loji nuklear akan dibina di tengah bandar raya Singapura, sedangkan Lynas di Gebeng. Kalau menggunakan ukuran 30 km dari kediaman yang dituntut SMSL, mana Singapura nak cari tempat sedemikian.   Pandangan rakyat dan kerajaan Singapura nampaknya berbeza sekali dengan pihak pembangkang. Oleh itu, benarkah kita ini lebih maju dalam pengetahuan sains berbanding dengan mereka?    DR. A. RAHMAN OMAR ialah lulusan Doktor Falsafah (PhD) Fizik Nuklear daripada Kansas State University, Amerika Syarikat.

Bila Sinetron Hudud Akan Berakhir?

Naib Ketua Dewan Pemuda Pas, Dr. Raja Ahmad Al Hiss menegaskan bahawa kenyataan Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai perlaksanaan hudud sekiranya PR menang pilihanraya adalah tidak bercanggah dengan prinsip Pakatan Rakyat.     Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr. Harun Taib juga berpendapat yang sama dan menyarankan agar bantahan Karpal dipersetankan saja.    Karpal Singh sebelum ini menempelak Hadi Awang kerana membangkitkan kembali soal hudud yang dianggapnya sudah tamat, iaitu tidak akan dilaksanakan sama sekali apabila PAS bersetuju membuang Negara Islam dari perjuangan dan ditukar kepada Negara Kebajikan.    Karpal juga merujuk kepada kenyataan Hadi Awang baru-baru ini yang ingin membuang Islam sebagai agama rasmi negara dan sebaliknya akan menerapkan cara hidup Islam (Addin) kepada semua.   Karpal dengan itu menuntut agar PAS menghentikan semua cakap-cakap mengenai Islam terutamanya hudud. Kata Karpal, cakap-cakap mengenai Islam ini semakin mengelirukan pengundi, selain tidak bersandar kepada prinsip Pakatan Rakyat.    Kita bersetuju dengan Karpal bahawa PAS perlu membuat keputusan mengenai pendirian mereka terhadap hudud secara muktamad untuk kesekian kalinya.     Di awal penubuhan PAS, parti itu menjadikan hudud sebagai matlamat perjuangan yang paling tinggi.  Berpegang kepada matlamat ini, ramai ahli-ahli PAS menjadi fanatik dan menentang kerajaan yang dianggap mereka sebagai sekular, hatta kafir kerana tidak melaksanakan hudud.  Peristiwa Memali dan Sauk adalah antara tragedi berdarah yang berakar dari fahaman ekstrem yang dibawa PAS.   Tanpa mereka sedari, ‘hudud’ hanyalah sebuah drama untuk memancing sokongan umat Islam yang tercari-cari pegangan.  PAS tahu, orang Melayu mudah tersangkut dengan drama picisan murahan yang meleret-leret tanpa penghujung.  Dengan itu, PAS telah mempergunakan sepenuhnya sikap ini untuk terus membuai mereka dalam mimpi yang tidak berkesudahan.    Apabila menghidu peluang untuk ke Putrajaya dengan bekerjasama dengan Anwar Ibrahim, PAS secara tiba-tiba menjadi ‘lembut’ sedikit dan lebih terbuka berkenaan perlaksanaan hukum hudud.  Bagi membuktikan sikap terbuka mereka, Hadi Awang pun berkata:   “Hukum Hudud adalah satu aspek daripada 0.0001 daripada hukum Islam tetapi menjadi tanggungjawab kerajaan untuk melaksanakannya.” - (Hadi Awang / 07 Mac 2000 / Utusan Malaysia).  Jelas, dengan kedudukan hudud yang hanya sebahagian kecil dari keseluruhan Islam yang luas, maka ketaksuban PAS terhadap undang-undang itu sehingga sanggup mengkafirkan orang lain, adalah satu bentuk ektremisme yang dibuat-buat sekadar untuk meraih keuntungan politik melalui perpecahan ummah.    Dalam ertikata lain, PAS, terutamanya Hadi Awang sendiri hanya berlakon – kekadang beliau berlakon sebagai terbuka, dan kadang-kadang pula sebagai ekstrem, mengikut arus politik semasa dan mengikut kepala otaknya.    Namun, menyedari bahawa pendirian ini telah mengecewakan ramai ahli-ahli fanatik mereka, maka PAS pun terpaksa berdolak dalih mengenainya setiap kali ditanya.    Akhirnya, apabila lakonan mereka ternyata berjaya membantu mereka menang di Kedah dan mengekalkan Kelantan, PAS bersetuju menggugurkan terus prinsip Negara Islam yang termaktub dalamnya hukum hudud, semata-mata kerana tidak mahu melepas peluang merebut Putrajaya bersama dengan DAP dan PKR.  Maka berkatalah PAS lagi:    “Kita ada persetujuan, untuk peringkat ini kita tidak bincangkan soal Hudud. Misi kita yang utama ialah untuk menjatuhkan Barisan Nasional pada pilihanraya”. – (Nik Amar Nik Abdullah, Timbalan Pesuruh Jaya Pas kelantan merangkap Exco Kerajaan Pas Kelantan /           03 September 2010 / Utusan Malaysia)  Sangka PAS, prinsip terbuka mereka akan diterima baik oleh semua termasuk para penyokong mereka.   Tidak pernah terfikir oleh mereka bahawa keputusan tersebut telah memakan diri.  Akibat lakonan yang buruk dan tidak mantap, PAS kini dilihat sebagai alas kaki, kuda tunggangan ataupun anjing suruhan DAP yang tiada maruah dan tiada harga diri.    PAS dicemuh dan dihina kerana menggadaikan prinsip, yakni agama dan juga bangsa kerana politik.   Lebih buruk lagi apabila sikap terbuka PAS menjadi keterlaluan sehingga sanggup bekerjasama dengan Ambiga yang menyokong murtad dan LGBT, sedangkan mereka pernah berjihad menentangnya.      Melihat keadaan semakin parah, di mana penyokong semakin marah dan pengundi atas pagar memalingkan terus muka dari mereka, PAS sekali lagi cuba menyambung sinetron hudud yang sepatutnya sudah tamat.   PAS percaya inilah strategi yang paling tepat bagi menghadapi pilihanraya iaitu menunjukkan ketegasan menempelak kembali Karpal Singh yang berkeras menentang hudud.    Langsung PAS tidak dapat melihat bahawa tindakan ini hanya akan menambahkan rasa menyampah dan muak terhadap mereka.  Ini kerana, yang pasti, Karpal Singh tetap konsisten sejak dari dahulu sehingga kini beliau dan DAP tegar menentang hudud dan Negara Islam.  Yang jelas tidak konsisten, tiada pendirian dan tiada maruah hanyalah PAS.    Justeru, PAS perlu menerima hakikat bahawa sinetron hudud sudah tidak laku, apatah lagi dengan menggunakan pelakon dan skrip yang sama. 

