Monday, May 13, 2013

Kajiselidik: Hampir 80% rakyat Malaysia mahu Anwar bersara dari politik


Kajiselidik majalah The Edge mendapati lebih 80% rakyat Malaysia mahu Anwar Ibrahim menepati janji dan berundur dari politik setelah gagal ke Putrajaya.
Majoriti rakyat Malaysia sudah mula bosan dengan politik jalanan Anwar Ibrahim.
Rakyat Malaysia harus kembali bersatu dan bersama memajukan negara, bukannya menunjuk perasaan di jalanan.

http://www.theedgemalaysia.com/

Wednesday, May 1, 2013

Doa Khas Dari Gereja Jerusalem Untuk Kemenangan Pakatan Rakyat



Memang sukar untuk dipercayai, tetapi ia benar berlaku dan sudah pun terdedah dan tersebar di Youtube sebuah video yang dikirim kepada pihak pembangkang oleh Gereja Jurusalem di Israel bagi memberi semangat kepada parti itu dalam menghadapi Pilihanraya ke-13.  Video tersebut boleh didapati di

https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=2xlCXo1ZgmY#at=276

Antara kata-kata doa pihak gereja ialah Malaysia diberkati oleh Tuhan (the Lord), Tuhan berkati Malaysia dan kerajaan barunya.  Dan kami akan membawa Malaysia bersama tiada lagi kegelapan buat Malaysia dan lain-lain lagi.

Selain itu, perutusan dari pihak gereja Israel juga turut menekankan, bakal kerajaan baru Malaysia  seolah-olah kemenangan PR adalah sesuatu yang pasti.  Mengikut mereka, kerajaan baru inilah yang merupakan jalan yang benar yang akan membawa Malaysia di bawah keberkatan Tuhan.

Apabila video in meletup di laman-laman facebook sejak pagi tadi, penulis menunggu reaksi puak-puak PAS mengenainya.  Seperti yang dijangka, mereka memilih untuk tidak percaya daripada menyiasat dan memikirkannya.  Mereka lebih rela berada di dalam kegelapan daripada mengakui kesilapan.   Alasan biasa mereka ialah video telah diedit atau pihak gereja sengaja diupah oleh UMNO.  Soalnya, jika UMNO ingin mengupah Israel, UMNO perlu terlebih dahulu memberitahu Israel bahawa Israel adalah jahat dan UMNO tidak boleh dilihat bersekongkol dengan orang jahat oleh itu Israel perlu dilihat menyokong PR.

Tentulah ini tidak masuk akal.

Sebenarnya, bagi yang mengikut perkembangan politik sejak dahulu, sokongan Israel terhadap PR, terutamanya Anwar bukan sesuatu yang aneh.  Suatu ketika Jerusalem Post pernah menyatakan sokongan secara terbuka terhadap Anwar.  Anwar juga pernah menyatakan sokongan terbuka terhadap Israel.  Justeru, kenapakah masih ada pihak terutama di dalam PAS untuk menafikannya?  

Anwar juga yang telah menandatangani Annapolis Summit 2007 yang mengiktiraf negara Israel.  BERSIH dan SUARAM, iaitu dua NGO yang begitu giat membantu Anwar dan Pakatan Rakyat juga telah mengakui menerima dana asing iaitu dari rangkaian George Soros yang turut menaja matlamat Zionis, yakni, Israel untuk menguasai dunia melalui misi pertukaran rejim.

Namun, apa yang wajar diberi perhatian serius ialah video tersebut lebih merupakan perutusan tahniah daripada perutusan doa semata-mata.   Kenapa?  Apakah sudah sah yang PR akan menang?   Atau apakah mereka telah diberi maklumat palsu oleh agen di sini bahawa kononnya PR akan menang?  Atau apakah PR akan memastikan mereka menang juga dalam PRU kali ini dengan apa jua cara, bersih atau kotor, depan atau belakang secara aman atau bermandi darah?

