Thursday, March 21, 2013

Rakyat Perlu Tolak Manifesto Pembangkang, Kerana Ia Bukan JANJI!!!



Keghairahan pakatan pembangkang untuk membentangkan manifestonya dengan lebih awal, akhirnya memakan diri, ini kerana apabila dikaji satu persatu banyak kepincangan yang dapat dilihat kerana TERBUKTI ia dilakukan dengan secara tergesa-gesa.

Pada peringkat awalnya mereka merasakan ia merupakan satu strategi politik untuk memberikan tekanan kepada Barisan Nasional (BN), disamping untuk mengunakan isu “BN TIRU” terhadap kredibiliti kerajaan, andai wujud persamaan tawaran yang bakal ditawarkan kelak.

Akhirnya pada ketika ini, beban yang ingin diletakkan kepada kerajaan mula dirasai oleh pimpinan pakatan pembangkang khususnya Anwar Ibrahim yang merasakan strategi tersebut akhirnya telah memakan tuan. Nampaknya tekanan yang cuba diberikan dilihat, langsung tidak terkesan kepada parti pemerintah yang pada ketika ini sedang memberikan tumpuan khusus terhadap isu pencerobohan di Sabah.

Tambahan pula, kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak merasakan perlu menunaikan amanah dan tanggungjawab yang diberikan rakyat khususnya masyarakat di Sabah terlebih dahulu. Tambahan pula tragedi tersebut melibatkan masalah kedaulatan dan maruah negara yang perlu dipandang serius.

Berbalik kepada manifesto pembangkang, hasil penelitian yang dilakukan cadangan mereka yang menawarkan ‘bulan dan bintang’ itu akan menyebabkan kerajaan kehilangan hasil pendapatan kira-kira RM393.7 juta yang melibatkan 207,207 pembayar cukai.

Tambahan pula, pendekatan mereka untuk mengurangkan beban cukai dan di masa yang sama memberikan bantuan tambahan, dilihat hanya bersifat populis. Ini kerana semua yang ditawarkan itu bukanlah satu janji yang dapat menjamin kesejahteraan dan kebajikan rakyat, sebaliknya semata-mata merupakan satu helah untuk meraih populariti di kalangan pengundi,

Ini kerana semua cadangan yang dibentangkan itu tidak mungkin akan dapat dilaksanakan kerana bakal menyebabkan negara menghadapi masalah pengaliran tunai. Lebih parah, cadangan ‘Manifesto Bukan Janji’ yang dibentangkan itu boleh menyebabkan negara berdepan dengan krisis kedudukan kewangan andai ia dilaksanakan.

Inilah hasil yang diterima, apabila melakukan kerja dalam keadaan yang tergopoh-gapah. Maka setelah menerima cadangan dari para penasihat ekonomi mereka, Anwar yang juga merupakan Penasihat Ekonomi Selangor sekali lagi terpaksa menguna-pakai pendekatan tawaran ‘kad kredit’ kepada rakyat sebagai jalan keluar.

Apa yang malangnya, ‘kad kredit’ yang ditawarkan hanya akan berfungsi apabila rakyat mendaftar sebagai ahli mana-mana parti di bawah pakatan pembangkang. Berbeza dengan kerajaan BN memberikan bantuan kepada SELURUH rakyat Malaysia tanpa mengira ideologi politik.

Seolah-olah, sekiranya Anwar berjaya menjadi PM, dia hanya ingin memberikan khidmat hanya kepada ahli parti PKR, Pas, DAP dan bukannya kepada keseluruhan rakyat. Jelas matlamat Anwar dan para pencacainya untuk ‘MEMBALAS DENDAM’ terhadap semua rakyat kecuali ahli yang berdaftar dibawah pakatan pembangkang.

Menurut pakar dan penganalisa ekonomi negara, ‘Manifesto Bukan Janji’ langsung tidak menjelaskan kaedah dan pendekatan yang akan digunakan bagi bagi mengantikan wang kerajaan sebanyak RM394 juta yang dikatakan hilang.

Kesimpulannya sebagai rakyat, kita seharusnya membuka mata dan bijak dalam menilai semua manifesto yang dikeluarkan oleh setiap parti politik yang akan bertanding, kerana adalah merupakan tanggungjawab kita bersama sebagai pengundi.

Hanya dengan penilaian yang menyeluruh akan membolehkan kita membuat perbandingan yang adil sama ada ia bakal membawa kebaikan atau sebaliknya kepada negara yang tercinta ini.

Dan yang paling penting, pilihlah manifesto yang berpegang kepada prinsip ‘JANJI DITEPATI’ dan bukannya sebuah ‘Manifesto Bukan Janji’ yang hanya ingin menipu dan mengkhayalkan rakyat dengan tawaran palsu.

No comments:

Post a Comment