Friday, May 11, 2012

PEMUDA UMNO KURANG SOPAN

Nampaknya Khairil Jamaludin ketua pemuda UMNO bekerja keras dalam membawa puluhan ribu pemuda UMNO di stadium Bukit Jalil. Banner besar di kiri kanan pentas stadium terpapar gamabar Khairil bersama sama gambar Datuk Najib. Bila nama Khairil disebut dalam ucapan Datuk Najib dan Mahyuddin Yassin maka bergema kuat sorakan para pemuda untuk Khairil. Sorakan untuk Tun Dr. Mahathir adalah yang paling kuat bergema bila nama tun disebut, dan gema sorakan Khairil jatuh ke nombor 2 selepas tun. Tapi sayang, Khairil juga telah membawa para para pemuda yang kurang sopan meniup trumpik horn sepanjang majlis berlangsung. Penonton di television mungkin kurang mendengar gangguan bising dari tiupan trumpik ini. Tapi bagi mereka yang berada di stadium akan terasa pekik bingitnya tiupan trompik ini. Malah semasa Datok Jamil Khir meminpin bacaan doa tiupan trompik ini masih tidak terhenti. Semasa ucapan timbalan presiden tiupan trumpik agak kuat sehingga para hadirin yg berada didalam stadium Bukit Jalil kurang mendengar ucapan beliau kerana gangguan peniup trompik. Mungkin juga Dato Najib menyindir para pemuda di awal ucapannya mengatakan beliau ketika menghampiri stadium ingat satu perlawanan bola sepak sedang berlangsung dalam stadium. Sebenarnya tiupan trompik horn hanya sesuai bagi perlawanan bola sepak dan bukanya majlis ulang tahun UMNO. Khairi.. tolong lihat pemuda pimpinan mu agar bersopan dan menghormati majlis.