Kita mungkin tidak akan mampu untuk memulihkan penglihatan atau mengembalikan kewarasan saudara-saudara kita di dalam PAS dengan menyebarkan video ini tetapi kita boleh terus berusaha bagi mengelakkan segala kemungkinan buruk.  Apapun perancangan musuh terhadap kita tidak akan berjaya jika kita tidak terpedaya dalam permainan mereka untuk melagakan kita sesama sendiri atau mengheret kita ke jalanraya untuk berdemonstrasi.

Pilihanraya kali ini bergantung sepenuhnya kepada kebijaksanaan rakyat untuk berfikir.  Sedarlah bahawa kita telah memasuki era baru di mana yang bijak sahaja yang akan selamat manakala yang masih ketinggalan di zaman jahiliah sibuk berfikir soal wanita serta dosa pahala orang akan hilang secara perlahan-lahan.

Tuesday, April 16, 2013

“Financial Times, A Malaysian Story”: Sebuah Kisah Dongeng Dari Anwar Ibrahim


Financial Times baru-baru ini telah menyiarkan sebuah kisah tentang Malaysia, ditulis oleh Simon Kuper seorang kolumnis bahagian sukan berdasarkan wawancaranya dengan Anwar Ibrahim di sebuah hotel mewah, iaitu Hotel Bristol di Paris, Perancis.  Seorang penganut Judaism, beberapa tulisan Kuper turut tersiar di dalam Jewish Chronicle sebelum ini. 

Entah kenapa seorang kolumnis sukan mewawancara ahli politik pembangkang Malaysia adalah satu misteri yang tersendiri.  Dan kenapakah seorang ahli politik tegar perlu melawat Paris ketika demam pilihanraya begitu hangat di negaranya, adalah satu lagi misteri.  Itu belum lagi disebut tentang bagaimana beliau mampu menanggung perbelanjaan lawatan tersebut. 

Wawancara itu bermula dengan sebaris lagu lama, yang dinyanyikan oleh Anwar di mana jika kita tidak mengenali beliau, maka kita mungkin menyangka yang Kuper sebenarnya mewawancara seorang penyanyi.  Tetapi, bagi yang mengenali Anwar, ‘seorang pelakon’ adalah lebih tepat untuk menggambarkan dirinya. 

Kuper tidak bertanyakan Anwar tentang ‘sepak-takraw’ atau ‘silat’ atau mengenai sukan lain di Malaysia, tetapi membawa pembaca kepada sebuah kisah dongeng dari seorang yang selamanya menjadi ‘bakal Perdana Menteri Malaysia’. 

Untuk Kuper, Anwar membuatkan kisahnya berbunyi seolah-olah beliau merupakan seorang mangsa penganiayaan yang telah dihumban ke dalam penjara bawah tanah Alcatraz.  ‘Kurungan Pengasingan’ adalah ayat yang digunakan untuk menggambarkan kehidupan di penjara Malaysia selama 6 tahun atas tuduhan liwat dan salahguna kuasa.  ‘Menyanyi’ merupakan satu-satunya cara untuk menenangkan diri dan kerana itulah beliau gemar menyanyi, katanya. 

Tentu sekali, Anwar menafikan semua tuduhan walaupun ketiga-tiga hakim dari Mahkamah Rayuan telah menyatakan dengan jelas bahawa mereka yakin Anwar bersalah tetapi terpaksa melepaskan beliau kerana mangsa yang masih trauma dan takut, telah tidak dapat mengingati tarikh jenayah berlaku dengan tepat.  Ingatlah bahawa Anwar sebelum itu adalah Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri yang mempunyai kawalan ke atas polis dan pihak berkuasa yang lain. 

Pastinya Kuper telah terlepas pandang akan surat-surat, tulisan dan pesanan yang dihantar oleh Anwar kepada dunia luar dari dalam ‘kurungan pengasingannya’.  Kerananya, kerajaan Malaysia pada ketika itu terpaksa berhadapan dengan berbagai tekanan dari barat yang percaya, atau memilih untuk percaya bahawa Anwar tidak bersalah.  Pun begitu, suaranya tidak pernah disekat dan beliau bebas berkata apa sahaja yang beliau suka. 

Jelas, Anwar telah tidak menyebut fakta bahawa beliau ditempatkan dalam ‘sel kelas pertama’ dengan keistimewaan ‘tukang urut ‘on-call’’ bagi memastikan beliau sentiasa ‘sihat’ ketika di penjara. 

Anwar juga menggambarkan dirinya sebagai seorang bijakpandai dan terbuka dengan memberitahu Kuper bahawa beliau menjadi seorang yang banyak membaca ketika di penjara.  Antara lain beliau membaca Injil, Lao Tse, Shakespeares dan bermacam-macam lagi.

Selain dari butiran yang menarik ini, mana-mana wartawan politik yang lain pasti akan merasakan keseluruhan wawancara tersebut adalah ‘standard’ atau telah dijangka dari Anwar Ibrahim.  Tetapi, pastinya tidak begitu bagi seorang wartawan sukan seperti Kuper. 

Wawancara tersebut ternyata hanya berkisar dari kisah yang sama di mana Anwar menuduh Malaysia sebagai mengamalkan demokrasi olok-olok dan bahawa Ketuanan Melayu adalah masalah utama bagi negara ini.  Cuma, pada kali ini Anwar menambah sedikit lagi iaitu kononnya semua pesalah di penjara Malaysia disiksa.  Sebolehnya, Anwar menggambarkan Malaysia sebagai terkebelakang, tidak bertamadun, kejam, tidak demokratik dan korup serta berada dalam kemiskinan dan ketidakstabilan selamanya.  

Dan bukanlah Anwar Ibrahim namanya jika beliau tidak turut menokok tambah kisah drama aksi tentang dirinya dipasang pepijat dan mungkin dibunuh pada bila-bila masa sahaja.   

Tentu sekali juga, Anwar sengaja tidak menyebut tentang bagaimana beliau telah menjelajah ke seluruh pelusuk kampung dan bandar untuk berkempen dan berceramah sepanjang masa.  Malah, beliau juga pernah menggunakan kenderaan awam, kononnya untuk meninjau keadaan rakyat sebagaimana seorang Perdana Menteri beraksi dalam program mendekati rakyat.  Dalam semua siri jelajah, ceramah dan tinjauan itu, tiada satu pun percubaan untuk menyepak kakinya agar tersungkur, apatah lagi membunuhnya.  Namun, Anwar terus hidup dalam imaginasinya kononnya beliau adalah seorang yang paling berpengaruh di dunia.  Oleh itu, beliau akan menggunakan begitu ramai pengawal peribadi pada bila-bila masa beliau terasa ingin menunjuk-nunjuk. 

Hakikatnya, Malaysia langsung tidak sepertimana yang digambarkan Anwar.  Negara ini sentiasa aman sehingga dicemburui oleh jiran-jirannya serta dicontohi oleh negara bermasyarakat majmuk yang lain.  Ekonomi negara juga kekal kukuh dan rakyat cukup gembira dengan transformasi yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri. 

Justeru, mungkin Kuper belum lagi menyedarinya, iaitu bahawa Anwar adalah seorang yang ‘sakit’.  Dari cara beliau merujuk kepada ‘Shah Iran’, ‘Vladimir Putin’, dan dalam banyak ceramahnya, turut menyebut ‘Ghandi’, ‘Mandela’ dan ‘Suu Kyii’ sudah cukup untuk membuktikan bahawa beliau sedang berilusi.  Beliau nampaknya benar-benar percaya yang beliau layak berada dalam liga yang sama dengan para lagenda tersebut. 

Akhir-akhir ini beberapa media barat sudah mula menyedari hakikat ketidakstabilan Anwar.  Pernah sebuah media barat menggelarnya sesumpah kerana sering berubah pendirian dan sikap bergantung kepada siapa di sekelilingnya.  Kerana itu, hari ini kita boleh mendapati senarai sekurang-kurangnya ratusan orang yang rapat dengannya yang telah meninggalkannya.  Mereka juga mengakui telah tertipu dan terpedaya dengan dongeng dan lakonannya.  Antara mereka termasuklah peguam-peguamnya, pembantu-pembantunya, rakan-rakan karibnya dan juga penyokong tegarnya.