Wednesday, May 9, 2012

Persoalan Sunnah

BEBERAPA orang berkunjung ke rumah saya pada suatu malam. Saya tertarik kepada mereka kerana kasih mereka kepada agama, minat mereka kepada isu-isu semasa dan pengetahuan mereka tentang sosio-agama begitu mendalam.Mereka bukan lepasan pondok atau madrasah, tetapi golongan profesional yang bijak pandai, peguam, doktor, jurutera, pegawai tadbir dan seorang daripadanya ahli perniagaan yang berjaya. Kunjungannya tidak dijemput, tetapi ziarah atas nama saudara sesama Islam. Waktu itu saya baru lepas sembahyang isyak.Tiba di penghujung perbualan, kira-kira hampir pukul 12 malam, ketika kami berjabat tangan hendak berpisah, salah seorang daripada mereka berkata dengan penuh hormat: “Saya ingin nasihat Datuk.”Nasihat! Saya buat-buat kehairanan. Silakan, agama itu sendiri adalah nasihat.Katanya: “Saya ingatkan diri saya dan diri kita semua supaya kita berpegang teguh kepada sunah rasul. Itu saja? Inilah yang pentingnya dalam hidup kita di dunia yang sementara ini.”Saya senyum saja. Tetapi kemudiannya tergambar dalam kepala saya hajat utama mereka mengunjungi rumah saya pada malam itu semata-mata bertujuan untuk mengajak saya supaya berpakaian dan berwatak dengan gaya seperti mereka, iaitu berjanggut, berjubah, berkupiah dan dalam poketnya ada kayu sugi.Saya yang dikenali mereka sebagai orang yang pernah belajar pondok, bekas murid sekolah Arab tahun 50-an dan kemudiannya memiliki ijazah dari Al-Azhar Mesir, tetapi hidup hariannya masih tidak selaras dengan sunah rasul, menurut pandangan mereka.Mereka yang tadinya sudah pun berada di pintu dan telahpun pakai selipar, masing-masing masuk semula ke ruang tamu atas permintaan saya untuk menyambung diskusi kami bagi sesi kedua.Ternyata mereka kasihan kepada saya yang pada anggapan mereka saya belum mengikut sunah. Saya juga simpati kepada mereka yang sayang kepada agama tetapi keliru dalam beragama. Perkara ini perlu diperbetulkan.Saya bertanya serius: Apakah saudara tahu erti sunah?Masing-masing berpaling antara satu sama lain, mengharapkan salah seorang daripada mereka dapat memberi jawapan.Saya bertanya begitu bukan kerana hendak mencabar mereka, tetapi kerana saya dapat menyelami maksud soalan itu. Antara lainnya mereka ingin mengajak saya supaya berkupiah, berserban, berjubah dan berjanggut seperti mereka.Dalam perbualan pada sesi pertama tadi ada di antara mereka yang berkata secara bergurau: Umur dah hampir 60-an masih tidak mahu simpan janggut lagi. Saya senyum saja.Mereka memuji pemimpin-pemimpin Pas sekarang ini yang rata-ratanya berjanggut dan berkupiah putih. Walaupun mereka bersamping melayu di majlis-majlis tertentu, tetapi di kepalanya kupiah putih, tidak songkok. Mereka bangga dengan murid-murid sekolah menengah agama kementerian pendidikan, katanya yang berkupiah putih semuanya.Katanya: Pemimpin-pemimpin UMNO yang masuk Pas dan sudah jadi pemimpin Pas semuanya sudah bertukar daripada songkok kepada kupiah. Hebat mereka.Mereka memuji Nik Aziz Nik Mat dan Hadi Awang yang tidak lekang dengan pakaian sunah rasul, tetapi tidak Fadzil Noor yang acap kali katanya ikat tali leher.Salah seorang daripada mereka berkata: Songsang nampaknya kalau Tok Guru bertali leher. Saya merasai semacam mereka menyindir saya.Saya terus memotong. Penjenayah-penjenayah yang dibawa ke mahkamah, perogol dan perompak pun akhir-akhir ini nampaknya berkupiah putih belaka. Hari-hari gambar mereka terpapar di dada akhbar.Tetapi pakaian seumpama itu adalah pakaian orang bertakwa, mencelah salah seorang daripada mereka.Apakah takwanya sekira pakaian seumpama itu dijadikan tiket untuk menutup jenayahnya?Saya menjelaskan bahawa orang beriman dan bertakwa tidak menggunakan pakaian sebagai wahana untuk menonjol kononnya dia lebih bertakwa daripada orang lain. Jika ada orang yang suka memperagakan pakaiannya, kemudian mendakwa pakaiannya itu adalah pakaian takwa bagi maksud untuk mencari keuntungan dan habuan keduniaan, sudah pasti orang yang berkenaan belum sampai kepada darjat orang bertakwa.Saya hormati orang berkupiah putih. Tetapi jika dalam majlis-majlis rasmi, biarlah lengkap dan sempurna dengan jubah dan sebagainya. Pakaiannya pula biarlah menjadi identiti diri. Jangan pula ketika jumpa orang kampung berkupiah lengkap, tetapi ketika berunding dengan menteri berpakaian cara Barat.Beberapa kali juga saya ulang pertanyaan apa erti sunah. Lama kemudian seorang daripadanya dengan ketar bibir menjawab: Semua kata-kata, semua perbuatan dan semua pengakuan daripada Rasulullah adalah semuanya sunah.Betul. Tapi apakah semua sunah itu wajib diikuti dan wajib dipatuhi. Jika tidak patuh, adakah berdosa?Ya! Mesti. Kerana itu sunah.Ertinya semua kata-kata dan semua perbuatan Rasul wajib diikut?Memang begitu. Jika tidak, berdosa dan neraka.Maaf! Jika demikianlah fahaman saudara tentang maksud sunah, maka saudara adalah ahli neraka.Mereka terkejut dengan kata-kata tegas saya itu. Suasana diam seketika. Saya kemudiannya memecahkan keadaan itu bagi tujuan penjelasan.Saudara tentu sudah kahwin. Apakah saudara kahwin dengan janda? Tentu sekali tidak. Saya tidak berfikir orang seperti saudara ini berkahwin dengan janda. Tetapi perkahwinan pertama Rasulullah adalah dengan isterinya Khadijah binti Khuwailid, seorang janda yang sudah berumur 40 tahun. Sedangkan baginda pada waktu itu baru berada di ambang 25 tahun.Jika semua perbuatan Rasulullah mesti diikuti maka semua lelaki hari ini berdosa, kerana mereka tidak kahwin janda dan janda itu pula mesti dua kali janda. Bagaimana mahu mendapatkan janda seumpama itu, kerana perempuan itu hanya menjadi janda apabila sudah bercerai dengan suaminya.Dalam sesi kedua ini saya terpaksa memberi penjelasan panjang tentang pengertian sunah dan pembahagiannya menurut ilmu hadis sehingga mereka dapat faham bahawa segala perbuatan Rasulullah berhubung dengan hal-hal peribadi dan perkara-perkara berhubung dengan budaya dan adat kebiasaan (urf) masyarakat setempat pada waktu-waktu tertentu tidaklah wajib diikut.Kita tidak wajib tanya dan selidik bagaimana pergaulan Rasulullah dengan isteri-isterinya, cara baginda makan sama ada dengan menggunakan lima jari atau tiga jari, cara baginda berpakaian dan sebagainya. Baginda adalah manusia biasa yang memerlukan kahwin, makan minum dan lain-lain keperluan yang dihajati oleh fitrah manusia.Saya menghormati orang berjanggut, berserban dan berjubah yang ikhlas dengan pakaiannya, tetapi tidak wajar menuduh orang lain yang tidak berpakaian sepertinya sebagai antisunah.Saudara-saudara terus-menerus membersihkan mulut dan gigi dengan kayu sugi, teruskanlah. Tetapi saya lebih selesa membersihkan gigi saya dengan berus gigi dan Colgate. Apakah saya dianggap menentang sunah?Saudara-saudara bangsa Melayu, tetapi berpakaian seperti penduduk di padang pasir, tidak ada salahnya. Tetapi saya amat selesa dengan pakaian yang lazim dipakai oleh orang Melayu. Apakah saya akan dituduh sebagai memusuhi sunah?Perkara penting dalam berpakaian ialah selesa dan indah dipandang dengan mengambil kira cuaca dan udara setempat serta juga sempadan aurat yang telah ditentukan.Islam menghendaki umatnya kuat dan kelihatan kuat, segak dan tampan, bersih dan suci, tidak lemah, moyok dan selekeh, tidak kotor dan jijik.Segala pakaian dan perhiasan biarlah menampakkan ciri-ciri yang dimaksudkan. Itulah sunah rasul yang sebenar.Oleh Dato’ Dusuki Haji Ahmad ialah Pengerusi Amanah Raya Berhad