Anwar memberitahu Kuper bahawa beliau datang dari keluarga biasa.  Beliau memanggil jiran bukan Melayunya sebagai ‘uncle’ atau ‘auntie’ sebelum menyertai persatuan pelajar Islam di Universiti dan kemudiannya UMNO.  Ini diceritakan bagi menunjukkan sifat beliau yang tidak rasis. 

Untuk pengetahuan Kuper, semua orang Malaysia memanggil jiran bukan Melayu mereka yang lebih tua sebagai ‘uncle’ atau ‘auntie’.  Ia merupakan budaya negara ini dan tiada apa-apa yang signifikan tentangnya lagi. 

Sebaliknya, Anwarlah yang sebanarnya memperkenalkan perkauman di kalangan komuniti Melayu ketika beliau memegang jawatan Mengeri Pelajaran.  Beliau juga yang memperkenalkan baju kurung dan tudung sebagai seragam sekolah bagi mewujudkan ruang pemisahan antara Melayu dan bukan Melayu.  Sehingga ke hari ini, kenyataannya yang bersifat prejudis terhadap kaum Cina di awal tahun 80an masih tersimpan kemas dan boleh dicapai di Youtube.  Hakikatnya, beliau dijemput ke dalam UMNO bagi mengimbangi ektremisme dan rasisme PAS pada ketika itu. 

Anwar juga mengkritik DEB kononnya ia menyebabkan yang kaya semakin kaya, iaitu orang-orang UMNO. 

Jika Kuper membuat sedikit kerjarumah sebelum berjumpa Anwar, tentu beliau boleh bertanyakan Awnar bagaimana DEB menguntungkan bapanya, abangnya, kakak dan adiknya, rakan-rakannya termasuk teman-teman tidurnya sehinggakan kesemua mereka menjadi kaya sekelip mata apabila beliau menjadi Menteri Kewangan.  Jika ia merupakan satu polisi yang buruk yang membawa kepada korupsi, nepotisme dan kronisme, maka ia adalah kerana Anwar yang mempeloporinya. 

Oleh itu, rakyat Malaysia tidak mungkin menggelar Anwar sebagai Bapa Politik Wang jika beliau bukan ‘pengasas’nya. 

Dan jika Kuper membuat sedikit kerjarumah juga, beliau pasti tahu bahawa pembangkang di Malaysia telah memenangi 4 negeri dalam pilihanraya yang lepas, iaitu prestasi terburuk Barisan Nasional.  BN juga tidak pernah memenangi Kelantan sejak 20 tahun lalu. 

Jika BN begitu korup dan mempunyai kawalan sepenuhnya ke atas media, sistem kehakiman, polis dan segala-galanya, maka tidak mungkin parti ini akan mengalami keadaan yang dipanggil ‘prestasi terburuk’ itu.   Dan tidak mungkin Anwar akan terlepas dari dakwaan?  Atau lebih dari itu, kenapa BN harus membiarkan Anwar hidup begitu lama?  Kenapa tidak dibunuh saja sejak 15 tahun lalu daripada membiarkan beliau mengganggu, mengacau dan menyusahkan kerajaan setiap hari? 

Pendek kata, jika BN begitu kejam dan berkuasa, kenapa tidak ‘diselesaikan’ sahaja Anwar Ibrahim sejak 1998 lagi? 

Apapun, kita faham, bagi seorang wartawan sukan, Kuper tidak mungkin mampu bertanyakan soalan-soalan tersebut.  Tetapi, kita pasti, dalam beberapa tahun lagi, seperti juga semua wartawan lain, Kuper akan mula menyedari bahawa beliau telah sebenarnya mewawancara seorang yang ‘sakit’ dan ‘berilusi’ akibat tidak dapat menerima hakikat kegagalan menjadi Perdana Menteri.

Senarai Penipuan Oleh Serikandi PKR





Ketua Srikandi PKR, Siti Aishah Shaik Ismail yang turut menjadi calon PKR Tambun semalam menyerlahkan sifat penipunya di hadapan lebih kurang 3,000 orang di dalam satu ceramah di Perak. 