Tuesday, May 8, 2012

Peguam Loyar Buruk

Bersih 3.0: Ranjit Mahukan Kebenaran Dari Majlis Peguam   PETALING JAYA: Salah seorang daripada ahli Majlis Peguam (Bar Council) telah muncul di YouTube dan meminta agar Majlis Peguam memberi sebab terhadap segala keganasan yang berlaku ketika perhimpunan Bersih 3.0 didalam laporan mereka. Dalam video selama tujuh minit tersebut yang dimuatnaik pada tiga hari yang lalu, peguam, Ranjit Singh Dhillon berkata bahawa Pengerusi badan tersebut, Lim Chee Wee telah 'termakan senjata sendiri' melalui kenyataan bercanggah yang dibuat terhadap provokasi kepada pihak polis yang dilakukan oleh peserta-peserta. "Dia (Lim) adalah seorang ketua terhadap sebuah badan professional dan didalam laporan dsebanyak 26 mukasurat tersebut, segala apa yang ditulis adalah bercanggah. "Undang-undang adalah sesuatu yang khusus. Kita sepatutnya berkhidmat untuk rakyat. Laporkan apa yang sebenarnya berlaku dan serahkan kepada rakyat untuk menilai," kata Ranjit terhadap laporan tersebut. Beliau berkata bahawa pada peringkat awal laporan tersebut, Majlis Peguam menyatakan bahawa tiada provokasi dilakukan terhadap pihak polis pada awalnya. Provokasi hanya dilakukan di saat-saat akhir perhimpunan. Ranjit menyatakan bahawa beliau agak terkejut apabila Lim tidak menyatakan apa-apa terhadap apa yang menyebabkan berlakunya keganasan di Dataran Merdeka ketika perhimpunan tersebut, dan dengan dakwaan yang mengatakan bahawa walaupun setelah penghadang polis dimusnahkan, pihak polis tidak berganjak sehingga peserta masuk sejauh 50 meter dari penghadang tersebut. Laporan tersebut adalah berdasarkan pemerhatian 78 sukarelawan dari majlis tersebut dan mereka memerhatikan perhimpunan tersebut dari enam penjuru. Mereka memfokuskan bahawa keganasan pihak polis adalah lebih teruk berbanding dengan tindakan mereka pada perhimpunan yang sebelumnya, Bersih 2.0. Ranjit berkata, kebebasan untuk berhimpun di negara-negara demokrasi perlu ada batas dan syarat-syarat tertentu. Apabila membandingkan kedua-dua perhimpunan, beliau berkata bahawa peserta Bersih 2.0 merempuh masuk ke Dataran Merdeka walaupun kawasan tersebut tidak meluluskan permit mereka untuk berhimpun di kawasan tersebut. Bagaimanapun, penganjur Bersih 3.0 masih mahukan Dataran Merdeka walaupun pihak berkuasa telah menawarkan Stadium Merdeka kepada mereka. Beliau bersetuju bahawa perhimpunan Bersih adalah satu perhimpunan antara NGO-NGO, tetapi, beliau berkata bahawa perhimpunan seperti itu akan sering disertai oleh pemimpin-pemimpin politik yang mahu berkerjasama dengan pihak penganjur.

Siapa Nik Aziz Berbanding Ahli Jawatankuasa Majlis Fatwa?

Berikut adalah kenyataan Nik Aziz tentang fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai BERSIH, “…apabila dikaitkan dengan himpunan BERSIH 3.0 yang dikatakan menimbulkan huru-hara, saya berpandangan bahawa kenyataan tersebut dikeluarkan dengan hanya menggunakan sebelah mata.”     Nik Aziz juga menuduh Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan sebagai tidak tahu menahu mengenai tuntutan BERSIH, tidak mendengar penjelasan ke dua belah pihak serta bersifat berat sebelah.      Bahasa mudahnya ialah, bagi Nik Aziz, jika sesuatu keputusan itu tidak memberi keuntungan kepada PAS, maka secara automatik ia adalah tidak adil atau berat sebelah atau pembuat keputusan adalah orang yang jahil atau jahat.    Dalam erti kata lain, garapan pendapat 24 orang Ulama termasuk 14 Mufti adalah tidak setanding dengan pandangan seorang Ulama PAS, sekiranya ia tidak mengambil kira kepentingan parti PAS.     Justeru, kita ingin bertanya Nik Aziz, atas dasar apa beliau menuduh ahli-ahli jawatankuasa majlis fatwa sebagai berat sebelah atau tidak tahu butiran terperinci mengenai BERSIH?    Adalah tidak masuk akal bagi jawatankuasa tersebut untuk membuat fatwa tentang perkara yang menjadi permasalahan, tanpa terlebih dahulu mengkaji kesemua aspek mengenainya.  Pastinya, jawatankuasa ini telah mengambil masa meneliti, merujuk, membincangkan, menganalisa, dan memikirkan sedalam-dalamnya mengenai perkara tersebut sebelum mengeluarkan fatwa.    Mereka bukannya budak-budak hingusan atau orang-orang yang tiada kelayakan, untuk mengeluarkan fatwa mengikut sesuka hati dengan hanya mendengar sebelah pihak.  Mereka cukup arif akan tanggungjawab dan amanah besar ke atas mereka agar memastikan fatwa yang dikeluarkan tidak sama sekali dipengaruhi emosi atau sentimen politik semasa.    Ahli jawatankuasa tersebut juga bukan terdiri dari satu dua orang tetapi 24 orang kesemuanya yang kelulusan mereka adalah jauh lebih tinggi dari Nik Aziz sendiri.   Maka adalah tidak wajar bagi Nik Aziz untuk menyamakan ahli jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan dengan Ulama-ulama PAS yang begitu mudah mengeluarkan fatwa sesuka hati mengikut emosi dan kepentingan parti.   Sedangkan, tidak semua Ulama di Malaysia ini gila politik seperti Ulama PAS dan tidak semua orang dungu seperti pengikut-pengikut PAS.    Nik Aziz harus sedar bahawa di luar ‘dunia PAS’ yang sempit itu, manusia masih boleh bertindak secara rasional dan professional tanpa mengaitkan segala-galanya dengan politik.  Hanya di dalam dunia PAS sahaja di mana manusia melakukan segala-galanya atas nama politik dan juga nafsu kerana di dalam dunia PAS, akal adalah tidak perlu sama sekali.    Oleh itu, janganlah Nik Aziz menganggap Ulama-ulama lain juga sepertinya.   Ulama lain, seperti mereka yang menjadi ahli jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan tidak perlu mengubah atau memanipulasi hukum hakam dalam Islam demi kepentingan sesiapa.  Mereka bekerja kerana Allah S.W.T bukan kerana ingin ke Putrajaya.  Dan Nik Aziz tiada hak mahupun kredibiliti untuk mempertikai cara mereka bekerja dan mengeluarkan fatwa.     Nik Aziz sebenarnya yang patut belajar mengkaji bukan sahaja mengenai BERSIH dan tuntutannya tetapi juga mengenai agama Islam itu sendiri.  Kita bimbang kalau-kalau Nik Aziz terlepas pandang akan peringatan Allah S.W.T mengenai Ulama jahat di akhir zaman yang amat menepati sifat dirinya.  