Ingatkan hanya Anwar Ibrahim, Nurul Izzah dan pemimpin-pemimpin atasan PKR sahaja yang gemar penipu rupanya pemimpin bawahan PKR juga semuanya mempunyai karektor yang sama.  Mereka mampu menipu hidup-hidup, sehingga kelihatan seolah-olah mereka sendiri benar-benar percaya dengan penipuan mereka.  Bukan mudah untuk menipu dengan muka selamba kecuali ia telah lama diamalkan dan sudah menjadi cara hidup mereka. 

Malangnya, walaupun mereka gemar menipu tetapi penipuan mereka tidak berkualiti.  Sepertimana Nurul Izzah yang terserlah kebodohan dalam setiap penipuan, begitulah juga dengan Siti Aishah. 

Antaranya hujah atau penipuan Siti Aishah di dalam ceramah tersebut ialah:

1.      Siti Aishah memperlekehkan soal air di Sabah yang tidak cukup dan semua rumah mempunyai tong air untuk menadah hujan. 

Bagi menjawab Siti Aishah, BN mengakui bahawa tekanan air di Sabah masih bermasalah kerana negeri itu terlalu luas.  Selain itu, Sabah juga digalakkan untuk memaksimakan anugerah hujan yang banyak di negeri itu sebagai antara penyelesaian harian.  Yang pasti, BN bukan seperti PR yang sering menafikan kelemahan dan menipu untuk menutup keburukan sendiri sepertimana yang berlaku di Selangor.

2.      Kemudiannya, menurut Siti Aishah, pemberian BR1M dilakukan dengan meminjam dari Petronas sebanyak RM2.1 billion tanpa perlu membayar balik, dengan syarat membenarkan Petronas naikkan harga RON95 selepas pilihanraya. 

Apa yang boleh kita katakan ialah, bagi Siti Aishah untuk berimaginasi sebegitu tinggi dan mencipta penipuan sebegini adalah sesuatu yang agak mengkagumkan.  Kita tahu bahawa PR telah banyak menjanjikan pemberian tunai dan penurunan harga barang dengan cara ‘mengikis’ Petronas.  Mungkin kerana itu, maka Siti Aishah menyangka yang BN juga turut tidak punya idea lain untuk memberi bantuan tunai kepada rakyat selain dengan cara ‘mengikis’ Petronas. 

Namun, hakikatnya, BR1M pertama kali disebut oleh Dato’ Seri Najib hanya setelah pengumuman pendapatan negara meningkat sebanyak RM26 bilion dari tahun 2010 ke 2011, selain pelaburan luar negara dan domestik mencatatkan jumlah RM120 bilion.. 

Apabila negara terus mencatatkan angka ekonomi dan pendapatan yang kukuh maka, BR1M bukan sahaja diteruskan tetapi ditingkatkan.  Jelas, BN tidak memberi BR1M dengan cara meminjam dari Petronas atau sesiapa pun jua dan dengan apa syarat pun jua. 

3.      Isu Lahad Datu juga cuba diputar-belit oleh Siti Aishah, kononnya gambar Anwar dengan Misuari yang tersebar adalah gambar lama tahun 1997 atas satu lawatan rasmi.  Walhal, ia adalah gambar terbaru yang tersebar melalui pendedahan pihak risikan.   

Pelik, Siti Aishah juga bagaikan cuba membela Nur Misuari dan menggambarkan seolah-olah Nur Misuari tidak terlibat dalam insiden Lahad Datu.  Kononnya Lahad Datu adalah tanggunjawab Sultan Sulu. 

Hakikatnya, seluruh dunia telah menyaksikan kenyataan Nur Misuari yang turut mengancam Malaysia melalui insiden Lahad Datu.  Malah ramai pengganas yang tertangkap dan terkorban telah dibuktikan sebagai orang-orang Nur Misuari, atau MNLF.  

Tidak cukup dnegan itu, Siti Aishah berbohong lagi konon Sultan Sulu dijemput ke Persidangan Agong UMNO 2012 maka itulah buktinya bahawa UMNO terlibat dalam insiden Lahad Datu.   Apa nak dikata…kata orang, nak menipu pun biarlah berilmu jika tidak tentu akan digelakkan orang sepertimana yang berlaku pada Nurul Izzah yang ingin sangat menipu tentang pasukan keselamatan negara tetapi tidak tahu apa-apa. 

Untuk pengetahuan Siti Aishah, yang dijemput ke persidangan UMNO bukan Sultan Sulu, tetapi Al-Haj Murad Ebrahim, iaitu Pengerusi MILF kerana Malaysia terlibat dalam membantu proses keamanan antara MILF dengan kerajaan Filipina.  Apakah Siti Aishah tahu perbezaan antara MNLF dan MILF?   Tidak mustahil pemimpin PKR ini tidak tahu kerana setakat yang terdedah sebelum ini, Harakah sememangnya tak tahu langsung.    

4.      Siti Aishah juga begitu yakin bercakap tentang kewujudan VCD-VCD lucah pemimpin PR, termasuk Nik Aziz, kononnya dicipta UMNO.  Untuk pengetahuan Siti Aishah lagi, UMNO tidak sebodoh itu untuk mencipta sesuatu yang terlalu sukar untuk dipercayai.  Namun, tidak mustahil Siti Aishah lebih tahu tentang VCD lucah memandangkan yang tertangkap menyebarkan VCD lucah Mustafa Ali, Setiausaha Agong PAS juga bukanlah orang UMNO tetapi orang PKR sendiri. 

Mungkinkah Siti Aishah juga berada dalam ‘jentera pembikin VCD lucah’ yang sama? 

5.      Kita juga hairan apabila Siti Aishah mengakui bahawa Tok Guru Nik Aziz sentiasa mempunyai wang yang banyak di dalam simpanannya.  RM5,000 adalah biasa saja di bawa ke mana-mana oleh Nik Aziz di dalam kain pelikatnya, kata Siti Aishah. 

Nampaknya, sia-sia PAS menjaja yang Nik Aziz seorang yang warak, zuhud dan sederhana, tiba-tiba Siti Aishah pula menggambarkan Nik Aziz sebagai mewah dan tidak hairan dengan wang setakat ratusan ringgit pula.  Soalan kita, dari mana Nik Aziz dapat wang sebegitu banyak?   Dari langit?  Berapa gaji Menteri Besar Kelantan sehingga boleh mengusung ribuan ringgit di dalam kain pelikat setiap hari?  Dan untuk apa?

6.      Akhirnya, Siti Aishah cuba menggunakan nama Allah SWT untuk menarik perhatian pendengar.  Katanya, 18 minggu lalu Nik Aziz mendapat petunjuk melalui solat hajat bahawa UMNO bakal tumbang dan membisikkannya kepada Anwar Ibrahim.  

Oleh kerana nama Allah SWT yang digunakan maka biarlah Siti Aishah menjustifikasi kata-katanya ini kepada Allah SWT sahaja. 

Namun, setakat yang kita lihat, solat hajat Nik Aziz agar Tun Mahathir pecah perut, agar UMNO tumbang, agar semua pengundi hanya nampak bulan, yang didoakan selama bertahun-tahun lamanya tidak pernah diperkenankan.  Malah, sehingga kini, UMNO, Tun Mahathir atau Dato’ Seri Najib belum tumbang, tetapi yang tumbang adalah Nik Aziz sendiri sehingga kejang kaki, tidak boleh berjalan sehingga terpaksa didukung orang. 

 Itulah antara senarai pembohongan Srikandi PKR dalam satu ceramah yang pendek namun padat dengan pembohongan semata-mata. 

Sebagai pengundi, kita wajar bertanya kepada diri sendiri, inikah bakal pemimpin negara atau wakil rakyat?  Iaitu seorang wanita yang hanya mampu berbohong dengan hujah-hujah dangkal sebab tak buat ‘homework’?  Yang percaya bahawa Nik Aziz itu mampu membuat ramalan dan mendapat petunjuk dari langit?  

Monday, April 15, 2013

Siapa sebenarnya yang lebih membawa harapan rakyat?


Jika hendak dibandingkan antara kedua-dua manifesto Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR), dan juga rekod prestasi pentadbiran kedua-dua parti politik berkenaan, jelaslah BN lebih mampu menawan kebolehpercayaan rakyat.