Irene Fernandez Dan Mentaliti Pendatang

Kita tidak tahu apa motif Irene Fernandez, Pengarah Eksekutif Tenaganita, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), memburuk-burukkan negara sendiri di dalam temubual dengan akhbar Indonesia.  Tajuk temubual tersebut iaitu, “Malaysia Not Safe For Indonesian Migrant Workers’ yang merupakan lanjutan kepada kes tiga rakyat Indonesia yang disyaki penjenayah ditembak mati oleh PDRM pada Mac lalu, sudah cukup untuk menyatakan segala-galanya.   Dakwaan Irene jelas berupa ‘sembrono’ iaitu tanpa berasaskan fakta dan angka, tetapi hanya berasaskan sifat khianat terhadap negara sendiri.   Katanya, wanita asing yang ke Malaysia berisiko menjadi objek eksploitasi, penderaan fizikal dan keganasan seksual oleh majikan yang kemudiannya membayar rasuah kepada polis dan kerajaan agar tidak dikenakan tindakan.  Kerajaan Malaysia pula dikatakannya mengamalkan diskriminasi dengan mengecualikan sektor buruh dan pembantu rumah daripada pengenalan upah gaji minimum.   Pendek kata, Irene cuba sedaya upaya menggambarkan Malaysia sebagai negara yang tidak selamat dengan rakyat yang kejam, polis yang korup dan kerajaan yang zalim.   Dia kemudiannya menggesa agar pemerintah Indonesia tidak menyambung usaha menghantar pekerja ke Malaysia.   Ramai yang menggeleng-gelengkan kepala membaca kenyataan Irene, bukan sahaja di kalangan rakyat Malaysia tetapi rakyat Indonesia juga.   Kita hairan melihat betapa Irene langsung tidak punya semangat patriotik terhadap negaranya sehingga sanggup memfitnah dan memburukkan segala-galanya mengenai negara sendiri.    Bukan sukar untuk menangkis fitnah Irene, malah Menteri Luar Indonesia, Marty Natalegawa sendiri menegaskan bahawa pihak berkuasa Malaysia tidak melanggar undang-undang malah langsung tidak mencuri organ ketiga-tiga rakyat Indonesia yang ditembak akibat disyaki penjenayah tersebut.   Pemangku Presiden Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing Malaysia (Papa) juga menyangkal dakwaan Irene dengan menyatakan bahawa Malaysia adalah lubuk emas kepada warga Indonesia dan buktinya, pada hari ini, terdapat 200,000 pembantu rumah warga itu di negara ini.   Itu belum lagi dicampur dengan pendatang tanpa izin.   Ini kerana mereka sendiri tahu bahawa kes penderaan yang melibatkan warga tersebut di negara ini adalah kes terpencil dan sangat kecil.   Kerana itu, saban tahun terdapat beribu-ribu rakyat Indonesia yang sanggup bergadai nyawa hanya untuk datang ke Malaysia.   Jika Malaysia seburuk yang digambarkan Irene, kenapakah Malaysia masih lagi menjadi destinasi utama bagi rakyat Indonesia mencari rezeki?  Apakah rakan-rakan dan sanak-saudara mereka yang pernah ke sini tidak memberi amaran kepada mereka agar tidak ke mari?  Kenapakah warga mereka yang berada di sini, majoritinya enggan pulang kembali ke sana malah bercita-cita untuk mengangkut kesemua sanak saudara mereka ke sini?  Justeru, di manakah rasionalnya dakwaan Irene?  Sukar untuk kita membincangkan motif Irene dalam hal ini, tetapi jika kita tidak tahu siapa dirinya, mungkin kita akan menyangka yang beliau adalah bekas pembantu rumah yang pernah melalui pengalaman didera secara seksual, fizikal serta menjadi mangsa penipuan majikan yang tidak bertanggungjawab.   Hanya itulah saja penjelasan yang logik tentang kenapa beliau menyimpan dendam yang membara sehingga tidak mampu lagi melihat fakta dan angka.   Sama ada ini benar, atau Irene hanyalah salah seorang dari segelintir rakyat Malaysia yang bermentaliti pendatang iaitu yang tidak langsung mempunyai taat setia dan cinta kepada negara ini.   Selalunya yang bermentaliti pendatang ini adalah kaum Cina yang tidak dapat memisahkan diri dari akar umbi negara asal nenek moyang mereka.  Namun, akhir-akhir ini muncul golongan liberal India dan juga Melayu yang juga mempunyai mentaliti yang sama walaupun tidak berakar umbi dari negara asal mana-mana.   Bagi yang bermentaliti pendatang, sudah menjadi pegangan mereka bahawa segala-galanya tentang Malaysia adalah buruk, walaupun pada hakikatnya mereka tergolong dalam golongan yang senang lenang atau mewah.   Mereka sering melaung-laungkan yang diri mereka ditindas walaupun di masa yang sama mendabik dada penuh bongkak kerana menjadi golongan penyumbang terbesar kepada cukai negara.   Bagaimana minda mereka menjustifikasi konsistensi antara orang yang tertindas tetapi kaya dan bongkak, tidaklah dapat dipastikan.  Yang pasti, bagi Irene Fernandez dan mereka-mereka yang sewaktu dengannya iaitu yang bermentaliti pendatang, Malaysia adalah neraka.    Malang bagi Malaysia kerana hari ini, manusia seperti Irene mendapat lebih kekuatan untuk terus mengkhianati negara ini akibat terdapatnya sokongan dan bantuan yang tidak berbelah bagi dari parti politik pembangkang kita.  Kini, Irene, Anwar Ibrahim, Ambiga, Nurul Izzah, Lim Guan Eng, Lim Kit Siang semuanya berdendang bersama lagu ‘Malaysia Neraka Dunia’.   Malah, mereka juga tidak jemu-jemu berusaha untuk menjadikan Malaysia neraka yang sebenar dengan mengsabotaj ekonomi melalui rusuhan jalanan selain usaha berterusan memburukkan imej dan nama negara di serata dunia seperti yang dilakukan Irene.   Apa yang orang luar tidak tahu ialah Malaysia adalah satu-satunya neraka dunia di mana mereka yang ‘tertindas’ ini boleh bermaharajalela mengutuk dan menghentam kerajaan sesuka hati, menunjuk angkuh serta menghina penduduk asal sambil bersantai minum petang di hotel lima bintang setelah habis membeli belah di Harrods, London atau Emporio Armani, Paris kalau pun tidak di Isetan, KLCC, sebelum pulang berehat di rumah agam mereka masing-masing.    Mungkin juga mengikut kepercayaan golongan bermentaliti pendatang ini, inilah kehidupan di neraka yang sebenar.  Dan kerana itu mereka berusaha melakukan penipuan, menyebar fitnah, pengkhianatan dan kerosakan di muka bumi semata-mata kerana ingin sangat ke neraka bila mati nanti.