Hal ini berikutan kerana setiap janji ditepati dan setiap janji-janji baru akan lebih banyak membawa kesejahteraan kepada rakyat jelata dari setiap lapisan masyarakat.

BN bawa harapan untuk semua rakyat Malaysia. Pakatan hanya bawa harapan untuk Anwar Ibrahim.

Pengarah kanan ISIS Malaysia Steven Wong setuju dengan praktikaliti Manifesto Akujanjai BN, yang mana menurutnya manifesto BN mempunyai kelebihan.

Dalam kesemua 17 bidang yang diliputinya, terdapat penjelasan secara khusus tentang perkara yang telah dilaksanakan dalam tempoh lima tahun lepas dan yang akan dilaksanakan dalam tempoh lima tahun akan datang.

Menurutnya, perancangan BN itu juga lebih menyeluruh berbanding PR yang tidak menyatakan secara tepat apa dan bakal yang mereka akan laksanakan serta tempoh masa mereka melaksanakan janji manifesto itu.

Beliau turut membangkitkan soal pemberian wang secara tunai melalui Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang menurutnya baik dan munasabah.

"Walaupun pelbagai pihak heboh memperkatakan tentang pemberian wang oleh kerajaan, namun jumlah bantuan kewangan yang ditawarkan itu agak munasabah.

"Bagi 40 peratus isi rumah bawahan, jumlah yang mereka terima hanya lebih kurang bersamaan dengan pendapatan tambahan untuk satu bulan bagi mereka," katanya.

Jelasnya lagi, melalui pemberian berkenaan, ia mensasarkan kepada kumpulan tertentu dengan tepat.

Katanya, ia tidak sama dengan pemberian bukan berbentuk wang seperti subsidi tenaga dan makanan, yang boleh membawa kepada berlakunya penyelewengan dan pembaziran dalam skala besar.

Perlu juga disebut bahawa insentif lain yang ditawarkan oleh manifesto itu menunjukkan sesetengah rakyat negara ini akan mendapat pelbagai bentuk bantuan.

"Bagaimanapun, saya berpendapat bahawa dari segi pemberian geran wang, manifesto BN tidaklah bersifat keterlaluan dan layak diberi markah yang baik."

Intipati manifesto BN itu juga adalah kunci untuk memenuhi semua aspeknya ialah pembinaan sebuah ekonomi yang berdaya tahan, dinamik serta inovatif, kerana tanpa asas ekonomi yang kukuh, semua sasaran lain hanya merupakan impian semata-mata.

Sekiranya terdapat perbezaan ketara antara manifesto BN dan manifesto PR, ia adalah berkaitan aspek pro pertumbuhan dan pro perniagaan.

Kita sudah tahu tentang pro dan kontra Program Transformasi Ekonomi (ETP), tetapi kita tidak pasti tentang strategi pertumbuhan PR.

Manifesto BN secara jelas menyebut bahawa ia menyokong penubuhan Komuniti Ekonomi Asean serta usaha meningkatkan kepentingan ekonomi dan kepentingan dua hala.

Manifesto PR sebaliknya hanya fokus kepada pemansuhan pelbagai perkara dan "percuma" semua benda tanpa menilai keseluruhan secara pendekatan ekonomi yang bakal memberikan kesan terhadap kedudukan kewangan negara.

Dalam hal ini, manifesto BN layak diberi markah tinggi. Namun demikian, perlu juga ditegaskan bahawa banyak negara turut meliberalkan ekonomi masing-masing untuk memiliki daya saing, dan perkara ini perlu diambil kira.

Sunday, April 14, 2013

Pemimpin DAP diarah tutup mulut wujud pertembungan DAP


Lim Kit Siang telah mengarahkan pemimpin DAP menutup mulut ekoran terdapatnya perbalahan dalaman antara parti cauvinis Cina itu. Usaha itu dibuat ekoran usaha DAP yang cuba "dilihat" menjadi parti pelbagai kaum, sedangkan jelas hak kaum lain di dalam DAP diketepikan.

Apa buktinya? Tiada Melayu dalam kepimpinan tertinggi DAP, sebaliknya calon Melayu, Zairil Khir Johari hanya "dilantik" sebelum Lim Guan Eng kata berlaku "silap kira undi." Apa lagi kata Kit Siang?