Kawalan ketenteraman oleh Unit Amal PAS...

Monday, May 7, 2012

Pas hina Ulama

Apabila Ulama memfatwakan agar jangan berpolitik di dalam Masjid, PAS menentangnya dengan mengambil beberapa ayat Al-Quran yang menyatakan tiada salahnya berpolitik di dalam masjid.  Apa yang PAS enggan bincangkan dengan terperinci ialah politik yang dibawa oleh PAS di masjid bukanlah politik sihat tetapi politik yang membawa kepada pecah belah, benci-membenci dan kata-mengata yang mana amat dimurkai oleh Allah S.W.T.   Apabila Mufti Perak memfatwakan bahawa tarian poco-poco adalah haram kerana mempunyai elemen Kristian, PAS menempelak konon perkara itu perkara kecil dan tidak wajar diperbesar-besarkan.   Bagi PAS, taraf ulama dan agama Islam itu sendiri hanyalah milik mereka dan sesiapa sahaja yang bertentangan pendapat dengan mereka, tidak kira bertaraf Ulama atau tidak, adalah jahil dan tidak Islam belaka.   Oleh itu, tugas memfatwakan sesuatu hanya boleh dilakukan oleh mereka dan mereka boleh menolak dan menerima mana-mana fatwa orang lain mengikut hati dan mengikut suasana politik semasa.       Fatwa yang dikeluarkan oleh Ulama PAS bagaimanapun, jauh lebih menyimpang dari ajaran Islam.  Antaranya, ialah ‘Undi PAS Masuk Syurga’, ‘Undi UMNO jadi kafir’ dan bermacam-macam lagi.  Namun, semua penyokong-penyokong PAS memegang fatwa-fatwa sesat ini tanpa banyak soal.   Dan hari ini, apabila Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan memfatwakan bahawa demonstrasi jalanan yang berniat tidak baik dan melanggar undang-undang adalah haram maka PAS sekali lagi bangun memperlekehkan semua Ulama yang terlibat memutuskan fatwa tersebut.     Semata-mata kerana ingin sangat membela tindakan ganas peserta BERSIH 3.0, Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS yang video seksnya bakal disebarkan, mengikut sumber-sumber tertentu, menuduh bahawa  ke semua 24 ahli jawatankuasa termasuk 14 mufti dalam Majlis Fatwa sebagai tidak faham apa-apa mengenai BERSIH.  Kata-kata Mustafa Ali itu dilihat sebagai menghina para ulama ini seolah-olah mereka hanya budak-budak hingusan yang tidak tahu apa-apa mengenai isu dunia, isu politik semasa mahupun agama.   Sebenarnya, semua orang faham apa itu BERSIH 3.0, yang tidak faham hanyalah para peserta demonstrasi itu sendiri.  Jika mereka faham, mereka tidak akan sanggup turun berdemonstrasi.   Mustafa Ali tidak mungkin boleh menafikan bahawa BERSIH mempunyai niat tidak baik dan melanggar undang-undang.  Ini kerana amat jelas sekali dalam laungan “Tumbangkan Kerajaan!” “Jatuh BN!” dan “Mampus PM!” oleh peserta demonstrasi, bahawa mereka sememangnya mempunyai niat tidak baik iaitu ingin menggulingkan kerajaan yang sah.    Mereka juga jelas melanggar undang-undang dan menipu sejak dari mula lagi iaitu dengan menolak tawaran untuk berdemonstrasi di dalam stadium tetapi sebaliknya berarak serta merusuh di sekitar Kuala Lumpur sedangkan janji mereka pada mulanya hanyalah untuk “Duduk Bantah”.     Dan apabila mereka mengganas dan memukul pihak berkuasa, itulah kemuncak ‘haramnya’ BERSIH 3.0 di sisi Islam.   Justeru, kita ingin bertanya, apa yang Mustafa Ali tidak faham mengenai Islam sebagai agama yang aman?  Apa yang PAS tidak faham mengenai dosa melakukan kerosakan di muka bumi?  Dan apa yang Mustafa Ali dan PAS tidak faham mengenai haram menentang pemerintah?   PAS sering merujuk kepada pemerintah, iaitu kerajaan, sebagai zalim, namun memetik soalan seorang Pak Cik kepada seorang peserta BERSIH yang lari dari ditangkap polis dan bersembunyi di dalam LRT pada 28 April lalu, “jika kerajaan begitu zalim, berapa ramaikah rakyat yang telah dibunuh oleh kerajaan tanpa sebab?”   Untuk pengetahuan semua, peserta BERSIH tersebut tidak mampu menjawab dan turun tersipu-sipu apabila semua penumpang dalam LRT berkenaan memberi sokongan kepada Pak Cik itu.   Oleh itu, bahawa adalah berdosa bagi umat Islam menafikan nikmat di depan mata.  Adalah berdosa memfitnah kehidupan sendiri yang aman damai dan senang lenang, sebagai susah, derita, tertindas dan teraniaya.   PAS sudah terlalu amat keterlaluan dalam mempermainkan fatwa dan agama Islam.   Kita yakin, Mustafa Ali sendiri cukup maklum betapa jauh terpesongnya PAS hari ini.  Tetapi seperti juga pemimpin-pemimpin PAS yang lain, beliau tetap tegar mempertahankan PAS mungkin kerana inginkan jaminan syurga seperti yang difatwakan oleh Nik Aziz.  Fatwa Undi PAS Masuk Syurga pasti amat tinggi nilainya bagi Mustafa Ali terutamanya jika skandal video seksnya benar-benar wujud dan bakal disebarkan tidak lama lagi.