Perbalahan dalam DAP terus jelas dengan arahan Lim Kit Siang terkini, DAP juga bertelagah dengan PKR apabila Dr Boo Cheng Hau bergaduh berebut kerusi Gelang Patah dengan Datuk Seri Dr Chua Jui Meng. Malah apabila dikritik oleh Dr Boo, Kit Siang telah memberikan arahan kepada proksinya Naib Pengerusi DAP Johor, Ong Kow Meng agar mencabar pengerusi parti negeri itu untuk berundur daripada jawatan itu selepas pilihan raya umum ke-13.

Dengan alasan itu, Dr Boo perlu untuk menghormati pengumumannya mengenai pengunduran yang dibuat pada mesyuarat jawatankuasa parti negeri pada Ahad 7 April lalu di pusat khidmat Gelang Patah. Ini kerana dengan pengumuman tersebut dia tidak lagi sesuai untuk menerajui DAP di Johor yang disebabkan oleh cara kepimpinannya. Malah Kow Meng turut mengatakan, Dr Boo gagal menyatukan anggota-anggota parti sehingga menyebabkan perpecahan dalaman.

Ia ekoran dari kenyataan Dr Boo sebelum ini, yang dilaporkan mendakwa menghentam anak kesayangan Guang yang juga merupakan setiausaha agung parti, Lim Guan Eng kerana memanipulasi keadaan dalam menamakan calon-calon di Johor. Dalam e-mel kepada pucuk kepimpinan parti baru-baru ini membidas Guan Eng kerana menggunakan perbincangan kasual di kedai kopi sebagai keputusan rasmi parti. Boo merujuk kepada pemilihan ketua pemuda negeri Tan Hong Pin sebagai calon untuk kerusi negeri Mengkibol.

Bekas anggota dewan undangan negeri Ng Lam Hua dilapor digugurkan untuk memberi laluan kepada Hong Pin, yang sebelum ini disebut-sebut bertanding kerusi negeri Pekan Nenas. Boo berkata pencalonan Hong Pin dibincangkan pada makan malam sambil minum bir, di sebuah kedai kopi pada 2 April. Namun tiada keputusan dibuat.

"Bagaimana perbincangan kasual di kedai kopi bersama hidangan bir dijadikan sebagai keputusan rasmi parti? Guan Eng tidak bertanggungjawab dalam menyakinkan (bekas pengerusi DAP) Dr Chen Man Hin dan jawatankuasa pemilih lain bahawa saya bersetuju dengan aturannya," katanya.

Apa jadi kepada Jui Meng? Dia diberi kerusi Segamat, sebaliknya Kit Siang memperolehi kerusi Gelang Patah. Kesian Jui Meng ... Bertahun bekerja di Johor tapi dicampak ke kerusi yang dia sendiri belum yakin menang, sedangkan Kit Siang pula terus-terusan berkempen untuk memenangi Gelang Patah.

Jelas kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Kit Siang akan mencetuskan perbalahan kaum di Gelang Patah jika menang juga ada asasnya. Arahan kepada pemimpin DAP untuk menutup mulut jelas menunjukkan betapa sikap sebenar beliau yang menjadi "warlord" dalam DAP.

Semua orang kena dengar cakap dia, kalau tidak tiada harapan terselamat. Kemudian hari ini di Johor mereka berpura-pura krisis telah selesai, wayang kuat lah Pakatan Rakyat ni.

Konon Dr Boo bersalaman dengan Jui Meng, sedangkan kedua-duanya difahamkan masih lagi bertelagah. Kalau penyelesaian merebut kerusi pun tak boleh selesaikan, apatah lagi perbezaan pendapat dalam mentadbir negara.

Hancur Malaysia kalau mereka perintah, mangsanya rakyat. Pada masa itu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pun tak boleh buat apa, kecuali buat bodoh sahajalah. Sebab dia dah menyesal bekerjasama dengan dua parti yang kononnya memperjuangkan rakyat, tapi hanya nak jadikan Anwar sebagai perdana menteri.