Apa kata The Econmist

The Economist anggap reputasi Najib tidak rosak akibat Bersih 3.0  PERHIMPUNAN Bersih telah dengan cepat meletakkan kedudukannya sebagai sesuatu yang ritual dalam kalendar politik Malaysia.  Skripnya adalah seperti ini: beribu-ribu penunjuk perasaan mengumumkan mereka akan berarak di Kuala Lumpur untuk menuntut reformasi sistem pilihan raya; kerajaan yang gelabah dan pemimpin protes menghabiskan masa berhari-hari bagi tawar-menawar tempat yang lebih sesuai.  Protes diteruskan dengan mengingkari arahan polis; keganasan terjadi, beratus-ratus orang ditangkap; kerajaan mengeluarkan beberapa permohonan maaf; semua orang balik ke rumah.  Cuma yang berbeza adalah kesan politiknya. Tahun lepas, ia adalah besar - tahun ini barangkali sangat kecil.  Bersih bermaksud 'bersih' dalam bahasa Melayu dan pergerakan Bersih terdiri daripada gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan organisasi hak sivil yang mahu sistem pilihan raya dibersihkan bagi membolehkan semua parti mendapat peluang yang saksama untuk memenangi pilihan raya.  Pada masa ini ramai mendakwa sistem pilihan raya telah dimanipulasi dengan banyaknya supaya memihak kepada parti pemerintah, Barisan Nasional (BN) yang telah berkuasa secara berterusan sejak negara ini mencapai kemerdekaan daripada Britain bermula pada 1957.  Oleh itu, Bersih tidak dapat dipisahkan daripada matlamat perjuangan pembangkang, yang diketuai oleh Anwar Ibrahim.  Perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April pastinya telah menarik lebih ramai orang berbanding perhimpunan tahun lepas, mungkin seramai 80,000 orang (walaupun polis meletakkan angka separuh daripada jumlah itu).  Dalam keadaan hampir pasti pilihan raya umum akan diadakan pada bulan-bulan akan datang, minat yang tinggi tidaklah mengejutkan.  Tetapi jika dibuat perbandingan, perhimpunan tahun lalu yang bilangan penunjuk perasaan adalah kecil, lebih mencapai kesan politik yang hebat.  Pada masa itu, kerajaan Najib Tun Razak tidak mengendalikan keseluruhan situasi dengan baik.  Beribu-ribu polis antirusuhan telah dirakam oleh kamera video dan telefon pintar memukul penunjuk perasaan yang tidak bersenjata untuk menyuraikan mereka.  Meriam air telah ditembak ke hospital dan lebih daripada 1,600 orang telah ditangkap. Penggunaan keganasan itu sangat memalukan kerajaan, sekali gus mengesahkan gambaran dalam fikiran ramai orang bahawa Perdana Menteri sememangnya menindas bagi kalangan nasionalisme Melayu dan bukannya seorang liberal reformasi seperti yang beliau dakwa.  Akibat disengat oleh kritikan meluas di media antarabangsa, kerajaan Najib terpaksa memohon maaf terhadap banyak tingkah lakunya.  Kemudiannya, ia memansuhkan banyak undang-undang lapuk dan menindas bagi memenangi semula pengiktirafan reformasinya.  Satu jawatankuasa Parlimen juga telah ditubuhkan untuk mengkaji cadangan bagi reformasi sistem pilihan raya. Ini semua, kemenangan jelas kepada Bersih.  Tahun ini adalah lebih kepada skor seri. Sudah tentu, pada akhir perhimpunan tersebut terdapat satu lagi letusan keganasan dan polis sekali lagi dilihat menggunakan meriam air dan gas pemedih mata terhadap penunjuk perasaan.  Mereka menangkap lebih daripada 400 orang daripada peserta perhimpunan. Sekali lagi terdapat laporan kekejaman polis dan sekali lagi Perdana Menteri perlu membuat penjelasan.  Kali ini Najib merasakan terpaksa memohon maaf secara peribadi kepada seorang wartawan tempatan yang telah dipukul oleh polis (dia adalah salah seorang daripada beberapa orang yang dipukul).  Sekali lagi, adegan buruk ini tidak dapat memperkukuhkan dakwaan Najib untuk menjadi pemimpin berfikiran reformasi yang berbeza.  Bagaimanapun, pada tahun ini terdapat masalah di sebelah Bersih juga. Beberapa penunjuk perasaan telah menyerang dan menterbalikkan sebuah kereta polis dan kira-kira 20 pegawai polis cedera.  Kejadian ini sudah tentu digunakan oleh kerajaan dan membolehkan Najib mendakwa "pihak polis menjadi mangsa. Mereka menjadi sasaran dan telah dipukul."  Pemimpin Bersih, Ambiga Sreenevasan, mengakui bahawa sesetengah orang akan berfikir bahawa "matlamat perhimpunan tersebut telah tersasar" kerana kelakuan tidak terkawal beberapa penunjuk perasaan.  Keganasan yang berlaku mungkin sedikit telah mencemarkan pergerakan yang lebih luas untuk pembaharuan demokratik. Dan Anwar juga perlu menjelaskan perbuatannya.  Dia dirakam kamera video berada berhampiran sekatan polis sedang bercakap dengan salah seorang rakannya; pengkritik mendakwa bahawa dia telah menghasut penyokong untuk mengetepikan halangan. Anwar sendiri berkata ini adalah karut.  Bagaimanapun, adalah jelas bahawa Bersih tidak akan dapat menguasai asas moral yang tinggi - seperti yang mereka lakukan pada tahun lepas.  Kempen untuk reformasi sistem pilihan raya akan berterusan, tetapi Najib muncul daripada pergaduhan tahun ini dengan pengiktirafan reformis beliau yang terus utuh, yang tidak tersangat buruk untuk diguna pakai.  Petikan: Utusan Malaysia

BERSIH 3.0: Laporan Media Barat Tidak Membantu Anwar

Menurut media pro-kerajaan, BERSIH 3.0 telah gagal dengan teruk sekali.     Tetapi menurut Ambiga, Anwar dan pembangkang Malaysia keseluruhannya, BERSIH 3.0 telah berjaya mencapai matlamat.  Alasan pembangkang menyatakan ia berjaya adalah berdasarkan jumlah peserta yang dikatakan mencapai 300,000 di seluruh negara.     Namun, kebenarannya ialah bahang BERSIH 3.0 hanya dirasakan dalam jarak 10km radius dari Dataran Merdeka.   Jauh sedikit dari itu, orang ramai menjalankan kehidupan mereka seperti tiada apa-apa berlaku.  Jika ditanya mengenai BERSIH pula, mereka rata-ratanya akan mencemuh dan tersenyum sinis.   Ramai bersetuju bahawa hanya orang-orang yang benar-benar buta tuli atau bodoh sahaja yang akan turun berdemonstrasi dalam usaha untuk menghuru-harakan negara yang aman damai.     Jika tidak kerana ramai yang meluahkan rasa menyampah terhadap BERSIH 3.0 di dalam laman-laman sosial, maka tidak keterlaluan dikatakan bahawa penganjur BERSIH 3.0 bersama dengan 25,000 jumlah peserta yang turun pada 28 April tersebut, hanyalah syok sendiri.     Justeru, kita tidak tahu atas dasar apakah pihak penganjur merujuk kepada BERSIH 3.0 sebagai berjaya.   Malah, lebih teruk, rakan-rakan Anwar Ibrahim, iaitu media-media barat yang dijemputnya juga tidak mampu membantunya menipu untuk menyatakan BERSIH 3.0 yang gagal itu, sebagai berjaya.   Majalah The Economis menulis bahawa ‘bintang’ Anwar semakin pudar setelah peranannya sebagai pencetus keganasan dalam BERSIH 3.0 dipersoal.   Majalah itu juga menyatakan bahawa Anwar perlu membuat penjelasan mengenai isyarat tangannya yang diterjemah sebagai arahan untuk merempuh halangan polis.  Malah dalam sidang media PKR kemudiannya, Anwar juga dituduh sebagai membahayakan nyawa peserta sekali gus memperjudikan matlamat BERSIH.    Lalu, The Economist juga mempersoalkan apakah seorang yang sanggup mengambil-alih sebuah perhimpunan aman untuk ditukar menjadi perhimpunan ganas wajar diangkat menjadi pemimpin kepada 28 juta rakyat?   Artikel negatif mengenai Anwar yang disiarkan oleh media barat bolehlah dianggap sebagai luar-biasa kerana selama ini majoriti mereka termasuk Jurusalem Post juga sering memuji-mujinya hatta menobatkannya sebagai satu-satunya pemimpin Islam yang layak memimpin bukan saja Malaysia, tetapi Asia Tenggara.   Pastinya, kegagalan BERSIH 3.0 adalah terlalu ketara dan tidak dapat dimanipulasi lagi sehingga menyebabkan media barat juga terpaksa mengakuinya.   Atas hakikat ini, maka laungan pemimpin-pemimpin pembangkang yang tegar menyatakan ia  berjaya bolehlah dianggap sebagai menipu diri sendiri dan penyokong mereka.   Kita tahu, mereka malu dan sebagai politikus yang ego, takbur dan riak belaka, mereka tidak mampu menerima kekalahan dengan baik.  Kerana itu, mereka melaungkan BERSIH 4.0 sekadar untuk menutup malu.   Pokoknya di sini, para pemimpin pembangkang langsung tidak kisah merisikokan nyawa dan nasib penyokong mereka sekali lagi dan mungkin berkali-kali lagi selepas ini.  Dan semua ini dilakukan semata-mata untuk menutup malu!  Kita tidak tahu berapa ramai pula peserta yang sanggup suka-suka menghulurkan tubuh badannya untuk cedera dan menggadaikan masa depan serta menyusahkan keluarga dalam BERSIH 4.0 jika benar ia bakal diadakan.  Sedangkan pada hakikatnya mereka sedang menikmati hidup senang lenang dan aman tenteram tanpa apa-apa ancaman.